Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore

RM1.3 Juta Dalam 11 Jam! Anas Zahrin Sapu Dua Anugerah TikTok Shop

by Phic ARMAN
November 11, 2026
Share on Facebook

Bukan calang-calang pencapaian! Usahawan dan pempengaruh terkenal, Anas Zahrin sekali lagi mencuri perhatian apabila jenama kecantikannya, ANAS Cosmetics berjaya mencatat jualan mencecah RM1.3 juta dalam satu sesi siaran langsung di TikTok Shop Creator ICON ALLSTAR 11.11 Showdown, semalam (10 November).

Lebih membanggakan, kejayaan itu turut melayakkan Anas membawa pulang dua anugerah utama iaitu Creator Icon All Star 11.11 – Top All Star Creator dan Creator Icon All Star 11.11 – RM1 Million Milestones.

Kalau orang lain mungkin sudah penat selepas beberapa jam bekerja, Anas pula membuktikan sesi jualan selama 11 jam tanpa henti boleh menghasilkan angka luar biasa!

ANAS Cosmetics Jual Lebih 13 Juta Unit Produk

Anas Zahrin
Host Live ANAS Cosmetics bersama Biduanita Negara

Menurut Anas, kejayaan tersebut diraih menerusi sesi jualan langsung yang berlangsung selama 11 jam dengan lebih 13 juta unit produk terjual.

Antara produk yang mendapat perhatian termasuk lipmatte, pembayang mata, pelembap bibir dan minyak wangi.

Menariknya, strategi harga istimewa turut menjadi tarikan apabila produk ditawarkan serendah RM1.11, manakala kombo mega lapan produk dijual pada harga RM18.90.

Sesi berkenaan turut dibantu beberapa hos termasuk Ashhry Atan, Fara Dina, Ann Zaira dan Yulia serta pasukan belakang tabir ANAS Cosmetics.

Acara sama turut disertai barisan selebriti dan usahawan terkenal seperti Datuk Seri Siti Nurhaliza, Datuk Seri Aliff Syukri, Datuk Seri Vida, Neelofa, Fattah Amin dan Amira Othman.

Topik Berkaitan Usahawan Muda Ashhry Atan Belanja 500 Jururawat Makan Percuma

Anas Zahrin Mahu Jenama Bumiputera Terus Bersaing

Anas bersama adik beradiknya

Untuk rekod, ANAS Cosmetics sebelum ini pernah dilaporkan menduduki tangga pertama jenama tempatan di TikTok Shop dengan jualan hampir 12 juta unit, berdasarkan perkongsian Echotix Blog pada 18 Julai lalu.

Bagi Anas, setiap kejayaan yang diraih bukan alasan untuk mendabik dada, sebaliknya menjadi peringatan supaya terus merendah diri.

Dia juga berharap lebih banyak jenama Bumiputera mampu berkembang dan bersaing secara positif dengan jenama antarabangsa.

Apa yang menarik, kejayaan Anas ini membuktikan bahawa jenama tempatan juga mampu mencipta fenomena besar dalam dunia e-dagang. Rupanya, bukan sekadar pandai menjual, strategi dan konsistensi juga memainkan peranan penting!

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
5
Hearts
Hearts
5
Haha
Haha
3
Star
Star
3
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
ANAS Cosmeticsanas zahrin
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Pernah Kurang Yakin Berbahasa Inggeris, Pak Nil Kini Kongsi Rahsia Komunikasi Menerusi SHOW ADA KELAS

by Phic ARMAN
October 22, 2026

Pernah rasa kurang yakin apabila perlu bercakap dalam bahasa Inggeris, apatah lagi ketika berhadapan dengan selebriti antarabangsa? Ikon penyiaran negara,...

Read moreDetails
LifeXplore

F1 Kembali Ke Sepang! W Kuala Lumpur Bakal Jadi ‘Pit Stop’ Paling Meriah Oktober Ini

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Bagi peminat Formula 1, Oktober ini mungkin kena mark dalam kalendar. Formula 1 Gulf Air Bahrain Grand Prix di Malaysia...

Read moreDetails
Foto - Gossip Store, Bra
Kesihatan

Bra Kena Tukar Sekurang-Kurangnya 6 Bulan Sekali, Kalau Tak Ini Yang Kamu Hadapi

by Nurul A.
October 8, 2026

Cuba ingat semula, berapa kali dalam setahun kamu tukar bra? Penting untuk kamu tahu, pakar mengesyorkan bra yang kita pakai...

Read moreDetails
tren ecrl
LifeXplore

Tren ECRL Bawa Penumpang ‘Explore’ Rasa Pantai Timur!

by Nurul A.
October 18, 2026

Pantai Timur sering digambarkan menerusi keindahan pantainya dan rentak kehidupan yang lebih santai. Namun, keunikan wilayah ini turut terserlah menerusi...

Read moreDetails
LifeXplore

Gerhana Skacinta Bakal ‘Gegarkan’ Desaru, Sempena 8 Tahun Hard Rock Hotel

by Phic ARMAN
September 22, 2026

Hard Rock Hotel Desaru Coast bakal meraikan ulang tahun ke-8 pada 26 September 2026 dengan sesuatu yang memang sinonim dengan...

Read moreDetails
Gegata Kronik CSU
Kesihatan

Bukan Sekadar Alahan Atau Ruam, Kamu Mungkin Hadapi Gegata Kronik!

by Nurul A.
October 13, 2026

Pernah tak kamu terjaga tengah malam kerana kulit menjadi sangat gatal secara tiba-tiba dan dipenuhi dengan gegata, tetapi bila berjumpa...

Read moreDetails
LifeXplore

Lebih Separuh Kru Dakwa Pernah Bertemu Kuntilanak, Ini Kisah Disebalik The Rope Curse 4

by Phic ARMAN
November 5, 2026

Kalau selama ini anda mengenali Kuntilanak menerusi filem seram Indonesia, kali ini makhluk tersebut tampil dalam sebuah produksi Taiwan! Francais...

Read moreDetails
LifeXplore

Padi Reborn & GIGI Bakal Gegarkan Kuala Lumpur, Satu Pentas Dua Legenda Rock Indonesia!

by Phic ARMAN
November 9, 2026

Bagi anda yang membesar dengan lagu Mahadewi, Sobat, Nirwana dan 11 Januari, bersedialah untuk mengimbau kembali memori lama! Dua kumpulan...

Read moreDetails
LifeXplore

Nak Makeover Rumah Tapi Bajet Tak Cukup? SSFHOME Ada Tawaran Yang Mungkin Anda Cari

by Phic ARMAN
October 18, 2026

Rumah bukan sekadar tempat untuk tidur dan berteduh. Ia juga ruang untuk berehat selepas penat bekerja, meluangkan masa bersama keluarga...

Read moreDetails
LifeXplore

Kulit Makin Sensitif Bila Makin Berusia? Ini Yang Perlu Anda Tahu Tentang Retinal

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kulit yang sihat bukan sekadar nampak glowing. Ia juga perlu mempunyai benteng pertahanan yang baik supaya kekal lembap, kurang sensitif...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Penampilan PAI Anisha Rosnah Bertudung Curi Perhatian

  2. 2

    Isteri Pertama Najib Razak Yang Ramai Tak Tahu! Ramai Kata Puteri Zainah Mirip Tun Rahah

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  5. 5

    Habis Tempoh Iddah, Dr Fie Tawfek Kongsi ‘Dirisik’ Ramai Jejaka- “Kalau Allah Kata Jodoh”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara