Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Sukan

Aksi Tanpa Batas: RTM Dedah Dunia Sukan Lasak Yang Luar Biasa Bersama Taufik Hanafi

by Aphit J.
October 12, 2025
Share on Facebook

RTM mempersembahkan program majalah sukan terbaru, Aksi Tanpa Batas, yang membawa penonton meneroka 13 jenis sukan unik dan lasak bersama hos bertenaga, Taufik Hanafi.

Terokai Dunia Sukan Lasak

via Instagram Taufiq Hanafi

Bersiaran setiap Selasa, jam 9 malam di saluran Okey dan RTMKlik, rancangan ini bukan sekadar tontonan santai, tetapi satu pengalaman visual yang penuh aksi dan inspirasi.

Setiap episod membawa penonton menyelami sejarah, teknik, dan komuniti di sebalik sukan yang diketengahkan.

Lebih menarik, Taufik sendiri mencabar diri mencuba aksi-aksi sukan tersebut!

Dari Skateboard Hingga Memanah Berkuda

via RTM

Daripada aksi meluncur papan dalam Skateboarding bersama Fairuzal Rahman, hingga ke cabaran menunggang dan memanah dalam Memanah Berkuda bersama Tuan Akmal Dahalan.

Aksi Tanpa Batas membawa variasi sukan yang jarang dilihat di kaca TV dan rogram ini memperkenalkan atlet dan ikon tempatan seperti Sazali Samad (Bodybuilding), Shahril Arsat (Footgolf) dan Nurul Ain Ismail (Muay Thai) yang berkongsi ilmu serta semangat mereka.

Penonton juga akan teruja melihat aksi-aksi lasak seperti Motocross, Downhill, dan Tricking yang menggabungkan keberanian, kekuatan dan kreativiti.

Lebih Daripada Sekadar Hiburan

via Instagram Taufiq Hanafi

Aksi Tanpa Batas bukan hanya menghiburkan, tetapi juga mendidik.

Segmen-segmen seperti Sukan Kali Ini, Bro Cuba, dan Komuniti Kami mendedahkan penonton kepada sejarah, teknik dan impak sukan terhadap komuniti.

Di akhir setiap episod, penonton disajikan dengan segmen Sepatah Dua Kata yang merupakan kata semangat daripada ikon sukan yang menjadi inspirasi buat semua.

Dengan gabungan visual menarik, kisah inspiratif dan aksi mencabar, RTM sekali lagi membuktikan komitmennya dalam menghasilkan kandungan berkualiti tinggi.

Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan dunia sukan yang penuh warna dan adrenalin ini hanya di RTM!

Taufik Hanafi
https://lomp.at/85c0m
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sukan

Mahu Beri Momentum Terbaik Di Gelanggang Tenis? Ini Yang Anda Patut Tahu Mengenai SOLUTION SPEED™ FF 4

by Naddy Joe
January 31, 2026

Sukan tenis merupakan satu permainan yang menggunakan raket dan bola,  dan dimain di dalam sebuah gelanggang yang dibahagi oleh sebuah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore