Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Aliff Syukri Nekad Mahu Saman Damian Mikhail RM1 Juta? Apa Kes!

Komposer bakal dikenakan tindakan undang-undang jika tidak padam posting dan buat permohonan maaf pada usahawan kosmetik

by Puteri Alia
April 29, 2022
via Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

via Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Share on Facebook

Semenjak muzik video lagu raya Datuk Seri Aliff Syukri dikeluarkan, usahawan kosmetik terkenal ini menerima banyak teguran, kecaman dan tohmahan di media sosial. Meskipun mendapat banyak reaksi negatif dari orang ramai, beliau masih boleh berkompromi.

Bakal Saman Damian Mikhail

Namun selepas melihat muatnaik Damian Mikhail yang disiarkan oleh media tempatan baru ini membuatkan usahawan kosmetik ini marah terhadap komposer, penerbit lagu dan ahli kumpulan VE itu kerana menulis kecaman yang dianggap melampau olehnya.

Melihat di Insta Stories Aliff, beliau mengumumkan bakal menghantar surat saman dalam tempoh 24 jam jika  tidak memadam muatnaik tersebut di media sosial.

“Sila padam posting anda yang melampau dalam masa 24 jam sebelum surat saman saya hantar kepada anda.. Siapa makan cili dia terasa pedas.” umumnya

Meski Aliff tidak memberitahu siapakan individu yang dimaksudkan dalam Insta Stories nya, namun perkongsian beliau yang seterusnya menjawab teka teki identiti yang dimaksudkan berdasarkan tangkap layar posting yang dikongsikan dalam mesej perbualan bersama peguamnya.

via Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Melihat tangkap layar posting yang dikongsikan Aliff di Insta Stories, muat naik yang ditulis ahli kumpulan VE itu membuatkan usahawan tersebut ingin mengambil tindakan undang-undang jika tiada permohonan maaf secara terbuka dilakukan.

“Sila buat permohonan maaf ya terbuka awak tulis. Nama saya ya.. Sila tag mamat tu.. 24 jam tak ada, tunggu peguam saya buat kerja.” tegasnya

Mahu Permohonan Maaf Berserta Video

Jutawan terkenal ini juga menegaskan beliau mahu permohonan maaf disertakan sekali dengan video jika tidak mahu dikenakan tindakan undang-undang.

“24 jam tiada permohonan maaf tunggu surat sampai ya.. Saya senyap tak bererti saya senyap.

Dan pastikan buat permohonan maaf berserta video.. Kalau tak, saman tetap berjalan.. Lain kali nak mengutuk pun guna otak..” tegasnya lagi

via Instagram Datuk Seri Aliff Syukri

Bayaran Saman Dari RM500K Hingga RM1 Juta

Melihat mesej perbualan yang dikongsikan di media sosial usahawan ini, Aliff boleh mengenakan bayaran saman sebanyak RM500 ribu sehingga RM1 juta berdasarkan maklumbalas dari peguamnya.

“Kalau saya nak saman dia secepat mungkin.. Berapa juta boleh saman dia??” – Aliff

“Fitnah ni. Ada maklumat dia? RM500K ke RM1 juta cukup..” peguam

Terdahulu, Alif Syukri telah dipanggil untuk hadir ke ibu pejabat Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia untuk beri keterangan dan disiasat dibawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aliff syukriDamian Mikhail
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Tular Pelanggan Tinggalkan Sushi Tidak Habis, Netizen Tampil Kongsi Pengalaman Sebenar Sistem Buffet

  2. 2

    6 Destinasi Pantai Timur Yang Berbaloi Diterokai Apabila ECRL Beroperasi

  3. 3

    “Kami Bukan Nak Gantikan Cendol Mereka”- Pengasas Koppiku Mahu Penjual Tradisional Terus Dikenang

  4. 4

    Ramai Tak Tahu! Kebun Rimba Private Estate Di Janda Baik Ini Ada Vila Mewah Tengah Hutan & Rumah Kampung Tradisional

  5. 5

    Patutlah Jadi Pilihan Ramai! Wyndham Suites KLCC Ada Suite Seluas Rumah Di Tengah Kuala Lumpur

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara