Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Amir Hasan Cuba Nasib Jadi Komposer, Mengharapkan Tuah Lagu Terbaru

by Zaidin Albert
May 5, 2021
Share on Facebook

Lebih tiga tahun berjuang sebagai anak seni, Amir Hasan, 24, terus berusaha keras menghasilkan karya dalam dunia muzik.

Sebenarnya, kehadiran Amir dalam dunia hiburan mula mendapat perhatian selepas dia menjadi  salah seorang daripada 12 peserta Big Stage musim ketiga.

Sebelum itu, Amir pernah tular kerana video bersahaja beliau menyanyikan lagu Akad (Payung Teduh) ketika bekerja di kedai Vape. Kemudian Amir menjadi semakin popular dan bernaung di bawah syarikat rakaman Warner Music Malaysia.

Baru-baru ini, Murai MY berkesempatan bertemu dengan Amir ketika menghadiri Majlis Berbuka Puasa bersama Warner Music Malaysia di Sunway Resort, Petaling Jaya.  Ingin terus untuk mengembangkan bakat dalam bidang muzik, ternyata Amir kini sedang sibuk mencipta lagu untuk penyanyi lain.

Foto: Instagram @amrhsn_

“Kalau menyanyi itu agak kurang sedikit, tapi Alhamdulilah, kini saya sibuk buat lagu untuk orang. Sekarang rezeki saya banyak untuk cipta lagu dan tulis lirik”- katanya

Kerana minatnya yang mendalam dalam seni hiburan, Amir juga tidak menolak jika ditawarkan untuk berlakon dan menjadi pengacara.

Foto: Instagram @amrhsn_

“Dalam masa yang sama, jika saya dapat tawaran berlakon, mengacara atau menyanyi pun, saya akan ambil. Cuma saya akan fokus lebih pada cipta lagu dan menulis lirik dahulu.”-katanya kepada Murai MY.

Terbaru, Amir menjadi komposer dan penulis  lirik untuk lagu berjudul Luka Hati nyanyian Alan D & Faizal Tahir yang dilancarkan pada Februari yang lalu. Amir berkata, selepas ini dia akan menjadi komposer untuk menghasilkan lagu kepada beberapa penyanyi lain antaranya salah seorang peserta  Big Stage musim ketiga, Farisha Iris.

Sementara itu, Amir juga bakal mengeluarkan single terbaru hasil ciptaannya sendiri tidak lama lagi. Dia berkata, single terbaru kali ini mempunyai genre berbeza dan mengharapkan tuah lagu terbaru agar diterima ramai. Malah dia juga berhasrat lagu tersebut dapat bersaing di pentas Anugerah Juara Lagu (AJL).

“Insyallah, lepas raya saya akan keluarkan lagu sendiri. Saya tidak mahu terikat dengan satu genre dan mahu mencuba sesuatu yang berbeza. Tambahan lagi,  sebagai seorang komposer saya kena lebih teliti dan rancang betul-betul sebelum bagi orang dengar.”- tambahnya lagi.

Sempena bulan Ramadan, Amir muncul dalam sebuah sketsa komedi pendek bersama penyanyi  Sissy Imann, Bunga, youtuber terkenal Luqman Podolski.  Video sketsa berjudul ‘Bila Ibu & Anak Puasa’ itu ditayangkan di saluran Youtube Warner Music Malaysia.

YouTube video
amir hasan
https://lomp.at/6drg1
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
Spotlight

Anak Lelaki Amy Search Curi Perhatian, Tinggi & Kacak. Isteri Tertanya- “Entah Makan Apa Masa Pregnant”

by Phic ARMAN
March 5, 2026

Nama Amy Search memang tak perlu diperkenalkan lagi. Vokalis legenda kumpulan Search ini bukan saja dikenali dengan aura rock yang...

Read moreDetails
Lokal

‘Segala Bulan Islam Diratibnya’- Peminat Luah Pedih, Siti Nurhaliza Balas Dengan Lembut

by Phic ARMAN
January 26, 2026

BIDUANITA Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi menjadi bualan hangat,  tetapi bukan kerana salah apa pun. Seperti biasa, Siti...

Read moreDetails
Lokal

“Bagi La Masa & Ruang Orang Nak Tenang..”-Kamal Adli

by Naddy Joe
January 15, 2026

Pelakon, Kamal Adli meluahkan rasa kecewa terhadap tindakan salah seorang pengguna akaun TikTok yang menggunakan namanya dan memuatnaik klip video...

Read moreDetails
Lokal

Fasha Sandha Bidas Komen Netizen Anggap Sharifah Rose ‘Kayu’-“Dia Punctual & Rajin..”

by Naddy Joe
February 13, 2026

Pelakon, Fasha Sandha tampil bersuara selepas salah seorang netizen menyifatkan lakonan pelakon, Sharifah Rose sebagai 'kayu'. "Saya tengok banyak jugak...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore