Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Dituduh Curi Duit Andi Bernadee, Amir Hasan Terkilan Ada Yang Cakap Pasal Arwah Bapa & Buat Ibu Menangis

"Pada yang telah buat ibu saya menangis, tak apa adik, saya maafkan" Ujar Amir

by Khai Azfar
August 27, 2021
40
KONGSIAN
Share on Facebook

Penyanyi Amir Hasan meluahkan rasa terkilan apabila bukan sahaja dituduh mencuri duit rakannya yang juga penyanyi, Andi Bernadee malah Allahyarham bapa nya serta ibu tercinta turut terpalit dalam isu itu.

Andi Banyak Bantu Amir 

Menerusi laman Instagram nya, penyanyi berusia 25 tahun ini menafikan sekeras-kerasnya bahawa dia adalah individu yang dimaksudkan oleh Andi. Menurut Amir, tidak pernah terlintas di fikirannya untuk berbuat sedemikian kepada Andi yang banyak memberi bantuan dan nasihat kepadanya sehingga ke hari ini. Malah, Andi menerusi sebuah hantaran di laman Insta story nya turut menjelaskan bahawa Amir bukanlah individu kawan baik yang telah mencuri duitnya sebelum ini.

“Saya nak clear kepada semua semua yang saya bukan individu yang ‘songlap’ RM70,000 duit Andi tersebut. Andi ialah seorang yang sangat baik, ikhlas dan jujur orangnya.

“Sejak saya masuk industri seni ni, dia adalah antara orang yang banyak bantu dan bagi nasihat dekat saya sampailah ke hari ini. Walau bagaimanapun tidak pernah terlintas di fikiran saya sekali pun untuk saya menganiaya kawan sebaik ini. Cuma saya agak kesal dan sedih dengan sikap sesetengah pihak yang terus menuduh, mencaci dan maki saya tanpa usul periksa,” tulis Amir

Amir Maafkan Individu Cakap Pasal Arwah Bapa, Buat Ibu Menangis 

Dalam pada itu, Amir turut memaafkan individu yang melibatkan arwah bapa dan membuatkan ibu nya bersedih dengan tohmahan tersebut. Bagaimanapun, Amir berpesan kepada mereka agar dapat menyelidik terlebih dahulu sesuatu perkara sebelum melakukan tindakan selanjutnya.

“Pada individu yang sentuh isu ini dengan Arwah bapa saya, tak apa adik, saya maafkan. Pada yang telah buat ibu saya menangis, tak apa adik, saya maafkan.

“Saya maafkan semua yang mungkin ‘terfitnah’ saya. Cuma saya nak nasihat pada semua, fikirlah dua tiga kali dulu sebelum buat pelbagai andaian.

“Jangan kerana satu perkataan sahaja, ia boleh buat jatuh fitnah. Berhati-hatilah dengan kata-kata anda. Fitnah itu lebih kejam daripada membunuh,” katanya lagi.

https://www.instagram.com/p/CTCdAWxnF8K/

Topik Berkaitan Andi Bernadee Hilang 16kg, Nafi Unsur Mistik & Beri Amaran Henti ‘Skinny Shamming’

Terdahulu, Murai.my melaporkan syarikat label Warner Music Malaysia menafikan bahawa Amir terlibat di dalam kes Andi. Sebelum ini, Andi mendakwa ditipu rakan baik yang juga pembantu peribadinya sehingga melibatkan kerugian sebanyak RM70,000. Sebuah laporan polis turut dibuat pelantun Penat itu di Ibu Pejabat Balai Polis (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur pada pagi Rabu.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
amir hasanandi bernadee
Share16Tweet10SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  2. 2

    Ramai Tak Sangka, Chef Kecik Boulangerie Di Kajang Hidang Pastri Premium Bertaraf Kafe Eropah!

  3. 3

    ‘The East Palace’ Netflix Bawa Penonton Rentas Alam Roh, Pada 17 Julai Ini!

  4. 4

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara