Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

Amir Hasan Hadiahkan “Pelangi” Buat Peminat

by Aphit J.
January 11, 2025
Share on Facebook

Bintang hip hop yang kian meningkat naik, Amir Hasan, kembali mencuri perhatian penggemar muzik dengan single terbarunya berjudul “Pelangi”, yang menjadi runut bunyi rasmi (OST) untuk drama bersiri slot Lestary TV3, Cikgu Diva.

Mengadun Elemen Muzik Yang Pelbagai

via Joeprcinternational

Baru sahaja tampil dengan single “Manis” sebulan lalu, Amir terus menunjukkan komitmennya sebagai penyanyi dan pencipta lagu dengan gaya kreatif dalam mengadun elemen muzik yang pelbagai.

Kongsi Amir, dia bersyukur kerana lagu ‘Manis’ mendapat sambutan yang memberangsangkan.

Pendengar memberitahu mereka dapat rasakan sesuatu yang segar darinya.

Single terbaru, “Pelangi”, menggambarkan kisah cinta remaja yang penuh keindahan dan makna.

Amir menyatakan bahawa lagu ini mengisahkan pertemuan pasangan yang mengajar erti cinta, berdasarkan pengalaman dan imaginasi beliau dengan harapan dapat menyentuh hati pendengar.

Mengambarkan Perjalan Emosi

via Joeprcinternational

Lagu ini adalah hasil kolaborasi Amir, madebyartin (susunan muzik), dan SHR (gubahan lirik), yang menggabungkan genre R&B, pop, dan rap, memberikan nuansa segar sesuai dengan citarasa masa kini.

Amir ingin setiap lagu yang dihasilkannya membawa elemen baharu, dan “Pelangi” cuba menggambarkan perjalanan emosi yang santai namun bermakna.

Walaupun “Pelangi” telah siap sepenuhnya pada awal 2024, pihak produksi Cikgu Diva tertarik dengan lagu ini, menyebabkan Amir dan pasukannya mengambil masa sebulan untuk melakukan pengubahsuaian terhadap lirik dan melodi agar lebih serasi dengan tema drama.

Drama Cikgu Diva akan ditayangkan mulai 31 Januari 2025, menampilkan nama-nama popular seperti Eyka Farhana dan Fitri Farok.

Amir juga berkongsi perancangan besar untuk tahun 2025, termasuk pelancaran album studio pertamanya.

Lagu “Pelangi” kini tersedia di semua platform penstriman seperti Spotify, Joox, Deezer, dan Apple Music.

Amir berharap lagu ini dapat memberi aura positif kepada pendengar dan memberi inspirasi untuk menghargai momen indah dalam hidup.

amir hasan
https://lomp.at/yk1nu
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Didie Shazry ‘Remake’ Lagu Mendiang Lotter Versi Baharu ‘Yang Berlalu Tak Berulang’

by Naddy Joe
April 24, 2026

Dalam usaha mengangkat semula karya malar segar ke dimensi baharu, penyanyi muda berbakat - Didie Shazry tampil dengan remake sebuah...

Read moreDetails
Lokal

Pitahati Kembali Dengan ‘Inchek Karma!’

by Naddy Joe
April 23, 2026

Band alternatif tempatan, Pitahati, kembali dengan single terbaharu mereka berjudul “Inchek Karma!”, yang bakal dilancarkan pada 24 April 2026 di bawah...

Read moreDetails
Foto - The Fhase
Musik

“Andai” Dari The Fhase Bawa Kisah Tentang Rindu, Penyesala & Peluang Kedua

by Nurul A.
April 28, 2026

The Fhase kini kembali dengan single kedua mereka berjudul “Andai”. Ianya sebuah karya yang membawa pendengar menyelami emosi rindu, kehilangan...

Read moreDetails
Foto - MXI
Musik

“Di Sebalik” Kolaborasi Teristimewa MXI & Sam Bunkface

by Nurul A.
April 11, 2026

MXI melancarkan album keduanya yang berkonsepkan “Featuring Album” dengan melancarkan Single “Di Sebalik” yang menampilkan Sam Bunkface sebagai teman kolaborasinya....

Read moreDetails
Indonesia

UNGU Ubati Rindu Peminat Dengan ‘UNGU 3 DASAWARSA: Special Night In Kuala Lumpur’ 5 September Ini

by Naddy Joe
April 26, 2026

Tiga dekad dalam industri bukan sekadar satu angka, ia adalah perjalanan yang ditempa dengan jatuh bangun, evolusi dan ketahanan yang...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Customer Pulangkan Kotor, Peniaga Pilih Halalkan,  Isu Dessert Table Cetus Perdebatan Etika Servis

  2. 2

    [VIDEO] Aliff Aziz Cover Lagu Indonesia, Lain Pula Reaksi Netizen?-“Kau Ni Rugi..”

  3. 3

    Salah Susun Atau Salah Orang? Pelanggan Lari, Peniaga Tanggung Rugi

  4. 4

    “Jahidah Masih Terlantar, Sekarang Terajang Bini Baru?”- Ramai Bertambah Risau Kes Rosmaini Berulang Lagi

  5. 5

    Bukan Susah Pun, Tapi Ramai Masih Buat! Etika Naik MRT Jadi Perdebatan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara