Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Peminat Terkejut Lihat Anak Lelaki Rusdi Ramli Semakin Dewasa – “Eh Macam Nick Jonas!”

by Phic ARMAN
December 4, 2025
55
KONGSIAN
Share on Facebook

Sebuah video santai yang dimuat naik oleh Sharifah Shahira di laman TikTok mencuri perhatian ramai apabila pelakon veteren, Rusdi Ramli, dilihat berkunjung ke rumah selebriti tersebut. Namun, bukan sahaja kehadiran Rusdi yang menjadi tumpuan, malah kelibat anak lelakinya turut mencuri perhatian netizen.

Dalam video itu, anak Rusdi yang dikenali sebagai Reo Ridza, berusia 16 tahun, tampil segak dengan baju Melayu merah, kelihatan agak malu ketika disapa Shahira. Ramai yang terkejut melihat betapa dewasa dan kacaknya Reo, ramai tidak sangka anak pelakon terkenal ini sudah meningkat remaja.

Menariknya, ramai peminat berseloroh di ruangan komen, menyamakan wajah Reo dengan selebriti Hollywood. Antaranya:

“Alau itu anak dia Reo tu memang kacak betul macam ayahnya masa muda2 dulu… Tahniah keluarga bahagia Rusdi Ramli.”

“Is that you Nick Jonas?”

“Anak lelaki dia macam muka Jonas Brother. Macam muka mat Salleh tapi Melayu hensem.”

Sedikit info, Nick Jonas ialah seorang penyanyi dan pelakon Hollywood yang terkenal sebagai ahli kumpulan muzik Jonas Brothers. Beliau juga mempunyai kerjaya solo dan dikenali dengan rupa paras kacak, jadi tak hairan ramai membuat perbandingan wajah Reo dengannya.

@bahhsxfizbf

#shieraijoy #kualalumpur

♬ original sound – SHAHRIAH SHAFIRAH – SHAHRIAH SHAFIRAH

Perjalanan seni Rusdi Ramli pula tidak kurang hebat. Beliau mula dikenali sejak 1990-an dan telah membintangi pelbagai drama dan filem popular, termasuk “Layar Lara”, “Puteri Gunung Ledang”, dan beberapa produksi televisyen lain. Kemampuannya menghidupkan watak-watak kompleks membuatkan beliau antara pelakon veteren yang dihormati dalam industri hiburan Malaysia.

Untuk info, Rusdi Ramli dan isterinya, Sharifah Sharon, mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Ayden Ridza dan Reo Ridza, yang kini tinggal bersama Sharon. Selain itu, Rusdi turut mempunyai seorang lagi anak lelaki, Efiezal Ridza, hasil perkahwinan terdahulu.

Video ringkas ini nyata membuatkan ramai terkejut dan teruja,  siapa sangka anak Rusdi yang dulu kecil, kini sudah tampil dengan aura bintang tersendiri!

[VIDEO] Gelagat Sharifah Shahirah Kacau Anak Kerja Barista, Buatkan Netizen Terhibur
Jonas Brothersnick jonasReo RidzaRusdi Ramlisharifah shahira
https://lomp.at/smnyp
Share22Tweet14SendShare

KINI TRENDING

Foto - @bingbing_fan (IG)
Asia

Sangat Pentingkan Kecantikan, Fan Bingbing Dedah Lakukan ‘Ritual’ 700 Topeng Muka

by Nurul A.
January 8, 2026

Walaupun sudah lama menghilangkan diri daripada industri hiburan gara-gara skandal pengelakan cukai terbesar dan disenaraihitamkan di tanah besar China, pelakon...

Read moreDetails
Korea

Kyuhyun & AHOF Bakal Beraksi Di ‘K-Sarang Super Concert 2026’ Pada 11 April Ini Di Kuala Lumpur!

by Naddy Joe
February 27, 2026

Gelombang Korea bakal melanda Malaysia dengan lebih hebat menerusi kemunculan sulung K-SARANG SUPER CONCERT 2026, sebuah acara muzik spektakular yang...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Karl Shafek Terharu Datuk Seri Siti Nurhaliza Sentiasa ‘Support’ Perniagaan Kecilnya-“Terima Kasih Biduanita Negara..”

by Naddy Joe
March 6, 2026

Pelakon dan usahawan, Karl Shafek menitipkan ucapan terima kasih kepada Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang sentiasa memberikan sokongan...

Read moreDetails
Berita

[VIDEO] Normala Samsudin Dikejarkan Ke Hospital Kerana Darah Tinggi-“Akhirnya Saya Kalah..”

by Naddy Joe
January 7, 2026

Bekas personaliti televisyen, Puan Sri Normala Samsudin memulakan tahun baru dengan ujian kesihatan apabila dia terpaksa dikejarkan ke hospital disebabkan...

Read moreDetails
Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Hantar Surat Guaman Kepada Keluarga, Brooklyn Beckham Digelar “Si Tanggang England”

by Nurul A.
January 12, 2026

Nampaknya konflik antara keluarga Beckham dan Brooklyn Beckham masih berterusan dan tidak ada penghujungnya. Baru-baru ini, anak sulung pasangan David...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

  4. 4

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore