Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Amira Othman Muat Naik Video Fattah Amin Berserta Lagu ‘Jatuh Cinta Lagi’, Netizen Mula Berteka-Teki

by Puteri Alia
July 25, 2025
Share on Facebook

Amira Othman sekali lagi mencuri perhatian netizen apabila memuat naik sebuah video terbaharu di akaun TikTok miliknya yang menampilkan susuk pelakon popular, Fattah Amin. Tanpa sebarang kapsyen atau penjelasan, video tersebut sekadar memperlihatkan Fattah sedang duduk santai di sebuah ruang, namun apa yang lebih menarik perhatian adalah pemilihan lagu latar Jatuh Cinta Lagi nyanyian Nadhif Basalamah yang dilihat seolah-olah membawa maksud tersirat tentang perasaan Amira terhadap pelakon itu.

Tindakan berani penyanyi berusia 32 tahun itu sekali gus mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya penuh tanda tanya dan rasa ingin tahu. Lebih mencuit hati, adiknya sendiri yang juga penyanyi, Irfan Haris, turut meninggalkan komen bernada usikan yang berbunyi, “Tak apa, kita buat-buat tak faham saja lah,” seolah-olah memberi gambaran bahawa perkara itu bukan dilakukan secara tidak sengaja.

Beberapa pengikut pula membuat spekulasi kononnya Amira mungkin tersalah muat naik video berkenaan, manakala ada juga yang berpendapat keberanian Amira memuat naik video tersebut menunjukkan perasaan yang lebih dari sekadar rakan. Antara komen yang ditinggalkan termasuk, “Kaklong, sempat lagi kalau nak padam kalau tertekan,” dan “Perempuan kalau berani muat naik hantaran begini dalam akaun sendiri maksudnya ada apa-apa lah.”

Ada juga yang mengaitkan tarikh hantaran video itu dimuat naik, hari Jumaat, dengan sesuatu yang dianggap ‘istimewa’, menambahkan lagi rasa curiga peminat. Sejak membintangi video muzik lagu Bila Nak Kahwin bersama, hubungan Amira dan Fattah menjadi perhatian ramai. Tambahan pula, mereka kerap dilihat bersama dalam beberapa kempen jenama terkenal sebagai wajah duta bersama.

Walaupun sering diasak untuk menjelaskan status sebenar hubungan mereka, baik Amira mahupun Fattah tetap konsisten menegaskan bahawa mereka hanya sekadar rakan sekerja. Namun begitu, dengan muat naik terbaharu ini, ramai yang mula berteka-teki sama ada perasaan yang selama ini dinafikan sudah mula diungkap secara perlahan dan terbuka. Sama ada benar atau tidak, tindakan Amira pastinya membuka satu lagi episod perbualan hangat dalam dunia hiburan tempatan.

Amira Othman Tak Mampu Tidur, Dedah Heliza Helmi Sempat Mesej Saat Kapal Dikepung Tentera Israel
Amira Othmanfattah amin
https://lomp.at/m4vm3
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Janna Nick Persoal Sikap ‘Hipokrit’ Netizen?

by Naddy Joe
January 16, 2026

Sebelum ini ramai selebriti mendapat kecaman netizen selepas didakwa mempromosikan produk yang menyokong kekejaman Zionis di bumi Palestin. Terkini, pelakon...

Read moreDetails
Foto - @azirashafinaz (Threads)
Lokal

Penampilan Azira Shafinaz Mengenakan Busana Ketat Tuai Kecaman

by Nurul A.
February 10, 2026

Penyanyi kumpulan De Fam dan pelakon, Azira Shafinaz menjadi tumpuan ramai selepas berkongsi beberapa gambarnya ketika sambutan Tahun Baru Cina...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Jatt Ali Meninggal Dunia-“Ternyata Allah Lebih Menyayanginya..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Penyanyi, Jatt Ali berkongsi khabar duka mengenai ibunya, Hajaz Zainah yang telah menghembuskan nafas terakhirnya pada pagi Khamis. Khabar duka...

Read moreDetails
Foto - @morosechild (IG)
Lokal

Berang Bapa Tiri Dituduh Penagih, Puteri Balqis Cabar Cari Bukti

by Nurul A.
January 28, 2026

Pelakon Puteri Balqis Ashikin kembali menjadi tumpuan ramai selepas tampil mempertahankan bapa tirinya, Farris, yang dikaitkan dengan dakwaan bahawa lelaki...

Read moreDetails
Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  2. 2

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  3. 3

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  4. 4

    [VIDEO] Mimi Peri Tuai Kecaman, Akui Suka Lelaki Kampung Kerana Bebas HIV

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore