Setiap ibu bapa tak dinafikan memiliki acuan mereka sendiri dalam mendidik dan membesarkan anak. Sama juga seperti pasangan selebriti, Johan dan Ozlynn yang turut mempunyai cara tersendiri dalam membesarkan anak-anaknya.
Pasangan selebriti ini juga tak lokek dan malu untuk berkongsikan beberapa tips dan petua untuk pengikutnya di media sosial.
Trik Johan & Ozlynn Bangunkan Anak Untuk Solat Subuh
Dalam banyak-banyak petua yang dikongsinya, MURAI sangat tertarik dengan perlakuan anak-anaknya ketika waktu Subuh. Kalau kamu nak tahu, anak-anak Johan dan Ozlynn ini akan bangun dengan sendirinya tanpa perlu disuruh untuk solat Subuh. Nak tahu bagaimana caranya?
1. 6:30 pagi wajib bangun
Ozlynn mendedahkan yang anaknya setiap hari akan bangun pada pukul 6:30 pagi. Rutin mereka adalah solat Subuh dan membaca Al-Quran. Manakala di hujung minggu pula, mereka akan menolong membuat kerja rumah selepas membaca Al-Quran.
2. Jam loceng kena letak jauh daripada tempat tidur
Kongsi Johan pula, dia sering berpesan pada anak-anaknya supaya tidak meletakkan jam loceng berdekatan dengan tempat tidur. Dedahnya lagi trik ini sangat berkesan kerana anak-anaknya terpaksa bangun dari katil untuk menutup jam loceng tersebut. Secara tidak langsung, mereka akan bangun untuk solat Subuh.
3. Cipta mindset dengan maklumkan pada ibu bapa setiap hari
Tambahnya lagi, jika mahu tahu anak-anak sudah bangun solat atau belum, minta mereka untuk ketuk pintu dan beritahu kamu. Dari situ barulah mereka akan mindset untuk bangun solat Subuh dengan sendiri selepas ini.
Trik yang simple tapi berkesan untuk mak ayah yang nak cuba bangunkan anak untuk solat Subuh. Selamat mencuba!

