Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

5 Tapak Sejarah & Masjid Indah Ini Bakal Musnah Jika AS Bom Iran

by Phic ARMAN
January 13, 2020
Share on Facebook

Hubungan Iran dan Amerika Syarikat kini semakin panas. Ini berpunca dari pembunuhan jeneral Iran Qassem Soleimani yang diserang menggunakan drone AS di Baghdad. Sampai hari ini, konflik antara Iran dan Amerika Syarikat seperti tiada noktahnya. Baru-baru ini, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump telah mengancam akan menghapuskan tapak sejarah Iran sekaligus lokasi tumpuan pelancongan di negara itu..

Difahamkan Iran sendiri mempunyai lebih daripada 20 tapak warisan sejarah yang dilindungi oleh UNESCO. Tapak sejarah yang berusia lebih 5,000 tahun ini berkaitan dengan seni bina yang unik serta reka bentuk abstrak.

Seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, terdapat beberapa tapak sejarah yang mungkin hilang jika Trump benar-benar akan melancarkan bom terhadap Iran.

Persepolis

Foto: Shutter Stock

Persepolis adalah permata mahkota tapak arkeologi Iran. Tapak ini adalah sebuah kompleks bandar monumental yang dibina pada abad keenam sebelum masehi.
Dibina lengkap dengan teres yang tinggi, tangga gergasi, dan istana marmar dan kuil, Persepolis telah dimusnahkan beberapa kali oleh pendatang. Walau bagaimanapun, ia masih meninggalkan beberapa patung yang terpelihara.

Masjid Shah Cheragh

Foto: Feng Wei Photography/Getty Images

Dengan makna “Raja Cahaya”, Masjid Shah Cheragh dibina dengan bahagian dalaman yang dipenuhi dengan jubin mosaik yang direka geometri dan menghasilkan kesan cahaya kosmik yang indah.

Vank Cathedral

Foto: James Strachan/Getty Images/Robert Harding World Imagery

Bukan seni Islam sahaja, Iran juga mempunyai kisah sejarah dengan agama Kristian, terutama berkaitan dengan Armenia di sempadan barat lautnya. Salah satu gereja terkenal di Iran ialah Katedral Vank. Vank Cathedral berhampiran Isfahan dibina oleh orang Armenia yang terusir saat perang Uthmaniyyah pada abad ke-17. Gereja ini mempunyai rekaan dalaman dengan lukisan dinding dan ukiran emas.

Jambatan Khaju Isfahan

Foto: iranwithfatemeh.com

Jambatan Khaju Isfahan dibina pada abad ke-17 dan mempunyai panjang 130 meter. Selain ia digunakan untuk menyeberang sungai, jambatan ini juga berfungsi sebagai empangan dan pintu air untuk mengendalikan sungai Zayanderud.

Masjid Sheikh Lotfollah

Masjid Sheikh Lotfollah mempunyai reka bentuk dalaman yang paling mewah berbanding dengan masjid-masjid lain di Iran. Ini kerana masjid itu pada asalnya dibina untuk para anggota kerajaan, bukannya orang awam. Bahagian dalam masjid dihiasi dengan hiasan jubin yang paling indah di seluruh dunia. Bahagian kubah mempunyai corak geometri yang sangat rumit, seperti ekor merak.

https://lomp.at/39yel
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Destinasi

Buffet Ramadan Di LEGOLAND Hotel Hidang Lebih 200 Menu Pikat Seisi Keluarga

by Ayu Kamaruddin
January 29, 2026

Bila sebut buffet Ramadan, kebiasaannya orang akan cari yang lengkap, selesa dan sesuai untuk seisi keluarga. Menariknya tahun ini, LEGOLAND...

Read moreDetails
Foto - redBus
Destinasi

Hari Wanita Antarabangsa: 5 Idea Percutian Solo Untuk Kamu Yang Sukakan ‘Adventure’!

by Nurul A.
March 7, 2026

Perjalanan solo bagi wanita kini bukan sekadar hashtag menarik di Instagram, ia telah menjadi satu gerakan yang mencerminkan peralihan yang...

Read moreDetails
Hotel

Tak Payah Terbang! Rasa Yogyakarta Datang Terus Ke Penang Marriott Hotel

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Ada satu benda MURAI percaya… kalau bau rempah dah sampai dulu sebelum kita nampak makanan, confirm malam itu tak akan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara