Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Indonesia

Armada Band Dianggap Diva? Ini Alasan Mereka

by Khai Azfar
January 15, 2018
Share on Facebook

Armada Band yang begitu terkenal dengan lagu terbaru mereka, Asal Kau Bahagia kini berada di Malaysia untuk menjayakan pelancaran album Armada “Maju terus Pantang Mundur” dan Konsert “Era & Empire Live Present Armada Asal Kau Bahagia Tour” yang bakal berlangsung pada 17 March 2018 di KL Live @ Live Center.

Popular Sampai Diva?

Armada yang sebelum ini dikenali sebagai Kertas diannggotai oleh lima orang ahili iaitu Rizal (vokal), Radha & Mai (gitar), Andit (drum), dan Endra (bass). Melihatkan populariti mereka yang sehingga diiktiraf video lirik dengan jumlah tontonan terbanyak di Indonesia dalam masa satu bulan menerusi YouTube, ada yang mendakwa bahawa mereka ini dikatakan sudah ‘naik kepala’.

Menjawab isu tesebut, Rizal berkata bahawa mereka sama sekali tidak akan meninggikan diri. Malah mereka juga tidak kisah seandainya lagu mereka lebih dikenali berbanding dengan nama Armada itu sendiri. Bagi Armada, itu bermakna karya yang dihasilkan oleh mereka berkualiti dan diterima baik oleh peminat.

Armada Band Antara 5 Yang Paling Popular Di Indonesia

YouTube video

Selain Noah yang dahulunya dikenali sebagai Peterpan, Kerispatih, Radja dan Dewa, Armada Band juga diiktiraf sebagai antara 5 band/ kumpulan paling popular di Indonesia. Buktinya dua dari empat album mereka iaitu ‘Satu Hati Sejuta Cinta’ (2012) dan ‘Pagi Pulang Pagi’ (2014) mendapat predikat multi-platinum kerana penjualannya CD nya melebihi 100,000 keping per-albumnya di Indonesia (lebih 700 ribu unit untuk ‘Satu Hati Sejuta Cinta’ dan lebih 250 ribu unit untuk ‘Pagi Pulang Pagi’).

Selain itu, Armada yang kini mempunyai lebih dari 5 juta pengikut di Facebook turut mencatat sejarah apabila mencapai 100 juta views hanya dalam waktu 4 bulan, menjadikannya sebagai video lirik dengan tontonon paling pantas sepanjang sejarah muzik Indonesia.

Jawab Isu Sumbang As’ad Motawh

YouTube video

Ketika ditanya soal penyanyi As’ad Motawh yang teruk dihentam netizen gara – gara menyanyikan lagu kumpulan itu sumbang secara tidak sengaja, Armada menjawab mereka tidak mengetahui bahawa As’ad telah dihentam sedemikian rupa.

“Ternyata kami tidak mengetahui As’ad telah dikutuk begitu. Jujur kami katakan ianya adalah suatu yang normal. Malah ramai penyanyi yang turut membuat kesilapan yang sama ketika secara langsung. Kami tidak mempunyai sebarang masalah dan cukup berterima kasih buat penyanyi – penyanyi Malaysia yang sudi menyanyikan lagu Armada”

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
armada bandasal kau bahagia
Share2Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Bakal Jadi ‘Hotspot’ Majlis Kahwin! Istana Sakura Hall Rasmi Dibuka Dengan Gaya Glamor

  2. 2

    “Mereka Juga Selayaknya Terima Penghargaan Ini”- UAI Terima Anugerah Tokoh Maal Hijrah

  3. 3

    Nourul Beri Pesanan Terbuka Buat Noor Azizah- “Mudah Bercakap Bila Sudah Selamat”

  4. 4

    ANSA Hotel Kuala Lumpur: Hotel Tengah Bukit Bintang Ini Jadi Pilihan Ramai, Keluar Je Terus Sampai Pavilion, Lot 10 & Jalan Alor!

  5. 5

    Aisar Khaled Mahu Bantu Pembantu Rumah Dera Anak Majikan, Wak Doyok Beri Pesanan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara