Hamil Anak Kembar! Aliff Syukri Mohon Doakan Isteri & Kandungan

Siapa sangka, dalam diam rupa-rupanya isteri kepada usahawan kosmetik terkenal Dato Seri Aliff Syukri iaitu Datin Sri Nur Shahida kini sedang hamil.

IKLAN

Alami Pendarahan Serius 

Lebih mengejutkan, bayi di dalam kandungan isterinya itu merupakan pasangan kembar. Menurut Aliff, dia sengaja merahsiakan kehamilan isterinya itu kerana ingin membuat kejutan pada semua. Namun begitu, khabar duka turut menyusuli berita gembira itu kerana jelas Aliff isterinya mengalami pendarahan yang serius yang berkemungkinan akan turut mengalami keguguran.

Mohon Doa Dan Nasihat Dari Pengikut 

Tambah Aliff lagi, dia tidak tolak kemungkinan faktor tekanan perasaan gara-gara isu melibatkan anak perempuannya baru-baru ini antara punca mengapa isterinya mengalami pendarahan. Malah, dia turut meminta nasihat daripada pengikutnya mengenai cara untuk menyelamatkan kandungan isterinya selain mengharapkan doa yang terbaik buat mereka.

Aliff telah berkahwin dengan Shahida pada Ogos 2007 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan empat cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, 10, Qadejah El Zahra, 8, Ibraheem Adham, 6 dan Yusoff Al-Qardawi 11 bulan. Pasangan ini turut mempunyai seorang anak angkat, Ameena yang kini berusia dua tahun.

aliff syukriDatin Seri Nur Shahida