Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Awal Ashaari Berdepan Dengan Saman RM3 Juta, Ini Kata Peguam

by Zaidin Albert
November 17, 2020
Share on Facebook

Setelah menerima ugutan undang-undang tanpa henti dari Awal Ashaari, syarikat hiasan dalaman dan perabot Naz Carpentry telah menyaman selebriti dan dua defendan lain kerana didakwa memfitnah syarikat itu. Syarikat tersebut menuntut ganti rugi sebanyak RM3 juta.

Hal ini telah dimaklumkan melalui siaran akhbar yang disediakan bagi pihak Naz Carpentry oleh firma perhubungan awam Saiful Ridzuan Public Relations and Communications.

Menurut pengurus krisis Naz Carpentry, Saiful Ridzuan, syarikat tersebut telah memfailkan saman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari Jumaat minggu lepas melalui firma guaman Hafarizam Wan & Aisha Mubara, Advocates and Solicitors.

Defendan Awal Ashaari, dilaporkan memuat naik pelbagai Instagram Stories di antara November 2019 dan November 2020. Beliau didakwa telah merosakkan imej, jenama, dan reputasi syarikat hiasan dalaman yang terkenal itu.

Syarikat hiasan dalaman itu mendakwa bahawa postings, catatan dan komen fitnah oleh defendan Awal Ashaari memberi gambaran negatif mengenai organisasi tersebut.

Sementara itu, Naz Carpentry juga mendakwa penyebaran berbahaya, pernyataan penghinaan, ugutan, dan serangan reputasi yang dibuat oleh defendan Awal Ashaari juga telah memberi kesan negatif terhadap kedudukan syarikat tersebut dalam industri.

Syarikat perabot tersebut mendakwa perbuatan defendan Awal Ashaari boleh menyebabkan perniagaan mereka kehilangan jutaan ringgit pada masa hadapan.

“Surat tuntutan telah dihantar kepada Awal Ashaari 13 Oktober 2020 dan 19 Oktober 2020 tetapi tidak mendapat sebarang balasan. Oleh itu, anak guam kami telah memutuskan untuk menyaman kerana pihak defendan tidak berminat untuk menyelesaikan masalah ini.

Oleh kerana surat tuntutan telah dikirim kepada Awal Shaari, cara yang betul adalah untuk Awal Ashaari melantik seorang peguam untuk membalas notis tersebut tetapi sehingga ke hari ini, kami belum menerima balasan dari pihak beliau. Pada masa yang sama, anak guam kami tidak akan bertindak balas terhadap ancaman dan ugutan yang dibuat oleh defendan yang telah diterbitkan oleh pelbagai pihak ketiga,” kata ketua peguam bela, Nurul Hafidzah Hassan, yang mewakili Naz Carpentry.

Beliau dibantu oleh peguam Zeti Zulkifli dan Wan Azmir Wan Majid. Nurul Hafidzah selanjutnya menyatakan bahawa berdasarkan bukti yang diteliti, anak guam beliau mempunyai kes yang kuat dan berpotensi untuk memenangi tuntutan saman fitnah tersebut.

[VIDEO] Gelagat Anak-Anak Scha Al-Yahya Main Alat Muzik, Curi Perhatian Netizen
awal ashaariNaz CarpentrySaiful Ridzuan
https://lomp.at/sxz04
Share2Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @khairulaming (Threads)
Lokal

“Kenapa KA Tak Buat Food Lift, Jimat Kos?”- Khairul Aming Kongsi Alasannya

by Nurul A.
January 26, 2026

Usahawan dan pempengaruh, Khairul Aming menjadi perhatian ramai selepas memuat naik tangkap layar beberapa individu yang mempersoalkan kaedah penghantaran makanan...

Read moreDetails
Lokal

Program Realiti Drama Masakan ‘Dapur Goodday’ Kini Kembali

by Naddy Joe
February 28, 2026

Program realiti drama masakan yang pertama seumpamanya di Malaysia, Dapur Goodday kembali dengan musim kedua. Menemui penonton bermula 18 Februari,...

Read moreDetails
Spotlight

Pesan Yang Jadi Kenyataan… Isteri Tak Lupa Kata-Kata Terakhir Along Eyzendy

by Phic ARMAN
February 8, 2026

Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul. Itulah yang MURAI rasakan saat membaca perkongsian balu kepada pelakon Allahyarham Along...

Read moreDetails
Foto - nur.nilam.ortiz (FB)
Lokal

Nur Nilam Ortiz Beri Bayangan Sudah Berpisah?- “Doa Yang Baik-Baik Untuk Kami”

by Nurul A.
March 3, 2026

Hantaran video pendek usahawan Nur Nilam Ortiz di platform TikTok mencetuskan tanda tanya di kalangan warganet apabila isteri kepada pelakon...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  2. 2

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  3. 3

    Syed Saddiq Raih RM6 Juta Untuk Muar, Balas Teguran Netizen di Threads

  4. 4

    Siti Nurhaliza Pemilik Pertama Kenderaan Mewah GWM Bernilai RM269,800

  5. 5

    AirAsia Tiba-Tiba Ada Laluan Kota Bharu–Jakarta? Rupanya Ada Misi Besar Di Sebaliknya

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara