Saturday, August 9, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home FAKTA

Anak Bomba Tunjuk Isyarat Jari Tengah, Bapanya Beri Amaran Kepada Netizen?

by Zaidin Albert
September 2, 2022
53
KONGSIAN
Share on Facebook

Bapa kepada budak lelaki yang mengangkat jari tengahnya yang sepatutnya buat ‘mini love’ kepada orang ramai semasa perarakan Hari Kebangsaan ke-65 telah memohon maaf atas kesilapannya.

Dalam posting di Facebooknya dengan nama Maulana Ahmad Suwito, dia meminta mereka yang merakam tindakan anaknya yang bernama Muhammad Azwar itu segera memadamkannya dan mengelak daripada anaknya dikecam.

“Assalamualaikum saudara saudari. Saya sebagai bapa kepada kanak kanak tersebut memohon maaf kepada semua. Dan saya memohon sepuluh jari agar video itu dapat diturunkan agar tidak lagi dikecam dan menjadi asbab masalah psikologi kepada anak saya. Mungkin dengan jasa baik sebesar ini Allah Taala memuliakan, serta menambah rezeki yang nampak dan tidak nampak dimata. Amin Ya Rabb.

“Anak saya peminat bomba. Dia sangat teruja kerana dapat menyertai perbarisan walaupun terpaksa bangun pada pukul 5 pagi. Dia teruja kerana dapat memakai baju bomba sehari sebelum acara itu. Sebagai bapa, Saya bangga dengan keberanian beliau untuk menjadi sebahagian daripada perarakan.” – tulisnya di akaun facebook.

VIA Facebook Maulana Ahmad Suwito
VIA Facebook Maulana Ahmad Suwito

Dalam klip yang tular, ramai yang menyangka budak lelaki itu memberikan isyarat lucah, namun sebanarnya dia mahu membuat isyarat tangan “mini love” semasa perarakan bot untuk Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Seorang anggota bomba yang berdiri di sebelahnya, menyedari isyarat tangannya terkejut dan cepat-cepat menutup tangan dan menyuruhnya berhenti. Lebih mencuit hati netizen adalah apabila melihat satu lagi rakaman video menunjukkan kanak-kanak itu terbaring di atas bot JBPM dipercayai kerana kepenatan.

https://lomp.at/hzby3
Share21Tweet13SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Erra Fazira Pasrah Tapi Awie Balas- ‘Bohong…’

  2. 2

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  3. 3

    Wajah Ibunda Tengku Amir Shah Dalam Majalah Lama Buat Netizen Terpukau

  4. 4

    [VIDEO] Netizen Terhibur Aliff Syukri ‘Kalah’ Dengan Pujukan Qadejah- “Abah Belikan Amayan Jam”

  5. 5

    [VIDEO] Amira Othman Beri Kek Kepada Fattah Amin, Lain Pula Yang Netizen Dengar

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem