Thursday, August 21, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

Awal Ashaari Beri Amaran Terakhir, Ajak Semuka Dengan Syarikat Perabot

by Khai Azfar
November 9, 2020
34
KONGSIAN
Share on Facebook

Artikel Murai.my sebelum ini melaporkan pelakon dan pengacara Awal Ashaari, dilaporkan  kononnya telah memfitnah sebuah syarikat perabot, Naz Carpentry mendakwa dia bagaikan ditipu selepas membayar sejumlah wang kepada mereka bagi tujuan menghias rumahnya namun kerja yang sepatutnya dilakukan masih lagi belum siap serta syarikat itu turut tidak memberi kerjasama untuk berbincang.

Mahu Bersemuka 

Susulan daripada itu, Awal atau nama sebenarnya Ahmad Awaluddin Ashaari,39 menerusi laman Instagram nya memuat naik sebuah hantaran yang mana memberi amaran terakhir kepada syarikat itu untuk menghubunginya bagi menyelesaikan masalah tersebut.

Via Instagram Awal Ashaari

Tegas suami kepada pelakon Scha Al-Yahya ini lagi, dia sama sekali tidak akan teragak-agak untuk siarkan wajah mereka berdua yang dipercayai merujuk kepada pemilik syarikat Naz Carpentry sekiranya masih tidak mendapat kerjasama.

“Ini adalah amaran terakhir aku untuk membuat kau menghubungi aku, atau bercakap dengan peguam aku mengenai perkara ini.

“Aku takkan teragak-agak untuk siarkan wajah korang berdua kat IG ni sekiranya masih tak dapat kerjasama dari korang.

“Kau tak jawab pertanyaan media 3 minggu lepas sebab kononnya takda persediaan secara profesional dan takut buat kenyataan salah.

“Habis tu, kau tak jawab pertanyaan aku, YOUR PAID CLIENT selama berbulan bulan ni? Kau nak bersedia secara profesional juga ke?” tulis Awal.

Kesal Difitnah

Menurut Awal, dia berasa kesal difitnah sedemikian kerana dia telah pun membayar syarikat itu dengan harga penuh dan bukanlah ditaja kerana niatnya sebelum ini untuk membantu perniagaan orang Melayu.

“Come on. Buat bisnes biar beradap. Beretika. Aku bukan minta kau sponsor. Aku setuju bayar harga penuh, apa yang kau cas aku, satu sen pun aku tak mintak diskaun sebab aku nak tolong bisnes orang melayu.

“Tu pun aku baik hati lagi tak mintak semua, aku kasi syarikat kau absorb 20% untuk cover losses kau. Tak bersyukur juga lagi?

“Alih alih, orang melayu jugak yang buat naya kat orang melayu. So stop turn the table around dan kengkonon aku yang naya dan fitnah kau.

“Kalau kau tak batalkan mesyuarat kat pejabat peguam haritu, kalau kau jawab panggilan aku atau peguam aku. Benda ni takkan jadi.

“Jadi hentikan drama ini kerana saya mempunyai semua bukti untuk menjatuhkan anda,” tulisnya lagi

Via Instagram Awal Ashaari

Terdahulu,firma perhubungan awam Saiful Ridzuan Public Relations and Communications (Saiful Ridzuan) menyatakan Naz Carpentry tidak menjawab pertanyaan media tiga minggu lepas kerana klien mereka itu sebelum ini tidak mempunyai persediaan secara profesional dan tidak mahu membuat kenyataan yang salah.

[VIDEO] Telatah Bapa Awal Ashaari Cuit Hati Netizen - "Kalau Tak Boleh, Kerat Je Cover Ni. Abah Nak Bawak Balik Cover Je"
awal ashaariNaz Carpentry
https://lomp.at/e8bjs
Share14Tweet9SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Waris Selar Kenyataan Saifuddin Nasution, Dakwa “Tipu & Fitnah” Ibu Zara Qairina

  2. 2

    [VIDEO] Fazura ‘Packing’ Pakaian Fatima Untuk Melancong Dengan Fattah Amin, Netizen Tersentuh!

  3. 3

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  4. 4

    Ramai Batal Pesanan Rendang, Ini Respons Khairul Aming- “Saya Taknak Aniaya Masa Orang…”

  5. 5

    [VIDEO] Senyuman Lebar Aliff Syukri Lihat Ammar Ahyan Menyanyi Bersama Amad

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem