Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

“Aku Tak Malu Di Hina”- Papagomo Respon Terhadap Jawapan Dr Amalina

by Phic ARMAN
March 25, 2020
33
KONGSIAN
Share on Facebook

Susulan dari kenyataan berbaur politik terhadap Dr Amalina, Papagomo atau nama sebenarnya Wan Muhammad Azri Wan Deris akhirnya secara terbuka telah memohon maaf.

Menerusi akaun twitternya semalam (24/3), Papagomo berkata dia tidak berniat untuk mengheret Amalina ke pentas politik.

“Saya mohon maaf pada Dr Amalina atas kesilapan apa yang Saya nyatakan. Keduanya Saya bukan nak mengheret Dr Amalina dalam pentas politik”- tulisnya di twitter @sir_azri

Beri Kesedaran Kepada Dr Amalina

Namun dia mengingatkan Amalina bahawa pihak pembangkang akan menggunakan apa sahaja yang boleh untuk mengkritik kerajaan khususnya pada waktu ini dengan menyerang Menteri Kesihatan.

“Saya harap Dr Amalina dapat sedar situasi politik Malaysia hari ini yang mana pihak Pembangkang akan menggunakan apa sahaja yang boleh untuk mengkritik kerajaan khususnya pada waktu ini dengan menyerang Menteri Kesihatan.”- tambahnya lagi.

Tak Malu Dihina Taraf Pendidikan

Selepas mempertikaikan umur serta taraf pendidikan Amalina,  Papagomo akur dengan kecaman dan teguran netizen yang mendakwa dirinya kurang cerdik. Malah ada yang  menghina taraf pendidikannya.

“Jadilah inilah Aku, bercakap atas apa yang Aku percaya dan pegang tanpa sedikit pun malu bila dihina taraf pendidikan yang Aku ada. Cerdik bodoh susah dibahagi bahagikan, salah silap itu semua orang melakukan nya. Kau orang Malu? Aku tak malu!”

“Walau Aku ada SPM Aku tak pernah malu dan Aku tak cakap Aku bijak pandai. Kalau Aku salah Aku MINTA MAAF dan Kalau Aku silap sesiapa pun boleh TEGUR betulkan kesilapan Aku. Aku sama macam orang lain, orang yang pendidikan nya tak tinggi melangit ada degree mahupun PHD.”

“Aku ada sambung belajar UITM Shah Alam dalam bidang Diploma Pentadbiran Awam (epjj) tahun 2004 tetapi tak habis belajar hanya sampai semester 1 sahaja. So Aku hanya ada SPM dan tak lebih dari itu.”

Kejayaan Bukanlah Terletak Pada Pendidikan

Menurut Papagomo, kejayaan baginya bukan terletak kepada pendidikan, tetapi pada kebahagian hidup yang boleh membahagia kan dirinya isteri dan anak anak hingga ke akhir hayat.

“Kejayaan seseorang itu bukan terletak pada pendidikan semata-mata. Kejayaan bukan hanya ada rumah besar mahupun kereta mewah. Kejayaan itu bukan kerana dikelilingi kawan kawan intelektual.

Kejayaan itu sebenarnya terletak pada kebahagian hidup yang boleh membahagia kan dirinya isteri dan anak anak hingga ke akhir hayat. Siapa pun kita tidak penting kerana kita adalah sama manusia yang mengejar kejayaan untuk kebahagian dan akhirat.”

Terdahulu, dalam sebuah video yang dimuatnaik oleh Papagomo, dia kurang berpuas hati dengan tindakan Amalina yang membidas petua yang dikeluarkan oleh Dato’ Seri Dr Adham Baba dengan mengatakan bahawa minum air suam mampu membunuh virus.

Amalina kemudian sekolahkan Papagomo dengan menjawab dakwaan tersebut.

Harapan Papagomo Untuk Amalina

Dalam tweet yang berbeza, Papagomo berharap Amalina dapat bersama sama kementerian kesihatan bagi menyumbang kepada negara untuk bersama memerangi wabak coronavirus di Malaysia.

amalinaamalina bakripapagomopapagomo Dr Amalinasir azri
https://lomp.at/govjj
Share30Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @zarazya (IG)
Lokal

Zara Zya Anggap Gangguan Mistik Mungkin Penyebab Sukar Temui Jodoh

by Nurul A.
February 4, 2026

Pelakon Zara Zya menjadi perhatian ramai apabila berkongsi pengalaman mistik yang dialaminya selama lebih 10 tahun. Zara atau nama sebenarnya...

Read moreDetails
Lokal

Nedim Nazri Pertahan Nora Danish Dikecam Netizen Di Threads-“Jangan Persendakan Seseorang!..”

by Naddy Joe
March 4, 2026

Bekas suami kepada pelakon Nora Danish iaitu Nedim Nazri Aziz dilihat mempertahankan bekas isterinya yang dikecam netizen selepas memberi respon...

Read moreDetails
Musik

Menjelang Konsert Legasi 30, Siti Nurhaliza Imbau Detik Nyaris Tak Masuk Bintang HMI

by Phic ARMAN
January 9, 2026

Menjelang Konsert Legasi 30 Siti Nurhaliza yang bakal menggegarkan Stadium Nasional Bukit Jalil hujung minggu ini, nama Datuk Seri Siti...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Siti Nurhaliza Titip Rasa Syukur Dijemput Ke Majlis Tadabbur Di Istana Selangor

by Naddy Joe
February 16, 2026

Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza menitipkan rasa syukur apabila berpeluang menghadiri Majlis Tadabbur Al-Quran di Istana Selangor, Kuala Lumpur,...

Read moreDetails
Lokal

Puteri Balqis Bidas Mia Sara Beria Menangis Depan Wartawan?

by Naddy Joe
January 23, 2026

Pelakon remaja, Puteri Balqis tampil bersuara terhadap tindakan pelakon, Mia Sara Nasuha yang sebelum ini menangis di hadapan para wartawan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  5. 5

    Dikatakan Majlis Pernikahan Dipenuhi Dengan Alkohol? Netizen Mula Bongkar Agama Sebenar Luna Maya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore