Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Personaliti

PM Anwar Ibrahim Gesa Para Aktivis & Sukarelawan GSF Dibebaskan Rejim Zionis!

by Naddy Joe
October 2, 2025
Share on Facebook

Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa agar prejim Zionis membebaskan para aktivis dan sukarelawan Malaysia dan antarabangsa selepas memintas Global Sumud Flotilla (GSF) yang membawa bantuan kemanusiaan ke Gaza.

Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran di Instagram menegaskan bahawa pihak kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk membebas warga Malaysia yang berada dalam tahanan.

“Kerajaan akan lakukan yang terbaik untuk membebaskan warga Malaysia dalam tahanan.

Malaysia akan mengambil segala langkah yang sah dan berasaskan undang-undang bagi menuntut pertanggungjawaban Israel, khususnya apabila warganegara kita terlibat.

Keselamatan rakyat Malaysia menjadi keutamaan serta kita tidak akan sama sekali bungkam tatkala hak dan maruah mereka dicabuli.”-kenyataan Anwar Ibrahim di Instagram

View this post on Instagram

A post shared by Anwar Ibrahim (@anwaribrahim_my)

Beliau berkata, Flotilla adalah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza untuk meringankan penderitaan mereka yang dipaksa hidup melarat di bawah sekatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

“Ini sebuah misi kemanusiaan yang membawa orang awam tidak bersenjata bersama bantuan yang amat diperlukan oleh rakyat Gaza.

Flotila tersebut bukan sekadar konvoi bantuan, tetapi simbol perpaduan, solidariti dan kasih sayang umat manusia. Ia membawa sinar harapan untuk meringankan penderitaan mereka yang terus dipaksa hidup melarat di bawah sekatan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.

Selagi hak dan aspirasi rakyat Palestin terus dinafikan, Malaysia kekal berdiri teguh dan tidak akan berundur daripada terus mendesak dan menuntut agar kezaliman dan perampasan yang telah berlarutan sejak sekian lama dihentikan.”-tambah beliau

Setakat 7.50 pagi waktu Malaysia, seramai 17 rakyat Malaysia dilaporkan terputus hubungan dengan Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) selepas kapal mereka dipintas.

View this post on Instagram

A post shared by Sumud Nusantara (@sumudnusantaraofficial)

Mereka termasuklah penyanyi Heliza Helmi dan adiknya, Nur Hazwani Afiqah, yang menaiki kapal Hio, Nurfarahin Romli dan Danish Nazran Murad (kapal Grande Blu), penyanyi Zizi Kirana (kapal Huga), Musa Nuwayri, Iylia Balqis dan Sul Aidil (kapal Alma), serta Haikal Abdullah, Muaz Zainal, Zulfadhli Khiduddin dan Rusydi Ramli (kapal Sirius).

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
anwar ibrahim
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

No Content Available
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kisah Cinta Lama Izzana Salleh & Adam Radlan Jadi Perhatian- “Mereka Sangat Low Profile”

  2. 2

    Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Lelaki Ini Kongsi Detik Cemas Jam Tangan Pintar Fitbit Terbakar di Pergelangan Tangan

  5. 5

    Bella Astillah ‘Kerja’ Jadi Barista, Lebih 500 Orang Serbu Kedai

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara