Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Anak Lelaki Amy Search Curi Perhatian, Tinggi & Kacak. Isteri Tertanya- “Entah Makan Apa Masa Pregnant”

by Phic ARMAN
March 5, 2026
Share on Facebook

Nama Amy Search memang tak perlu diperkenalkan lagi. Vokalis legenda kumpulan Search ini bukan saja dikenali dengan aura rock yang ‘otai’, tapi juga sisi keluarga yang jarang-jarang dikongsikan kepada umum.

Baru-baru ini, perhatian warga maya tertumpu kepada dua anak lelaki Amy yang kini semakin meningkat dewasa. Wajah mereka dikongsikan sendiri oleh isteri Amy, Norhasniza Hassan atau lebih dikenali di Instagram sebagai Qasander dan terus jadi bualan ramai.

Anak Makin Besar, Makin ‘Copy Paste’ Wajah Ayah

Menerusi perkongsian sempena Ramadan, Qasander memuat naik foto bersama dua anak lelakinya, Alexander Zulkarnain dan Qaqa At-Tameemi.

Apa yang buat ramai terpaku? Wajah mereka dikatakan seiras Amy ketika zaman mudanya tinggi dan ada aura tersendiri.

Antara komen yang mencuri perhatian:

“Handsomenya anak-anak depa, mak ayahnya pula molek-molek. Semoga u all sekeluarga berbahagia makmur.”

Dan satu lagi yang ringkas tapi ‘tepat’:

“Handsome la anak2 abg Amy.”

Murai tengok pun boleh nampak, genetik memang kuat. Bila berdiri sebelah ibu mereka, memang jelas kedua-duanya dah makin tinggi lampai.

“Tinggi Macam KLCC!”- Seloroh Ibu Di Ramadan

Lebih mencuit hati, kapsyen yang ditulis Qasander sendiri buat ramai tersenyum.

“Salam Ramadan Kareem 🌙
3rd Ramadan baru ada moment ambil gambar 🤍
Sekali berdiri sebelah mereka berdua
‘eh kita pula nampak comel (shorty)’ 😜
Entah makan apa masa pregnant dulu, tinggi macam KLCC! Sorry Daddy lah paling.”

Ada saja gaya santai Qasander ni. Siap usik diri sendiri nampak ‘shorty’ bila berdiri sebelah anak-anak. Siap bandingkan ketinggian mereka dengan KLCC — memang jelas kedua-duanya dah melepasi paras ibu.

Murai suka momen macam ni. Simple, tak berlebih-lebihan, tapi cukup buat orang rasa hangat tengok.

Isteri Amy Search Respon Kritikan Peminat Tentang Gaya Rambut

Keluarga Yang Semakin Lengkap

Selain Alexander Zulkarnain dan Qaqa At-Tameemi, pasangan ini juga dikurniakan seorang anak perempuan, Sania Samara. Walaupun Amy dikenali sebagai figura rock yang lantang di pentas, di rumah jelas terpancar sisi seorang ayah yang bangga melihat anak-anak membesar dengan baik.

Alexander ZulkarnainNorhasniza HassanQaqa At-TameemiSania Samara
https://lomp.at/tlckr
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @loritayoung_mua (IG)
Indonesia

Manohara ‘Curhat’, Dedah Ibu Sering Jumpa Bomoh & Amal Ilmu Hitam

by Nurul A.
January 21, 2026

Model Indonesia, Manohara menjadi tular selepas mendedahkan kisah gelap masa lalunya bersama ibunya, Daisy Fajarina. Menerusi Instagram Strories, Manohara turut...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Nora Danish Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Rayqal Yang Ke-17-“Semoga Allah Bimbing Langkahmu..”

by Naddy Joe
January 8, 2026

Pelakon, Nora Danish menitipkan ucapan istimewa buat anak lelaki sulung, Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang kini sudah memasuki usia...

Read moreDetails
Spotlight

Islamik & Mendidik Jiwa, Jom Lihat 4 Drama Bersiri Sepanjang Ramadan Ini Di RTM

by Naddy Joe
February 21, 2026

RTM konsisten dalam memilih drama- drama berunsur Islamik dan kekeluargaan yang mendidik jiwa, terutamanya dalam menjalani ibadah puasa yang dituntut...

Read moreDetails
Spotlight

[VIDEO] Sebaknya Seorang Ibu… Amyza Tahan Tangis Terima Panggilan Takziah Zahid Hamidi

by Phic ARMAN
February 26, 2026

Suasana duka yang menyelubungi keluarga Amyza Adnan atas pemergian anak sulungnya, Andre Mikhail, terus meruntun hati ramai. Dalam kesedihan yang...

Read moreDetails
Lokal

Ummi Nazeera Kongsi Sikap Azhan Rani-“Dialah Yang Tolong Saya..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Pelakon, Ummi Nazeera mendedahkan sikap pelakon, Azhan Rani selepas tular hantaran seorang usahawan di media sosial apabila dia memesan ayam...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore