Thursday, August 28, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Budaya Tips

Anda Suka Mencabut Uban? Jangan Diulangi Sekiranya Anda Tidak Mahu Kesan Buruk Ini Terjadi

by Jash Lee
September 19, 2020
252
KONGSIAN
Share on Facebook

Uban yang muncul secara tiba-tiba boleh membuatkan keyakinan diri akan sedikit terganggu. Walaupun anda tidak yakin dengan rambut yang beruban, cuba untuk tidak mencabutnya kerana mencabut uban sebenarnya dapat memberi kesan yang buruk kepada kulit kepala.

Jadi jangan sesekali mencabut uban, mari kita lihat apa kesan buruk daripada tabiat gemar mencabut uban.

Uban sememangnya akan muncul jika seseorang semakin meningkat usia. Ada juga golongan yang sudah beruban walaupun usia masih muda. Namun, keadaan ini tentunya memerlukan pemeriksaan jika rambut putih atau uban sudah tumbuh dengan banyak pada usia yang masih muda.

Selain daripada faktor usia, uban juga boleh muncul atas beberapa sebab lain seperti keturunan, persekitaran yang tidak baik, tekanan, pendedahan kepada asap rokok dan perubahan hormon.

Sekiranya anda mengalami keadaan ini, anda pasti akan mencabut uban kerana anda merasakan ianya telah mengganggu penampilan anda. Tetapi siapa sangka bahawa mencabut uban amat tidak digalakkan dan ianya boleh mencetuskan beberapa perkara seperti yang akan kami senaraikan.

Merosakkan Tekstur Rambut 

via bejelita.com

Mencabut setiap helaian uban boleh menyebabkan kerosakan pada tekstur rambut. Akibatnya, rambut yang baru tumbuh akan menjadi lebih kusut dan kasar.

Merosakkan Kulit Kepala

Sudah tentu uban yang tumbuh di kepala tidak hanya pada satu bahagian sahaja. Sekiranya anda mempunyai tabiat untuk kerap mencabut uban, ini boleh menyebabkan kerosakan pada folikel rambut. Ia akan menjadi bertambah teruk dan boleh menyebabkan masalah yang lebih serius pada kulit kepala.

Menipiskan Rambut

via brilistyle.brilio.net

Semasa mencabut uban, secara tidak langsung akan dapat mengurangkan jumlah helaian rambut anda dan sekaligus dapat merosakkan akar rambut. Lebih teruk lagi, jika ia kerap dicabut, maka rambut akan menjadi lebih nipis.

Selain daripada beberapa kesan buruk yang telah kami senaraikan di atas, anda juga telah menghabiskan banyak masa di depan cermin untuk mencabut uban di kepala. Sekiranya anda mahu menghilangkan atau mengurangkan uban, anda mungkin boleh cuba cara lain seperti memotong rambut. Ini kerana jika anda memotong rambut, ia sama sekali tidak akan merosakkan folikel rambut dan rambut akan menjadi lebih sihat.

Untuk apa anda perlu risau? Bukankah sudah menjadi trend orang sekarang yang sememangnya suka menampilkan gaya rambut yang berwarna putih atau kelabu yang seakan-akan uban. Apa salahnya jika uban sebenar di kepala anda juga adalah mengikut trend sekarang. Yang penting, buang tabiat suka dan kerap mencabut uban.

sukacabutuban rambutberuban cubaelakkan kesankulitkepala kesanburuk
https://lomp.at/ucum1
Share112Tweet58SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Selain Peguam Ram Singh, Video Liputan Munafik Hunter Oleh Caprice Di Mahkamah Sabah Jadi Perhatian

  2. 2

    Kapsyen Aliff Aziz Di Thread Undang Pelbagai Reaksi Netizen!-“Acah La Engkau..”

  3. 3

    [VIDEO] Peminat Terkejut Dengar Erra Fazira Menyanyi Lagu Dangdut

  4. 4

    [VIDEO] Gelagat Anak Tok Ram Menari Buatkan Netizen Terhibur

  5. 5

    Fattah Amin Kongsi Momen Bercuti Bersama Fatima, Curi Perhatian Netizen!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem