Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Aman Graseka Kahwin Lagi Selepas 10 Tahun Menduda

by Khai Azfar
March 19, 2018
15
KONGSIAN
Share on Facebook

Kehidupan pelakon Aman Graseka akan lebih bermakna lagi selepas ini apabila pelakon itu mengakhiri zaman dudanya dengan memilih model dan pelakon baharu, Reena Areena, 29, sebagai teman hidupnya.

10 Tahun Menduda

Aman atau nama sebenarnya Y.M. Raja Aman Shah bin Raja Baharom Shah mula menyulam pada tahun lalu dan mengambil keputusan untuk berkahwin dengan Reena dalam majlis ringkas di Masjid Al-Huda, Kampung Padang Geh, Kuala Ketil, Kedah hujung minggu yang lalu.

Menurut Aman, bukanlah niatnya untuk sorok majlis pernikahannya namun majlis ini hanya dibuat secara kecil-kecilan serta dihadiri ahli keluarga dan teman terdekat.

Perbezaan Umur 22 Tahun

Terdahulu Aman telah berkahwin dengan Mas Idayu dan hanya bertahan 10 tahun sebelum mereka mengambil keputusan untuk bercerai.

Hasil perkahwinan mereka, Aman dan Mas Idayu dikurniakan seorang anak perempuan yang kini berusia 20 tahun. Aman kini berusia 51 tahun manakala Reena pula berusia 29 tahun.

Meskipun terdapat perbezaan umur 22 tahun, ianya tidak menghalang mereka untuk saling menyayangi. Menurut Reena, sikap Aman yang romantik serta penyayang antara faktor utama mengapa beliau begitu menyayangi pelakon itu.

Tahniah murai.my ucapkan buat Aman dan isteri! Semoga perkahwinan ini akan kekal sehingga ke syurga serta dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah.

Sumber BHarian Online 

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
aman grasekaaman graseka kahwinanak mas idayumas idayu
Share6Tweet4SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Nora Danish Amin Doa Bos Ned, Netizen Mula Berspekulasi

  3. 3

    Ulang Tahun Ke-10, Le Méridien Putrajaya Tawar Penginapan Terpilih & Pengalaman Kulinari

  4. 4

    Roller Coaster Tersangkut, Pengunjung Kongsi Detik Cemas Di Taman Tema Popular Subang Jaya

  5. 5

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara