Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Info LGBT Tak Masuk Akal, Alicia Amin Sindir JAKIM

by Zaidin Albert
February 9, 2018
Share on Facebook

Terlalu banyak kita dengar tentang isu lesbian, gay, biseksual dan transeksual (LGBT) sejak akhir-akhir ini di negara kita.

Perkara ini semakin membimbangkan terutamanya buat masyarakat di Malaysia yang rata-ratanya beragama Islam.

Susulan dari keprihatinan rakyat Malaysia, nampaknya hari ini tersebarnya satu keratan akhbar yang menunjukkan info mengenai Transgender di media sosial.

Keratan tersebut yang diambil dari akhbar Sinar Harian memberi info tentang bagaimana untuk mengenali golongan Gay dan Lesbian. Lihat keratan akhbar di bawah.

Sumber: Sinar Harian

Dalam artikel tersebut, Pendakwah, Ustaz Hanafiah Abd Malek berpandangan, masalah Lesbian, Gay, Bisexual and Transgender (LGBT) ini semakin ketara di Malaysia.

Keadaan semakin sengit apabila ada golongan yang memperjuangkan hak golongan ini. Kerana itu, kesedaran dalam membendung keadaan ini perlu diwujudkan segera.

Beliau turut memberitahu Pihak Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) ada membuat program muqayyam untuk membantu golongan ini.

Alicia Amin Sindir Jakim

Menurut dari info yang disediakan, ternyata ada sesuatu yang tak kena di mata model dan pelakon sensasi ini. Keratan itu menyebut, lelaki yang suka barang berjenama dianggap ciri-ciri seorang gay.

Manakala wanita yang suka hidup menyendiri adalah ciri-ciri seorang lesbian.

Menerusi Instagram Stories Alicia, dia telah memuat naik keratan akhbar tersebut dan seolah menyindir JAKIM. 

“Pada sesiapa yang suka barang berjenama dan suka menyendiri, bolehlah buat aduan pada JAKIM kerana anda adalah golongan LGBT”

Alicia menganggap isu sebegini terlalu meleret seolah-olah seperti tiada isu lain yang lebih besar.

Dia menyarankan supaya berhenti menggangu golongan LGBT dan diberi hak sama seperti yang kita nikmati, menjalani kehidupan mereka, bekerja, mempunyai kehidupan peribadi dan melakukan aktiviti harian tanpa perlu bimbang tentang diskriminasi dan gangguan.

"13 Tahun Tak Mampu Layan Isteri"-Nazrief Nazri Dedah Derita Watak Homoseksual Dalam ‘Seribu Tahun’
alicia aminbiseksualgaylesbianLGBTnur sajatpapagomotranseksual
https://lomp.at/5ygj0
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Spotlight

Syida Melvin Fail Cerai, Repost di Media Sosial Ini Bikin Ramai Tertanya-Tanya

by Phic ARMAN
April 13, 2026

Rumah tangga pelakon Syida Melvin dan suami, Syafiq Azim kini menjadi perhatian apabila difahamkan Syida telah memfailkan perceraian di Mahkamah...

Read moreDetails
Spotlight

Tiket Semurah RM39! Ini 5 Sebab Konsert Ella di Pulau Pinang Wajib Masuk Wishlist

by Phic ARMAN
May 5, 2026

Konsert legenda bakal kembali, kali ini lebih dekat di hati! Ratu Rock negara, Ella mengumumkan penganjuran Majlis Tertinggi Rockqueen Ella:...

Read moreDetails
Berita

Syamel Kesal ‘Hamba Cinta’ Gagal Ke Separuh Akhir Muzik-Muzik 40-“Dah Buat Sehabis Baik…”

by Naddy Joe
April 10, 2026

Penyanyi, Syamel meluahkan rasa hampa apabila lagunya berjudul 'Hamba Cinta' gagal tersenarai ke separuh akhir Muzik-Muzik 40 (SFMM40). Syamel atau...

Read moreDetails
Foto - @jannanick (IG) / azarazmiofficial (FB)
Lokal

[VIDEO] Janna Nick Hampir Di-‘Scam’, Suami Menyamar & Dakwa Azar Azmi Hidapi Kanser

by Nurul A.
April 14, 2026

Pelakon Azar Azmi terus menjadi perhatian ramai selepas rakan baiknya, pelakon Janna Nick tampil membuat pendedahan yang mengejutkan. Pendedahan itu...

Read moreDetails
Foto - @missfazura (IG) / @fattahaminz (IG) / @musangberjanggutt (Threads)
Lokal

Fattah Amin Didakwa Fail Kes Hina Mahkamah Terhadap Nur Fazura?- “Selamatkan Ibu Fatima Dari Penjara”

by Nurul A.
April 3, 2026

Nampaknya isu perceraian bekas pasangan, Fattah Amin dan Nur Fazura kembali mencuri tumpuan ramai. Kali ini muncul pula spekulasi baru...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    Peminat Luah Dilema Dengan Konsert Evanescence di KL November Ini, – “Tak Nak Satu Stage Dengan MCR Ke?”

  3. 3

    BKJ 2026 Fasa 4 Umum Minggu Ini. Ini Senarai Penuh 24 Inisiatif Bantuan Johor

  4. 4

    Netizen ‘Menggelupur’ Persoal Solat Artis, Sekali Ini Jawapan Nad Zainal & Aznil Buat Ramai Terdiam

  5. 5

    Rahsia Lantai Bersih Orang India ‘Level Cermin’ Trending Di Threads, Rupanya Ini Rahsia Sebenar!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara