Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Gossip

Antara Tajul & Fairuz, Wany Hasrita Pilih Siapa? Ini Jawapannya!

by Khai Azfar
September 27, 2018
Share on Facebook

Wany Hasrita boleh dikatakan antara penyanyi yang ‘nama’ nya bersih dari mana-mana kontroversi. Jika ada sekalipun, ianya hanyalah gosip percintaan yang dikaitkan dengan beberapa orang penyanyi lelaki.

Sering Berduet Dengan Tajul Kerana Komitmen

Ini termasuklah dikaitkan dengan penyanyi remaja popular, Tajul setelah mereka berdua sering kali digandingkan bersama menerusi beberapa buah lagu duet. Seperti mengimbau kembali keserasian Allahyarham Achik Spin dan Siti Nordiana, keserasian Wany dan Tajul juga telah dianggap ‘sesuatu’ oleh peminat mereka.

Menolak dakwaan kononnya mereka bercinta, menurut Wany atau nama sebenarnya Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 26 mereka hanyalah berkawan dan gandingan tersebut juga telah diaturkan memandangkan kedua-dua mereka bernaung di bawah label yang sama, FMC Music.

“saya rasa semua orang tahu, kami bernaung di bawah FMC Music, jadi benda itu mudah situ, paduan suara sama, jadual perjalanan aktiviti juga mudah diuruskan oleh pihak syarikat, jadi disitulah terjadinya kolaborasi antara kami”

Hanya Berkawan Dengan Fairuz Selamat

Satu lagi dakwaan turut mengatakan Wany kini sedang intim dengan bekas vokalis kumpulan QFace, Fairuz Selamat. Namun begitu, menurut Wany dia sudah lama mengenali Fairuz sebelum menceburi bidang seni.

Perkenalan mereka juga tidak dirancang memandangkan mereka mula berkenalan menerusi aplikasi Smule. Sejak tularnya lagu duet mereka di aplikasi itu, Wany disunting oleh pihak FMC Music sebagai artis rakaman mereka dan tidak menolak Fairuz antara insan yang membantunya dalam karier seni.

“Sebenarnya saya kenal Abang Fairuz dah lama. Mengenai hubungan pula, boleh dikatakan kami adalah pasangan Smule sebab kami mula kenal menerusi aplikasi itu”

Wany ditemui murai.my ketika di siri jelajah Dbilique di Kompleks PKNS Shah Alam yang dikendalikan oleh Faizal Ismail dan Fara Fauzana. Dalam siri itu turut dimeriahkan oleh pengamal media sosial terkenal Faiz Dickie dan kelab penyokong Wany Hasrita. Dbilique akan bersiaran secara langsung di trak bersama tetamu selebriti, di lokasi jelajah yang berbeza.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
fairuz selamatkumpulan qfacetajulwany hasritawany hasrita dan fairuz selamatwany hasrita tajul
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara