Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

ASTRO Raikan 10 Tahun Gegar Vaganza, Ada Kejutan Istimewa Buat Peminat!

by Phic ARMAN
August 9, 2023
Share on Facebook

Bersempena dengan 10 tahun Gegar Vaganza dan sebagai tanda penghargaan buat seluruh rakyat Malaysia, Astro menghadiahkan buah tangan khas buat para penonton iaitu GV Roadshow 2023 yang bakal menjelajah ke 4 lokasi di 4 negeri iaitu Kuantan Pahang, Johor Bahru, Kuala Lumpur dan di salah sebuah negeri di utara Malaysia, khas buat peminat Gegar Vaganza yang sentiasa memberikan sokongan padu sepanjang 9 tahun bersiaran.

Selain itu, Jamming with the Stars, Showcase istimewa barisan bintang Gegar Vaganza dari musim pertama – sembilan akan menemui para peminat setiap Khamis bermula 17 Ogos sehingga 17 September pada pukul 9 malam sehingga 10 malam yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

Menurut Ketua Saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh,

“Pihak Astro mahukan yang terbaik untuk setiap signature yang kami terbitkan. Gegar Vaganza bagaikan nadi kepada sajian hiburan kami yang dinanti-nantikan oleh para penonton kami.”

Kedua-duanya telah diumumkan di Majlis Pengumuman Khas Gegar Vaganza di Astro pada hari ini.

GV Roadshow 2023

GV Roadshow 2023 akan berlangsung di Tasek KotaSAS, Kuantan, Pahang pada 12/08/2023; Puteri
Harbour, Johor Bahru pada 26/08/2023, Kuala Lumpur dan juga di salah sebuah negeri di utara
Malaysia yang akan diumumkan nanti.

Bintang-bintang Gegar Vaganza seperti Wann, Elyana, Dina Nadzir, Aweera, Tom, Fuad Rahman, Sham Visa dan ramai lagi bakal menyerikan pentas GV Roadshow 2023 kelak.

Jamming with the Stars

Jamming with the Stars, Showcase istimewa barisan bintang Gegar Vaganva dari musim pertama – sembilan akan menemui para peminat setiap Khamis bermula 17 Ogos sehingga 7 September pada pukul 9 malam sehingga 10 malam yang akan berlangsung di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur. Sesi ini juga boleh distrim secara langsung di platform digital Gempak. Nama-nama yang bakal membuat persembahan termasuk Jaclyn Victor, Aliff Aziz, Naqiu, Noryn Aziz, Dina Nadzir dan ramai lagi.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
gegar vaganza
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Faisal Halim Jawab Mesej Tular- “Kita Boleh Berhubung Secara Baik”

  2. 2

    Ingatkan Kotor, Rupanya Bentuk Garfu Pula Jadi Perhatian! Pelanggan Terhibur Dengan Penemuan Pelik Di Restoran

  3. 3

    Anak Sulung Aziz Sattar Meninggal Dunia, Pernah Mengisi Layar Anakku Sazali

  4. 4

    Niat Nak Bercuti, Berakhir Di Dewan Bedah! Dakwaan Kecederaan Serius Di Taman Rekreasi Cetus Kerisauan

  5. 5

    Katil Besi Sampai Patah Dua! Penyewa Didakwa Hilangkan Diri Selepas Tinggalkan Kerosakan Cetus Rasa Kecewa

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara