Nampaknya peminat Robert Pattinson tidak berpeluang untuk menyaksikan lakonan aktor itu menerusi filem thriller psikologi terbarunya, ‘Primetime’ di pawagam tempatan.
Filem Robert Pattinson Diharamkan Di Malaysia
Untuk makluman semua, filem ‘Primetime‘ diharamkan tayangannya di Malaysia selepas mendapat arahan daripada Lembaga Penapis Filem (LPF).
Perkara itu disahkan sendiri oleh Antenna Entertainment, menerusi Instagramnya, meminta maaf kepada penonton yang menantikan kemunculan filem tersebut.
Sebelum ini, filem itu dijadualkan tayangan pada 1 Oktober 2026, kemudian ditunda kepada 8 Oktober sebelum dibatalkan sepenuhnya.
Filem ‘Primetime’ Mengisahkan Apa?
Diarahkan oleh Lance Oppenheim dan menampilkan Robert Pattinson yang memegang watak diinspirasikan daripada Chris Hansen iaitu hos program realiti kontroversi Amerika Syarikat, ‘To Catch a Predator’.
Berlatarkan tahun 2006, Chris dan pasukannya menggunakan kamera tersembunyi serta umpan untuk berdepan dengan individu yang disyaki pemangsa seksual kanak-akank. Operasi yang sepatutnya menjadi kejayaan besar itu akhirnya bertukar menjadi impian ngeri.
Buat masa ini, penonton Malaysia berkemungkinan hanya boleh menonton filem tersebut di platform penstriman sah kelak.











