Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Anak Baru 3 Tahun Hafal Doa, Neelofa Akui Termalu Dan Terpanggil Perbaiki Diri

by Puteri Alia
October 21, 2025
Share on Facebook

Sebagai seorang ibu, Neelofa tidak menyangka dirinya akan belajar sesuatu yang besar daripada anak kecil berusia tiga tahun. Pelakon dan usahawan itu meluahkan rasa kagum terhadap kebolehan anak sulungnya, Muhammad Bilal, yang mampu menghafal doa-doa harian dengan lancar meskipun baru berusia tiga tahun. Momen itu, katanya, menjadi titik perubahan dalam hidupnya sebagai seorang ibu dan hamba Allah.

Menurut Neelofa atau nama penuhnya Noor Neelofa Mohd. Noor, 36, dia berasa seperti ‘ditampar lembut’ apabila menyedari anak kecilnya itu sudah mampu membaca doa masuk tandas, sedangkan dirinya sendiri belum menghafalnya. “Bila Bilal berusia dua tahun, saya nampak impak produk Mommy Hana secara keseluruhan pada dia bila semakin pandai baca doa-doa harian. Saya tak hafal doa masuk tandas tapi anak saya boleh baca. Satu tamparan hebat tau! Selepas itu saya terus hafal doa-doa harian,” katanya sambil ketawa kecil dalam satu perkongsian di TikTok.

Neelofa mengakui pengalaman itu benar-benar memberi kesedaran kepadanya tentang pentingnya memberi contoh yang baik kepada anak. “Kalau anak hafal, takkan aku mak tak hafal. Dari situlah saya mula amalkan doa-doa harian dan istiqamah sampai sekarang,” ujarnya dengan penuh syukur.

Berkongsi momen lain yang membuatkan dirinya sebak, bekas pengacara MeleTop itu menceritakan detik pertama kali Bilal menyambung bacaan selawat yang dibacanya.

“Momen paling indah dalam hidup saya sebagai ibu bila pertama kali anak saya boleh sambung selawat. Saya terus melompat-lompat gembira! Ada satu hari saya suap dia makan dan saya bacakan subhanallah walhamdulillah, tiba-tiba dia sambung. Saya tergamam dan cepat-cepat panggil Haris (PU Riz) untuk dengar. Kalau boleh rakam, saya nak ulang tengok sebab momen tu memang menyejukkan hati,” katanya penuh emosi.

Neelofa turut berkongsi rahsia di sebalik kecerdikan Bilal yang dilihat mempunyai minat mendalam terhadap al-Quran sejak kecil. Katanya, penggunaan buku audio memainkan peranan besar dalam membantu proses pembelajaran anaknya.

“Ramai tanya saya macam mana saya ajar Bilal. Sebenarnya saya dan Haris sama je macam ibu bapa lain, ajak solat dan baca surah sama-sama. Tapi alat bantu seperti buku audio sangat membantu. Saya perasan satu hari dia baring sambil dengar surah, dan dari situ saya tahu dia jatuh cinta dengan al-Quran,” katanya.

Sebelum ini, kebolehan Bilal membaca surah al-Fatihah walaupun masih kecil telah mencuri perhatian ramai di media sosial, malah ramai memuji cara didikan pasangan ini yang penuh kasih sayang dan berasaskan nilai Islam.

[VIDEO] Neelofa Kongsi Suasana Majlis Perkahwinan Aisyah Aziz Di Singapore, Curi Perhatian Ramai!

Neelofa dan suaminya, pendakwah selebriti Haris Ismail atau PU Riz, mendirikan rumah tangga pada 27 Mac 2021 dan dikurniakan dua orang putera, Muhammad Bilal dan Abdullah Abbas. Bagi Neelofa, melihat anaknya membesar dalam suasana penuh dengan doa, zikir dan cinta terhadap al-Quran adalah kebahagiaan yang tiada bandingannya.

neelofa
https://lomp.at/aauux
Share2Tweet2SendShare

KINI TRENDING

Lokal

[VIDEO] Che Ta Kongsi Gelagat Aaisyah Penat Berpuasa, Curi Perhatian Netizen

by Naddy Joe
March 3, 2026

Perkongsian usahawan dan pelakon, Rozita Che Wan mencetuskan rasa terhibur netizen selepas berkongsi gelagat anak perempuannya, Aaisyah Dhia Rana di...

Read moreDetails
Lokal

Betty Rahmad Dituduh Biadap & Pekik Ke Arah Pekerja Booth?-“Kau Siapa? Artis?..”

by Naddy Joe
March 2, 2026

Nama pelakon dan usahawan, Betty Rahmad mengejutkan netizen selepas dituduh bersikap biadab di sebuah festival jualan di Singapura, baru-baru ini....

Read moreDetails
Lokal

Syifa Melvin Kongsi Reaksi Saif Selepas Lahirkan Anak Kedua, Para Ibu Kongsi Pengalaman!

by Naddy Joe
January 27, 2026

Umum mengetahui pelakon dan model, Syifa Melvin baru-baru ini telah selamat melahirkan cahaya mata perempuan pada pagi Isnin. Kongsi Syifa...

Read moreDetails
Lokal

Anzalna Nasir Kongsi Momen Lucu Bercuti Di Jepun, Peminat Komen-“Rasanya Saya Kena Belajar..”

by Naddy Joe
January 19, 2026

Perkongsian pelakon, Anzalna Nasir ketika bercuti di Jepun sebelum ini mencuri perhatian netizen apabila berkongsi momen lucu mereka sekeluarga pernah...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore