Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight

Awesome TV Buka Tirai 2023 Dengan ‘Kampung Senariuh’

by Arsiqin Yusof
December 27, 2022
Share on Facebook

Bagi mengukuhkan kedudukan sebagai destinasi hiburan utama pilihan rakyat Malaysia, saluran stesen televisyen swasta percuma (free-to-air) Awesome TV bakal membuka tirai 2023 dengan mengembalikan nostalgia peminat terhadap kumpulan Senario yang suatu ketika dahulu pernah mencetuskan fenomena luar biasa menerusi program sketsa terbaharu ‘Kampung Senariuh’ yang akan menghiasi slot ‘Sitcom’ pada setiap hari Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam bermula 1 Januari 2023.

Dalam pada itu, sebagai tanda penghargaan dan terima kasih di atas sokongan dan liputan yang diberikan selama ini, pihak Awesome TV buat julung kalinya juga turut berbesar hati meraikan para pengamal media dalam sebuah ‘Majlis Malam Apresiasi Media Bersama Awesome TV’ yang dianjurkan serentak bersama majlis pelancaran program ‘Kampung Senariuh’ pada 22 Disember lalu, di Hotel Concorde, Kuala Lumpur.

Mengulas lanjut mengenai majlis ‘double celebration’ dan hala tuju Awesome TV bagi tahun 2023, Dato’ Adam Ilyas selaku Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV berkata;

“Pihak media memainkan peranan yang sangat penting dalam membantu membuat hebahan dan liputan berita khususnya berkaitan dengan program-program terbitan Awesome TV dari mula kami beroperasi sehingga hari ini.

“Oleh itu, kami dengan berbesar hati menganjurkan ’Majlis Apresiasi Media’ pada malam tersebut bagi menghargai segala komitmen, kerjasama dan sokongan yang diberikan oleh para pengamal media kepada kami. Tanpa jasa dan usaha keras semua pihak yang terlibat khususnya pengamal media sebagai penghubung berita dalam menyampaikan maklumat yang tepat dan tidak berat sebelah mengenai Awesome TV kepada seluruh rakyat Malaysia, kami tidak akan berada di tahap ini sekarang.

“Kami juga amat berbesar hati di atas pengiktirafan oleh pihak Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) di ‘Majlis MCMC Star Rating Awards 2021’ yang mana Awesome TV berjaya merangkul anugerah cemerlang dalam kategori ‘Best Consumer Satisfaction For FTA Television’,” katanya.

Program ‘Kampung Senariuh’ 15 episod arahan sutradara terkenal Bob Ismail Hasim diterajui oleh empat ahli kumpulan Senario iaitu Wahid, Azlee, Saiful Apek, Yassin dan turut dibintangi oleh Mamak selaku pelakon pembantu. Selain itu, program ini juga diserikan dengan kehadiran barisan artis jemputan yang terdiri daripada Mia Nasir, Afifa Nasir, Zalif Sidek, Marisa Yasmin, Ammar Titan, Kazar, Chiwan, Bard Kerdil serta turut menampilkan barisan bintang ‘Awesome Raja Lawak’ seperti Kumpulan Soda, Kumpulan Manja, Azhar, Amin, Oky dan Afea sebagai penampilan khas.

Program sitkom ‘Kampung Senariuh’ berkisarkan tentang empat orang sahabat baik iaitu Pak Azlee, Wahid Deghian, Apek dan Yassin Rambo dari Kampung Sena. Mereka cukup dikenali dalam kalangan penduduk kampung dengan ragam dan gelagat mereka yang mencuit hati ketika melepak di warung dan sering berborak mengenai isu-isu semasa terutamanya kejadian yang berlaku di kampung mereka.

Watak Pak Azlee merupakan seorang pemilik warung kedai kopi yang menjadi port utama untuk melepak oleh penduduk Kampung Sena. Watak Wahid Deghian pula merupakan seorang pengusaha sebuah dusun durian di Kampung Pokok Senariuh. Manakala watak Apek pula merupakan seorang pemilik studio jamming di kampung tersebut. Watak Yassin Rambo pula merupakan seorang pemilik sebuah bengkel motor.

https://lomp.at/fyy5m
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

#ApaPlan

GALAXY 1986: Hadiah Istimewa Kim Jae Joong Untuk Peminat Singapura

by Phic ARMAN
January 12, 2026

Para peminat Kim Jae Joong, bersiaplah! Penyanyi, penulis lagu dan pelakon Korea Selatan ini bakal mengadakan fan-con solo pertamanya di...

Read moreDetails
Berita

Aliff Syukri Pasang Impian Mahu Duet Dengan Siti Nurhaliza-“Kita Ini Insan Yang Kerdil…”

by Naddy Joe
January 22, 2026

Usahawan kosmetik sensasi, Datuk Seri Aliff Syukri meluahkan hasratnya untuk berduet dengan Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza. Luah Impian...

Read moreDetails
Foto - @kamaladli (Threads)
Spotlight

Luahan Sayu Kamal Adli Tak Bangun Sahur Undang Sebak- “Parah Rupanya…”

by Phic ARMAN
February 19, 2026

Luahan hati pelakon popular, Kamal Adli, di laman Threads nyata mengundang perhatian ramai apabila dia dilihat begitu jujur berkongsi rasa...

Read moreDetails
Lokal

Zahirah Macwilson Titip Ucapan Istimewa Sempena Hari Lahir Isaac Raees Yang Ke-5

by Naddy Joe
January 6, 2026

Pelakon, Zahirah Macwilson menitipkan ucapan istimewa sempena hari lahir putera tunggalnya Isaac Raees yang kini sudah berusia lima tahun pada...

Read moreDetails
Lokal

Ibu Mentua Sharifah Shahora Meninggal Dunia

by Naddy Joe
January 8, 2026

Ibu mentua kepada pelakon dan pelawak, Sharifah Shahora iaitu YM Tengku Julia Binti Tengku Mahmud telah pergi mengadap Illahi pada...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore