Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Hollywood

Mark WESTLIFE & 9 Ahli Boy Band Ini Pernah Cetuskan Kontroversi Kerana Mengaku Gay

by Soph Azz
June 26, 2021
Foto - The Sun

Foto - The Sun

11
KONGSIAN
Share on Facebook

Siapa sangka ahli boy band seperti Mark WESTLIFE itu sebenarnya seorang gay? Tak sama macam dulu, komuniti LGBTQ+ sekarang sudah berani tampil dedahkan identiti mereka seperti beberapa ahli boy band terkenal ini.

Bagi peminat boy band Hollywood, cuba kamu semak senarai di bawah. Bukan apa mungkin salah seorang ahli boy band ini pernah jadi kegemaran kamu.

Lee Ryan BLUE 

Bekas kekasihnya, Jasmin Waltz mendedahkan Lee Ryan mempunyai hubungan sulit dengan lelaki. Mengaku dirinya meminati lelaki, tetapi Lee berkata dia seorang biseksual. Hasilnya dia mempunyai 3 orang anak daripada 3 wanita yang berbeza.

Foto – Evening Standard

Lance Bass NSYNC

Rakan baik kepada Justin Timberlake ini telah menjalani hubungan dengan beberapa wanita sebelum mengaku sebagai gay pada tahun 2006.

Foto – Penn Live

Lance yang berkahwin dengan Michael Turchin pada akhir tahun 2014 sedang mengharapkan kelahiran sepasang kembar pada November 2021 setelah 9 percubaab gagal dengan bantuan ibu pengganti.

Duncan James BLUE 

Mengaku secara terbuka pada tahun 2017, Duncan mendedahkan pada sebelum ini dia telah berbohong mengenai identitinya sebagai seorang gay.

Foto – Pinterest

Meskipun pernah menjalinkan hubungan dengan wanita dan mempunyai seorang anak, Duncan berkata dia lebih gembira bersama dengan kekasihnya sekarang, Rodrigo Reis.

Ricky Martin MENUDO 

Mulakan karier sebagai ahli boy band MENUDO, kini Ricky Martin lebih terkenal sebagai penyanyi solo dengan nama samarannya ‘Latin Music King’.

Foto – Pinterest

Bapa kepada 4 orang anak ini pernah bercinta dengan wanita pada akhir tahun 90-an. Tetapi disebabkan oleh trauma dengan wanita, dia tampil sebagai seorang gay pada tahun 2010.

Mark Feehily WESTLIFE 

Mengetahui dirinya seorang gay sejak remaja, Mark akhirnya tampil mengaku pada tahun 2005. Pada sebelum itu, dia menyembunyikan identitinya dengan bercinta dengan wanita.

Foto – Pinterest

Berahsia mengenai kehidupan peribadinya, Mark dikatakan telah bertunang dengan Cailean O’Neill dan mempunyai anak perempuan, Layla pada Oktober 2019.

George Michael WHAM!

Bagi pelatun lagu “Careless Whisper”, George memberitahu dia seorang biseksual iaitu menyukai lelaki dan wanita. Tetapi pada usianya 53 tahun, George telah meninggal dunia. Hasil bedah siasat menentukan kematiannya disebabkan oleh dilated cardiomyopathy dengan myocarditis dan cardiac steatosis. 

Foto – Pinterest

Angelo Garcia MENUDO 

Memiliki jumlah peminat wanita yang paling ramai, Angelo mengaku dirinya sebagai seorang gay pada tahun 2010. Walaupun identiti gay ini dianggap sebagai taboo dan dibenci masyarakat, Angelo mengatakan dia mengalami trauma kerana menjadi mangsa serangan seksual sejak kecil. Berkemungkinan trauma yang tidak sembuh itu memberi kesan pada seksualnya.

Foto – Pinterest

Stephen Gately BOYZONE 

Stephan pada awalnya terpaksa mengaku dirinya sebagai gay setelah mengetahui rakannya mahu menjual maklumat kehidupan peribadinya termasuklah orientasi seksual kepada media. Kemudian, dia berkahwin dengan Andrew Cowles pada tahun 2003.

Foto – Pinterest

Kematian Stephan Gately pada tahun 2009 telah meninggalkan kesan kepada peminat dan BOYZONE. Kematiannya itu disebabkan oleh penumpukan cecair di paru-paru dan congenital lung abnormalities. 

Darren Hayes SAVAGE GARDEN

Memberi kesan kepada kehidupan terutamanya orientasi seksualnya akibat dibuli ketika kecil, Darren terpaksa mengakhiri perkahwinanannya dengan seorang wanita, Colby Taylor pada tahun 2000.

Foto – Pinterest

Kemudiannya, dia berkahwin dengan animator dan penerbit, Richard Cullen pada Julai 2005 sehingga sekarang. Walaupun dia berahsia mengenai kehidupan peribadinya, Darren sering mendapat komen negatif mengenai hubungannya.

Jonathan Knight NEW KIDS ON THE BLOCK 

Selain menjadi ahli boy band yang terkenal, Jonathan kini lebih aktif dengan perniagaan hartanah. Pada awalnya tiada siapa tahu Jonathan merupakan seorang gay. Setelah bekas kekasih dan rakannya mendedahkan, dia menjalinkan hubungan dengan Harley Rodriguez pada tahun 2008. Dan kemudiannya, pasangan gay ini bertunang pada tahun 2016.

Foto – Pinterest

Walaupun sering dikritik mengenai identiti, mereka tidak pernah menghiraukan apa yang dikatakan oleh orang ramai. Jadi di antara salah satu ahli boy band di atas, ada tak yang pernah menjadi favourite kamu?

angelo garciadarren hayesDuncan Jamesgeorge michaeljonathan knightlance basslee ryanmark feehilyricky martinstephen gately
https://lomp.at/jd8h4
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @victoriabeckham (IG)
Hollywood

Hantar Surat Guaman Kepada Keluarga, Brooklyn Beckham Digelar “Si Tanggang England”

by Nurul A.
January 12, 2026

Nampaknya konflik antara keluarga Beckham dan Brooklyn Beckham masih berterusan dan tidak ada penghujungnya. Baru-baru ini, anak sulung pasangan David...

Read moreDetails
Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
Foto - @badgalriri (IG)
Hollywood

[VIDEO] Penampilan Terkini Rihanna Buat Peminat Tergamam- “Mengandung Lagi?!”

by Nurul A.
January 28, 2026

Kecoh di media sosial, apabila peminat mendakwa penyanyi dan usahawan Rihanna sedang hamil anak keempat! Khabar angin itu tercetus selepas...

Read moreDetails
Foto - @princeandprincessofwales (IG)
Hollywood

Putera Andrew Terpalit Skandal Epstein, Putera William Larang 2 Puteri Ini Dekati Keluarga

by Nurul A.
March 2, 2026

Dua anak perempuan Putera Andrew, Puteri Beatrice dan Puteri Eugenie, dilaporkan telah dilarang daripada menghadiri acara perlumbaan kuda Royal Ascot...

Read moreDetails
Foto - @kylie_moves_the_world (IG)
Hollywood

Kylie Jenner Mahu Tambah Anak, Timothée Chalamet Sedia Jadi “Ayah”

by Nurul A.
February 18, 2026

'Momager' Kardashian-Jenner, Kris Jenner menggesa anak bongsunya, Kylie Jenner untuk mempunyai anak dengan kekasihnya iaitu aktor Timothée Chalamet. Menurut sumber...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore