Nama BLACKPINK Jisoo sekali lagi menjadi bualan ramai, apabila selebriti itu didakwa menjalinkan hubungan dengan aktor Seo Kang Joon.
Khabar angin tersebut tersebar selepas peminat perasan terdapat persamaan antara kongsian Instagram Jisoo dan Kang Joon semasa mereka berada di New York.
BLACKPINK JISOO Bercinta Dengan Seo Kang Joon?
Spekulasi mula terjadi selepas peminat memerhati persamaan rekaan cincin yang dipakai oleh mereka di sidang akhbar untuk mempromosikan drama masing-masing.

Kang Joon dilihat memakai cincin itu semasa mempromosikan drama ‘A Love Other Than Yours‘. Sementara Jisoo pula memakai cincin itu untuk sidang akhbar drama ‘Boyfriend on Demand‘, yang turut dibintangi oleh aktor itu.

Walau bagaimanapun, ramai peminat berharap agar khabar angin ini adalah benar, malah ada juga yang berharap hubungan tersebut membawa kepada perkahwinan.
Apa pendapat kamu?











