Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Aliff Syukri Kesal Harga Barang Mahal Di Mekah, Titip Pesanan Buat Orang Ramai!-“Bukan Nak Riak, Cuma…”

by Jash Lee
July 4, 2023
Share on Facebook

Siapa yang tidak mengenali usahawan sensasi Malaysia iaitu Datuk Seri Aliff Syukri yang sering memuat naik video yang kadangkala mencetuskan kontroversi.

Seperti yang kita tahu, Aliff Syukri kini berada di tanah suci Makkah bagi menunaikan ibadah haji. Beliau kesana bersama dengan anak lelaki sulungnya Ammar Ahyan, ibunya Bonda Rozita serta ibu mentuanya.

Harga Barang Mentah Di Mekah Sangat Mahal 

Baru-baru ini, tular satu video di laman facebook milik ibunya iaitu Bonda Rozita yang meraih perhatian ramai. Di dalam video berkenaan, memaparkan Aliff Syukri memberitahu kepada orang ramai bahawa untuk membeli barang makanan disana sangat mahal.

“Bukan nak riak cuma nak bagitahu harga memang mahal. Mangga 3 biji, timun 4 biji 72 ringgit duit Malaysia, memang mahal.”-kata Aliff Syukri

“Minta maaf sesiap, bukan nak mengutuk menghina, kalau mak bapak korang nak pergi haji jangan lah kau salam rm150, kebulur nanti sebab barang mahal”-tambah Aliff Syukri

Aliff Syukri menunjukkan lagi barangan yang dibelinya. Termasuklah ikan yang berharga RM150, katanya jika di Malaysia, ikan tersebut dalam RM30 sahaja.

Lain Pula Reaksi Netizen!

Namun, netizen yang melihat video tersebut telah salah anggap dengan perkara yang ingin disampaikan oleh Aliff Syukri itu. Mereka berkata bahawa Aliff Syukri pergi haji pun berkira kalau pergi luar negara tidak bising kalau beli barang yang mahal harganya.

“Kenapalah nak bising, kesana untuk ibadah, tak boleh ke ketepikan sebentar tekak kayangan tu. Zuhud dan syukurlah, barang mahal tapi masih mampu beli, alasan nak beritahu kena bawa duit banyak pergi haji. sedarlah, Allah jemput dan pastinya Allah akan cukupkan keperluan disana”

“Pergi haji dia berkira, kalau pergi holiday overseas tak pulak dia cakap. alahai kesian la niat sedekah je pergi sana”

“Gi buat ibadah di mekkah, tak perlu banyak cakap. Bising dan ingat nak buat konten saja”-kata mereka

VIA facebook

Walau bagaimanapun, apa yang ingin disampaikan oleh Aliff Syukri adalah barang disana yang mahal, bukan kerana dia ingin menunjuk apa yang dibelinya. Apa-apa pun semoga sesiapa yang pergi menunaikan haji mendapatkan haji yang mabrur.

Topik Berkaitan [VIDEO] Selepas Pokok Bunga, Aliff Syukri Jual Batu Pula- "300 Biji Sold Out!"

Apa kata anda!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
datuk seri aliff syukri
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Sajian Dalam Sungai Cetus Perdebatan, Netizen Bangkitkan Isu Kebersihan Dan Keselamatan Makanan

  2. 2

    Saluran TV6 RTM Tamat Siaran Mulai 1 Julai, Peminat Luah Kecewa,- “Janganlah Tutup…”

  3. 3

    Tak Ramai Tahu! iBita Pulau Pinang Sedia Bantuan Untuk Pelajar IPT

  4. 4

    Cara Pindah Kelayakan BUDI Diesel Kepada Ahli Keluarga, Ini Syarat Yang Ramai Tak Tahu

  5. 5

    Ramai Tak Sangka Kota Bharu Ada Kafe Pencuci Mulut Macam Ini! Daughter Bakes Jadi Port Wajib Singgah Peminat Kek & Pastri Perancis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara