Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Aliff Terajui Label Muzik Rakaman Terbaru ‘Black Hat Cat’

by Phic ARMAN
September 25, 2018
Share on Facebook

Bertempat di WET Deck, W Hotel, Kuala Lumpur, Warner Music Malaysia telah mengumumkan pelancaran label rakaman tempatan terbaru, Black Hat Cat yang bakal diterajui oleh rapper dan penerbit terkenal, Alif.

Black Hat Cat, merupakan usaha Warner Music Malaysia dan Alif dalam memertabatkan genre ‘Urban Music’ dalam industri muzik Malaysia. Black Hat Cat ditubuhkan bagi memberi sepenuh tumpuan kepada penghasilan karya tempatan yang berkonsepkan “Urban Music’ seperti ‘Electronik Dance Music (EDM)’, ‘Hip Hop’, ‘Jazz’, ‘R&B’, ‘Soul’, ‘Reggae’, atau gabungan irama atau gaya muzik seumpamanya.

View this post on Instagram

A post shared by Murai MY (@muraimalaysia)

Menurut Pengarah Urusan Warner Music Malaysia , Darren Choy menjelaskan bahawa idea penubuhan Black Hat Cat bermula dari aspirasi pihak Warner Music Malaysia untuk meneroka ke dalam pasaran ‘Urban Music’ di Malaysia.

Alif, memulakan karier seninya sebagai salah seorang anggota kumpulan duo popular, Sleeq. Semenjak mencipta nama di arena muzik tempatan, penerbit dan rapper kelahiran Singapura ini, telha menghasilkan lagu untuk penyanyi-penyanyi terkenal negara termasuk Kaka Azraff, Zizan Razak, De Fam, Joe Flizzow, Adira dan ramai lagi.

Melihat kepada katalog muzik dan portfolio Alif, jadi tidak hairanlah apabila Alif menjadi pilihan untuk menggalas tugas sebagai teraju utama Black Hat Cat. Mengulas tentang pemilihan Alif, Darren berkata,

” Semestinya label yang mengangkat genre ‘ Irban Music’, ianya perlu diterajui oleh penerbit yang relevan dengan genre ini. Orang pertama yang terlintas difikiran saya adalah Alif. Alif sememangnya layak untuk menggalas tugas ini berdasarkan kualiti karya hasil terbitannya sebelum ini. Alif bukan sahaja mempunyai kemahiran dan penghalaman yang luas dalam kerja-kerja terbitan untuk genre seumpama ini. Malah, ALif mempunyai keupayaan memehami citarasa muzik generasi kini sehinggalah karyanya mempunyai nilai estetika tersendiri yang boleh dinikmati oleh khalayak ramai, bukan setakat peminat genre ini sahaja”

https://www.instagram.com/p/Bn8PFFalUc6/?taken-by=alifgram

Penggunaan nama ‘Black Hat Cat’ sebagai jenama label muzik ini ternyata ada maksud disebaliknya. Menurut Aliff ianya bukan sekadar nama, ‘Black Hat Cat‘ merupakan watak atau pesona yang melambangkan kebolehsesuaian label muzik ini dalam menongkah evolusi muzik tanpa henti.

“Muzik sentiasa berevolusi, namun pesona Black Hat Cat ini kekal relevan dalam mana mana era muzik sekalipun

Black Hat Cat tercetus kerana kami mahu menolak sempadan kreativiti dalam industri muzik tempatan dan luar negara dengan menghasilkan karya menggunakan pendekatan yang berbeza, idea segar dan mempunyai nilai estetika tersendiri. Sekiranya kita bijak berinovasi dalam berkarya, muzik tempatan sebenarnya mampu berjaya di peringkat global,” jelas Alif lagi. 

alifWarner Music Malaysia
https://lomp.at/ehgsi
Share3Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Musik

Hip Hop Tamizha Gegarkan Stadium Merdeka Dengan Pertunjukan Drone Mega

by Phic ARMAN
January 28, 2026

Selepas kejayaan besar konsert U1 sebelum ini, Don’t Run Away Asia (DRA) sekali lagi membuktikan kemampuan mereka sebagai penganjur konsert...

Read moreDetails
Lokal

Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

by Naddy Joe
January 30, 2026

Ratu rock negara, Ella baru-baru ini mengadakan sebuah majlis istimewa bertemakan “Jamuan Tengah Hari Bersama Ella” telah diadakan pada 29...

Read moreDetails
Musik

‘Mungkin Ada Ramai Yang Pendam Perasaan’- Ella Ajak Healing?

by Phic ARMAN
January 18, 2026

Stadium Merdeka bakal berubah menjadi ‘ruang penyembuhan’ terbesar di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2026 apabila Healing Nite 2026 berlangsung...

Read moreDetails
Lokal

Dari Tawa Hingga Gugur Air Mata, Ini 5 Buah Lagu Raya Yang Terbaik Untuk Anda!

by Naddy Joe
March 2, 2026

Bersempena Ramadan dan Syawal pada tahun ini, label hiburan terkenal, Rocketfuel Entertainment tampil dengan sebuah inisiatif istimewa menerusi pelancaran lima...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore