Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update #ApaPlan

Apa Plan Hujung Minggu? Jom Tengok Apa Yang Menarik Di Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025 Ini

by Phic ARMAN
October 2, 2025
Share on Facebook

Kalau kalian rasa hidup dah cukup ‘laju’ sebab kejar kerja, kejar anak, kejar hutang, tunggu dulu. Ada lagi benda lebih laju, Karnival Sukan Permotoran BOSS Sepang 2025!

Buat pertama kalinya, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) akan jadi port untuk gabungan adrenalin, family time dan juga makanan sedap. Penganjuran ni dibuat oleh Kelab Sukan Bermotor Battle of Speed Sepang (BOSS) dengan sokongan KBS, JBSN, Rakan Muda serta Rakan Litar. Jadi, kalau kkalian asyik duk ulang-ulang pergi pasar malam je hujung minggu, sekali-sekala cuba la tukar angin.

1. Bukan Sekadar Perlumbaan

Najiy Ayyad, bos besar BOSS yang dah 16 tahun berumah tangga dengan dunia perlumbaan, kata acara ni bukan nak tunjuk siapa paling laju je. Tapi nak satukan semua, dari geng peminat kereta, keluarga kecil sampai la abang-abang kereta saga turbo. So, kalau kalian bukan kaki kereta pun, boleh datang. Yang penting, jangan tanya “minyak enjin ni pakai minyak masak boleh tak?”

2. Aktiviti Adrenalin Sampai Berpeluh Ketiak

Nak rasa naik kereta lumba pecut kat Sepang? Ada Taxi Ride, tapi jangan pula mintak driver berhenti kat R&R Serdang beli air soya. Ada juga Track Day kalau kalian teringin belajar jadi ‘Fast & Furious versi Mesra Mall’. Lagi best, ada Drift Show. Ditambah pula dengan Car Club Parade & Autoshow, penuh kereta rare, dari klasik sampai JDM. Jangan pelik kalau nampak kereta lebih mahal dari rumah sendiri.

3. Zon Khas Untuk Anak-Anak (Dan Mak Ayah Boleh Curang Sekejap)

Kalau bawak anak, jangan risau. Ada Kids Area dengan mini cinema, inflatable castle, slot car racing, ball dart dan macam-macam lagi. Mak ayah boleh curang kejap pergi makan aiskrim food truck sambil layan drift. Anak? Dia sibuk panjat inflatable castle, tak sedar pun mak ayah hilang.

4. Makan, Makan & Makan Lagi

Lebih 20 vendor dan 10 food truck menunggu. Bayangkan makan burger juicy sambil tengok kereta drift, memang rasa macam dalam iklan tapi ada asap tayar free sekali. Kalau tak minat kereta pun, datang sebab makanan. Percayalah, tengok kereta dengan perut kosong memang tak feel.

5. Selamat & Jimat (Parking Percuma Yo!)

Keselamatan tip-top, rail guard semua ada, staf kawal macam kawalan stadium, ambulans pun standby. Paling best, parking percuma! Serius la, kat mana lagi korang boleh enjoy event besar-besar ni tapi tak payah bayar parking? Ini dah kira win untuk B40,  duit parking boleh simpan beli air teh ais tiga lapis. Tambah lagi, booth KBS, JBSN dan Pesuruhjaya Sukan pun ada. Jadi, kalau anak-anak minat nak jadi pelumba, boleh la start dari sini.

Jadi kalau nak rasa gabungan adrenalin + makan best + anak-anak gembira, jom turun Sepang.

Litar Antarabangsa Sepang
https://lomp.at/98jwt
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Automotif

[VIDEO] Ini Kisah Rolls-Royce Droptail Milik TMJ Yang Cecah Lebih RM140 Juta

by Phic ARMAN
March 25, 2026

Dalam dunia automotif mewah, nama Rolls-Royce memang tak perlu diperkenalkan lagi. Tapi kali ini, jenama ikonik itu mencipta satu lagi...

Read moreDetails
Automotif

Strategi Bijak Kia Sales Malaysia! Kia Carnival 8 Tempat Duduk Ini Tampil Lebih Praktikal & Mewah

by Phic ARMAN
April 7, 2026

Kemunculan varian baharu memang selalu dinanti, lebih-lebih lagi bila melibatkan MPV kegemaran keluarga di Malaysia. Terbaharu, Kia Sales Malaysia (KSM)...

Read moreDetails
Automotif

Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

by Phic ARMAN
March 6, 2026

GWM Malaysia hari ini secara rasmi menyerahkan GWM WEY G9 Hi4 PHEV pertama yang dipasang secara lokal kepada Dato’ Sri...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Nampak Bersih, Tapi Sebenarnya Tidak? Pendedahan Tentang Cacing Dalam Badan Buat Ramai Tersentak

  2. 2

    Warganet Terharu Petua Mesin Basuh Ini Menjadi!- “Semoga Syurga lah Bagi Siapa Bagi Tips Tu”

  3. 3

    RON95 Banyak Habis Di Stesen Minyak, Pengguna ‘Cuak’ Di Threads- “Betul-Betul Habis Atau…?”

  4. 4

    Aliff Syukri Dedah Pekerja Curi Wang Syarikat RM15K?-“Patut Tak Saya Spill Muka Dia..”

  5. 5

    Foto Keluarga Camelia Jadi Tumpuan, Wajah Anak Perempuan Salin Tak Tumpah!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara