Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Teknologi

Alif Satar Teruja Dengan Kemas Kini Terbaharu Durioo+

by Phic ARMAN
January 20, 2025
Share on Facebook

Sebagai seorang ayah dan duta Durioo+, Alif Satar baru-baru ini berkongsi kegembiraannya tentang kemas kini terbaru aplikasi Durioo+, yang direka khusus untuk keselamatan dan kebajikan kanak-kanak.

“Sebagai seorang ayah dan pengguna Durioo+, saya yakin ibu bapa akan menyukai kemas kini terbaru ini kerana ia benar-benar menambah nilai kepada kandungan yang ditonton oleh anak-anak,” ujar Alif Satar, yang turut memeriahkan pelancaran aplikasi versi baharu ini di Durioo+ Experience: Pelancaran Wajah Baharu di Pusat Sains Negara.

Durioo+ kini tampil dengan wajah baru yang lebih mesra pengguna, membawa pelbagai ciri inovatif yang memberikan pengalaman lebih baik bukan sahaja kepada kanak-kanak, tetapi juga kepada ibu bapa yang ingin memastikan kandungan yang ditonton anak-anak mereka adalah selamat dan mendidik.

Dengan konsep “Wajah Baharu, Lebih Padu, Senangkan Ibu”, aplikasi ini menawarkan ciri-ciri yang sangat membantu dalam memastikan tontonan yang berkualiti dan sesuai untuk pelbagai peringkat umur.

Durioo+: Aplikasi Video Selamat untuk Anak-Anak

Dengan pelancaran versi baharu ini, Durioo+ semakin kukuh dalam misi mereka untuk menyediakan platform video yang bukan sahaja selamat tetapi juga mendidik dan menyeronokkan untuk kanak-kanak.

Pengasas bersama Durioo+, Nuown Zainal, berkata, “Durioo+ telah memberikan manfaat dan impak positif kepada anak-anak di seluruh dunia. Selama tiga tahun, kami terus menambah baik aplikasi berdasarkan maklum balas pengguna. Wajah baharu ini adalah langkah kami untuk terus menyediakan kandungan berkualiti, selamat, memudahkan ibu bapa, serta diperkaya dengan nilai-nilai Islamik.”

Alif Satar yang juga seorang bapa, menekankan betapa pentingnya aplikasi seperti Durioo+ yang memberi ibu bapa kawalan penuh terhadap kandungan yang ditonton oleh anak-anak mereka, sekaligus memberikan ketenangan fikiran kepada mereka.

Aplikasi Durioo+ kini boleh dikemas kini di peranti masing-masing untuk menikmati wajah dan ciri baharu ini. Maklumat lanjut berkaitan Durioo+ boleh didapati melalui laman sosial rasmi Durioo+ di Instagram, Facebook dan TikTok.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Durioo+
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Guna Barang Dapur Sahaja, Ini Caranya Untuk Putihkan Ketiak

  2. 2

    Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara