Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Anda Mungkin Boleh Jadi Pelanggan Bertuah Dapat Baucar RM5k Untuk Kempen “GOLDEN TICKET” Di Suria KLCC

by Phic ARMAN
June 3, 2023
Share on Facebook

Bermula dari 2 sehingga 25 Jun 2023, Suria KLCC kembali dengan Kempen ‘Golden Ticket’ yang bakal, menawarkan ganjaran yang lebih besar dan lebih menarik. Kempen ‘The Golden Ticket’ kini muncul untuk kali yang keempat lanjutan dari sambutan hebat yang diperkenalkan kepada para pengunjung pada tahun 2020.

Acara tebusan ‘Golden Ticket’ akan berlangsung di Suria KLCC ‘Centre Court’ yang mana 100 kotak misteri akan tersedia untuk aktiviti cabutan bertuah buat para pelanggan. Setiap kotak mengandungi sekeping ‘Golden Ticket’ yang bernilai RM5,000 atau sekeping ‘Purple Ticket’ yang bernilai RM50.

Pelanggan yang berbelanja RM500 dan ke atas dalam dua resit dari mana-mana kedai terpilih berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah ini dan dapat menikmati ganjaran melalui tebusan e-Baucar yang dimenangi.

Pentas utama kempen ini akan mempersembahkan sambutan yang meriah diiringi musik kemenangan yang membangkitkan semangat untuk tontonan para pengunjung bagi setiap cabutan ‘Golden Ticket’ yang berjaya ditebus.

Para pemenang ‘Golden Ticket’ bakal dirai apabila setiap dari mereka berpeluang untuk menyertai sesi fotografi dan setiap dari gambar para pemenang akan dilayarkan di skrin digital berputar yang bertempat di ‘Centre Court’ dan juga di setiap skrin digital yang tersedia di sekitar pusat beli-belah.

Satu sesi cabutan bertuah untuk setiap hari minggu akan diadakan di antara jam 12pm sehingga jam 8pm, manakala dua sesi cabutan bertuah akan diadakan untuk setiap hujung minggu yang mana sesi pertama akan diadakan di antara jam 10am sehingga jam 2pm dan sesi kedua di antara jam 5pm sehingga jam 9pm.

100 keping tiket akan ditambah pada setiap sesi manakala lebihan tiket yang tidak dicabut akan digabungkan bersama tiket yang lain pada keesokannya.

Tidak kurang dari ganjaran tebusan tiket, 50 orang pelanggan yang paling banyak berbelanja semasa tempoh tebusan ‘Golden Ticket’ akan diundang untuk menyertai Majlis Penghargaan Pembeli pada 25 Jun. Majlis sambutan ini akan dilengkapi dengan jamuan koktel yang akan menghidangkan pelbagai juadah ‘canapés’ tidak ketinggalan penampilan DJ yang akan membuat persembahan secara langsung.

Bagi memeriahkan tanda penghargaan dari warga kerja Suria KLCC juga, seorang pelanggan setia yang bertuah berpeluang untuk memenangi ‘Super Golden Ticket’ yang bakal memberi ganjaran e-Baucar hebat yang bernilai RM10,000 tanpa perlu menambah nilai perbelanjaan.

Sementara itu, pelanggan terhormat yang lain akan menerima sekeping e-Baucar yang bernilai RM50 sebagai token penghargaan.

Untuk info lanjut, sila layari Suria KLCC DI www.suriaklcc.com.my ATAU www.facebook.com/SuriaKLCCMall

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara