Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Aliff Syukri ‘Belanja’ Ratusan Ribu Demi Kenangan Raudhah Arshiyah

by Khai Azfar
January 20, 2020
Share on Facebook

Pada malam Sabtu baru-baru ini, penyanyi dan usahawan popular Datuk Seri Aliff Syukri dan isteri, Datin Seri Nur Shahida telah mengadakan majlis kesyukuran dan aqiqah buat anak bongsu mereka, Raudhah Arshiyah yang selamat dilahirkan pada 19 Disember yang lalu.

Jemputan 1000 Orang Tetamu 

Dalam majlis serba meriah yang diadakan di kediaman mereka, pasangan ini telah menjemput hampir 1000 orang jemputan yang terdiri daripada ahli keluarga, kenalan,selebriti serta pengikut yang bertuah.

Mengimbas kembali majlis yang sama diadakan buat anak keempat Aliff, Yusof Al-Qardawi sekitar Julai 2018, pelantun Bobo Di Mana ini mendedahkan telah ‘berhabis’ hampir RM300,000 untuk majlis tersebut.

https://www.instagram.com/p/B7f7UjypNjo/

Demi Kenangan Anak-Anak 

Buat Raudhah pula,Aliff dan Shahida berasa terharu kerana ramai pihak ingin menaja majlis anak mereka. Namun, mereka mengambil pendekatan untuk mengeluarkan belanja sendiri demi kenangan anak bongsu mereka pada akan datang.

“Sebenarnya kami buat ini hanya yang termampu. Kami tak nak nanti orang akan mempertikaikan kenapa bezakan Yusof dan Raudhah.

Secara jujurnya, kami buat majlis ini pun gunakan duit pendapatan menerusi sosial media seperti YouTube dan blog. Bukanlah untuk riak, tetapi lebih kepada kenangan. Setiap anak punyai kenangannya sendiri. Nanti bila mereka dah besar dan buka YouTube, ‘oh begini rupanya majlis'”, kata Aliff dan Shahida ketika ditemui Murai.my”

Ketika ditanya mengenai kos perbelanjaan majlis buat Raudhah, Aliff enggan memberitahu jumlah yang sebenar namun menerusi laman YouTube nya, usahawan ini mendedahkan telah membelanjakan sebanyak hampir RM400,000.

YouTube video

Sebagai info, Aliff dan Shahida telah berkahwin sekitar Ogos 2007 dan kini dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ammaar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi dan Raudhah Arshiyah. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat perempuan, Ameena.

[VIDEO] "Duduk Rumah Ni Sampai 30 Tahun, Taknak Kahwin"- Qadejah Anak Aliff Syukri
aliff syukrianak selebriti
https://lomp.at/h2t6f
Share6Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @aisharetno02 (IG)
Lokal

“Enam Tahun Saya Terima Ugutan Bun*h, Body Shaming”- Aisha Retno

by Nurul A.
February 19, 2026

Penyanyi Aisha Retno mencuri perhatian ramai selepas meluahkan perasaan kesal dan terkesannya apabila menerima pelbagai komen negatif susulan persembahannya di...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ella Berjaya Pukau 55,000 Peminat, Turut Bawa Barisan Atlet Negara Di Majlis Tertinggi Rockqueen!

by Naddy Joe
February 18, 2026

Tanggal 14 Februari 2026 akan terpahat sebagai salah satu detik bersejarah dalam industri muzik tanah air apabila 55,000 jiwa memenuhi...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Normala Samsudin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi-“Akhirnya Saya Kalah..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin memulakan tahun baru dengan ujian kesihatan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan...

Read moreDetails
Foto - @meerqeen (IG)
Lokal

[VIDEO] Tiada Syarat Penampilan, Meerqeen Inginkan Wanita Beradab & Hormat Keluarga

by Nurul A.
January 20, 2026

Peminat jadi tak keruan selepas pelakon Meerqeen mendedahkan ciri-ciri wanita idamannya. Menerusi temu bual podcast Myn & Cat di YouTube,...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore