Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Anas Zahrin Raih Gelaran Seller Creator Terbaik 2025

by Phic ARMAN
November 1, 2025
Share on Facebook

Nampaknya bintang usahawan muda Anas Zahrin terus bersinar tanpa henti. Pengasas jenama kecantikan tempatan ANAS Cosmetics ini sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila diumumkan sebagai Seller Creator Terbaik di Shopee Superstar Awards 2025 yang berlangsung meriah di ibu kota baru-baru ini.

Kemenangan tersebut bukan calang-calang kerana Anas berjaya menewaskan tiga lagi calon kuat lain sekaligus mencatat satu lagi kejayaan manis dalam perjalanan kariernya sebagai pempengaruh dan usahawan tempatan.

“Syukur alhamdulillah… 1 November 2025 jadi tarikh keramat buat saya. Selepas tiga tahun aktif di Shopee, ini penutup tahun yang paling bermakna,” ujar Anas penuh emosi ketika ditemui selepas majlis tersebut.

Dari Penjual Online ke Pentas Anugerah

Detik manis Anas menggenggam trofi sulung di Shopee bersama orang penting platform e – dagang itu, Tan Ming Kit (Pengarah Pemasaran dan Perniagaan Kewangan Shopee Malaysia)

Dikenali ramai menerusi platform TikTok sebelum ini, Anas bukan sekadar tahu mencipta konten menarik malah bijak membina empayar jualan digital. Buktinya, produk ANAS Cosmetics seperti lipmatte dan serum bibir kini menjadi pilihan ramai pengguna Malaysia terutamanya golongan wanita B40 dan suri rumah.

“Ramai yang rasa nak putus asa bila jualan tak menjadi. Tapi saya percaya kalau kita terus konsisten, rezeki akan datang pada masa yang tepat,” jelas pemenang TikTok Shop Creator of The Year 2023 itu.

Menariknya, Anas juga melihat kejayaan ini sebagai bukti bahawa jenama tempatan mampu berdiri sebaris dengan nama antarabangsa asalkan kualiti dijaga dan harga kekal mampu milik.

Topik Berkaitan Anas Zahrin Sumbang RM50,000 Untuk Rakyat Palestin

Jenama Lokal, Jiwa Rakyat

Selepas lebih 18 kali diberi pengiktirafan di TikTok, kini Anas tersenyum bangga dengan kejayaan sulung di Shopee

Dilancarkan sejak 2017, ANAS Cosmetics kini menjadi antara jenama bumiputera yang paling mendapat tempat di Shopee. Dengan strategi harga berpatutan dan pemasaran kreatif, jualan produk mereka sering mencatat angka ratusan ribu unit.

“Saya sentiasa niatkan untuk bantu pengguna, bukan sekadar berniaga. Produk saya dibuat supaya semua orang, tak kira latar belakang, mampu rasa yakin dan cantik,” kata Anas dengan senyuman.

Tak Berhenti Di Sini

Walaupun sudah memiliki lebih 18 pengiktirafan daripada TikTok dan kini menambah satu lagi trofi berprestij dari Shopee, Anas tetap mahu terus maju ke hadapan.

“Saya tak nak cepat selesa. Tahun depan saya dah rancang untuk keluarkan lebih 15 produk baharu di bawah ANAS Cosmetics. Kita nak kekalkan momentum ni,” katanya penuh semangat.

Prihatin dan Pemurah

Anas bersama adik bongsunya, Ashhry Atan

Dalam pada sibuk menguruskan perniagaan, Anas tetap aktif melakukan kerja kebajikan. Antara yang mendapat perhatian ialah sumbangan RM50,000 kepada Persatuan Cinta Gaza Malaysia pada Oktober lalu bagi membantu rakyat Palestin.

Menariknya, sumbangan itu dibuat sewaktu jenamanya mencatat jualan lipmatte sebanyak 1 juta unit di TikTok satu detik yang membuktikan bahawa rezeki yang dikongsi pasti akan berganda.

Daripada anak muda kecil dari Kota Tinggi, Johor, kini Anas Zahrin berdiri megah sebagai simbol kejayaan usahawan tempatan. Dengan semangat, disiplin dan hati yang besar, beliau bukan sekadar menjual produk kecantikan tetapi juga inspirasi tentang bagaimana usaha tanpa putus asa boleh ubah kehidupan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ANAS Cosmeticsanas zahrin
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - Harian Metro
Bisnes

Mampu Milik, Kad Kredit-i RHB Sinar Tawar Kadar Keuntungan Sebanyak 14% Setahun!

by Nurul A.
July 13, 2026

RHB Bank Berhad (“RHB” atau “Group”) hari ini memperkenalkan Kad Kredit-i RHB Sinar yang baharu. Kad kredit ini memberikan pelanggan...

Read moreDetails
Bisnes

Rahsia Di Sebalik Nasi Lemak Pak Man: Port Makan Nostalgik Di Tengah Bandar

by Phic ARMAN
June 20, 2026

Kalau anda peminat nasi lemak dan sedang mencari port makan dengan suasana yang mengimbau kenangan lama, MURAI ada satu lokasi...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Berwajah Cantik & Gemar Sukan Berkuda, Anak Saudara Raja Abdullah II Curi Tumpuan

  2. 2

    Pernah Terjumpa Di Bangsar? Ini Kisah Julia Rais Yang Ramai Rindukan

  3. 3

    UNIQLO Lancar Koleksi Hijab Pertama Yang Dinantikan Oleh Hijabis Malaysia

  4. 4

    Inginkan Privasi Tetapi Pihak Hotel ‘Bocor’ Tarikh Perkahwinan Cristiano Ronaldo?

  5. 5

    ‘Yang Bela Anjing Je Faham’- Stacy Kongsi Pengalaman Sendiri

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara