• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Memang Meriah! Sepanjang Syawal Ini, AWESOME TV Menyajikan 150 Program Hebat

by Phic ARMAN
April 21, 2022
Share on Facebook

Sempena sambutan Aidilfitri  yang bakal tiba nanti,  Awesome TV menyajikan kandungan menarik dengan menghimpunkan lebih 150 buah pengisian istimewa menerusi kempen ‘Ikhlaskan Jiwa, Dekat DenganNya’ secara eksklusif di platform Astro (Saluran 123) dan MyTV (Saluran 112) mulai 2 Mei ini. Jom semak program-program menarik di Awesome TV yang akan menemani para penonton sepanjang Syawal.

‘Konsert Mic On! Raya’

‘Konsert Mic On! Raya’  pada jam 8.30 malam dengan penampilan istimewa Mas Idayu, Black, Tomok, Ajak Shiro, Ropie serta peserta program ‘Mic On!’ musim pertama dan kedua.

‘Takbir Semalam’

Telefilem hebat ‘Takbir Semalam’ lakonan mantap Fauziah Nawi, Syafie Naswip, Syazwan Zulkifly, Wan Sharmila dan Siti Hariesa pula bakal menyusul pada jam 10.30 malam yang pastinya akan meruntun jiwa.

‘Jeman’

Istimewa pada hari raya pertama, naskhah hebat ‘Jeman’ arahan sutradara tersohor Rashid Sibir yang dibintangi oleh Iman Zulkarnain, Fauziah Nawi, Farah Ahmad dan Mia Farhana bakal menemui penonton pada 3 Mei 2022 jam 9.00 malam.

‘Mat Ri Ye Pak Din’

‘Mat Ri Ye Pak Din’ yang dilakonkan oleh Sharif Zero, Sabri Yunus, Mak Engku dan Cahaya Nilam, ‘Nawfal Nak Raya’ yang menampilkan gandingan Nadiya Nisaa, Jay Nazif, Beto Kusyairy, Ain Sufiya dan Fudail Dayyan, ‘Syurga Nur Muhammad’ yang diterajui oleh Puteri Sarah, Raja Afiq, Danish Hazriq, Badrul Muhayat dan Lan Siro, ‘Kasih Yang Ternoda’ lakonan mantap Reen Rahim, Hisyam Hamid, Zain Hamid dan Aisyah Shahrom.

‘Syurga Yang Kedua’

Bahagian kedua drama bersiri ‘Syurga Yang Kedua’ yang dibintangi oleh Zarul Husin, Elizad Sharifuddin, Fasha Sandha, Sherry Ibrahim dan Dynas Mokhtar akan kembali menghiasi slot ‘Dramatix’ pada setiap hari Isnin hingga Jumaat jam 7.00 malam bermula 6 Mei 2022.

Mimifly Cedera Tangan Hingga Berdarah, Serbuk Emas Masuk Luka Ketika Penggambaran

‘Hantu Van Sewa 2’

Drama ‘Hantu Van Sewa 2’ yang menampilkan Nasir Bilan Khan, Adam Shahz dan Bell Ngasri pula bakal mengambil alih slot ‘Dramedi’ pada setiap hari Khamis hingga Ahad jam 9.30 malam bermula 12 Mei kelak.

Slot ‘Ohsem-Tainment’

Slot ‘Ohsem-Tainment’ pula bakal membariskan program-program hiburan menarik berbentuk ‘spin-off’ dalam pelbagai genre seperti variasi, komedi, sketsa, bual bicara dan banyak lagi. Jangan lupa temujanji anda dengan kami untuk program-program seperti ‘Perang Malam Ini Raya’, ‘Roller Kata Raya’, ‘Memoria Raya’, ‘Jawapan Panas 2’, ‘Rumah Insaf’, ‘Chit Chat Ustaz Raya’, ‘Ramadrama’ dan banyak lagi. Kami yakin dengan kehadiran rakan-rakan selebriti yang menjayakan penerbitan program ini seperti Black Hanifah, Tomok, Mas Idayu, Dato’ DJ Dave, Ropie, Pak Ya, Joey, Zahid AF, Mimi Fly, Zalif Sidek, Amelia Henderson, Reen Rahim, Ali Puteh, Elly Ariffin, Sherry Ibrahim, Dottie, Adriana Ghafar, Prof Dato’ Dr. Farid Ravi, Ustazah Asni Mansor dan ramai lagi.

‘Konsert – Special Raya’

Istimewa untuk peminat genre komedi dan muzikal, Awesome TV turut memperkenalkan slot khas ‘Konsert – Special Raya’ bermula pada hari raya kedua (4 Mei) hingga hari raya kelima (7 Mei) jam 2.00 petang dengan menampilkan program ‘Lawak Ke Der’ edisi 2013, 2014, 2015 dan 2016 untuk mengubat kerinduan penonton. Antara pelawak-pelawak tersohor tanah air yang menjayakan pementasan pentas komedi berprestij tersebut termasuklah Johan, Zizan Razak, Nabil Ahmad, Harith Iskandar, Afdlin Shauki, Douglas Lim, Jihan Muse, Sherry Al Hadad, Bocey, Jambu dan ramai lagi. Program ‘Baik Punya Konsert’ akan turut menemui penonton pada 7 Mei 2022 jam 10.00 malam yang menampilkan nama-nama popular seperti Dato’ Awie, Dato’ Hans Isaac serta ramai lagi.

Sherry Ibrahim Terima Banyak DM Ajak Kahwin, Seloroh Mahu Bernikah Secara Senyap

‘Ohsem Lejen’

Slot ‘Ohsem Lejen’ pada setiap hari Khamis jam 10.00 malam pula akan terus menyajikan filem-filem klasik yang diterajui Seniman Agung Negara, Allahyarham Tan Sri P.Ramlee sepanjang musim lebaran ini seperti ‘Madu Tiga’, ‘Hang Tuah’, ‘Masam Masam Manis’ dan ‘Singapura Dilanggar Todak’.

‘Filem Kita’

Manakala slot ‘Filem Kita’ pula turut membariskan koleksi filem tempatan menarik yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga seperti ‘Abang Long Fadhil’, ‘Cuci’, ‘Lemak Kampung Santan’, ‘Layar Lara’ dan ‘Adnan Sempit’ Bahagian 1 hingga 3.

‘Malar Segar’

Slot ‘Malar Segar’ masih setia menemani penonton pada setiap hari Selasa jam 9.00 malam pula bakal membariskan filem-filem menarik seperti ‘Ali Setan 1 & 2’ dan ‘Maria Mariana 1 & 2’.

‘Hindi Special’

Slot ‘Hindi Special’ yang merupakan antara pengisian paling ditunggu-tunggu oleh para penonton akan membawakan filem-filem Bollywood terhebat sepanjang bulan Syawal seperti ‘Mann’, ‘My Name Is Khan’, ‘Chori Chori Chupke Chupke’, ‘Aa Ab Laut Chalen’, ‘Na Tum Jaano Na Hum’ dan ‘Tere Naam’.

Majlis Tayangan Perdana Program Raya Awesome TV 2022

Majlis Tayangan Perdana Program Raya Awesome TV 2022 ini berlangsung di Concorde Hotel, Kuala Lumpur, sekaligus ahli media berpeluang berbuka puasa bersama  barisan artis popular seperti, akan-rakan artis seperti Pak Nil, Dato’ DJ Dave, Sherry Ibrahim, Juliana Evans, Badrul Muhayat, Fauziah Nawi, Mimi Fly, Zahid AF, Dottie, Shakila Khoriri, Issey Fazlisham, Raja Afiq.  Turut bersama menyerikan majlis, Ketua Pegawai Eksekutif Awesome TV, Dato’ Adam Ilyas, Pengarah Unit Kandungan Awesome TV, Datin Ezzan Zalilah Zulfadzli di “Majlis Tayangan Perdana Program Raya Awesome TV 2022”
dan ramai lagi.

Badrul MuhayatDato DJ DaveDottiefauziah nawiIssey FazlishamJuliana Evansmimi flypak nilraja afiqShakila KhoririSherry Ibrahimzahid af
https://lomp.at/4pdby
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

[VIDEO] Kenapa Kamal Adli Digelar Shahrukh Khan Malaysia?

by Phic ARMAN
November 25, 2025

Baru-baru ini, Kamal Adli sekali lagi mencuri perhatian peminat drama tempatan menerusi lakonannya dalam Bahagia Yang Tertangguh. Drama ini mula...

Read more
Filem

‘Smile to Life’ – Drama Tentang Cinta dan Perjuangan Hidup Yang Buat Ramai Tersentuh!

Bersedia untuk tersentuh hati dengan sebuah kisah cinta melalui drama bersiri Cina terbaharu bertajuk “Smile to Life”, yang kini ditayangkan...

Read more
by Aphit J.
November 9, 2025
Filem

Drama Epik Cinta & Konspirasi: Fated Hearts Kini di iQIYI

Drama bersiri China terbaru, Fated Hearts, kini ditayangkan secara eksklusif di iQIYI, menampilkan gandingan dua bintang besar, Li Qin dan...

Read more
by Aphit J.
October 4, 2025
Filem

“Dah La Pakai Tudung Jahat Pula Tu”- Watak Zara Zya Cetus Rasa Keinsafan

Video yang dimuat naik oleh Zara Zya di Instagram baru-baru ini benar-benar buat ramai tersentap. Bukan kerana fesyen atau isu...

Read more
by Phic ARMAN
December 3, 2025
Destinasi

Pengalaman Umrah Super Ekonomi Dengan Ikhlas, “Harga Macam Tak Masuk Akal Tapi Yang Pergi Jer Tahu…”

Kalau sebut Umrah bajet, ramai terus terbayang hotel jauh, makanan roti keras, dan jadual serba ringkas. Tapi bila kami di...

Read more
by Phic ARMAN
October 28, 2025
Filem

“Bagaikan Aur” – Kisah Keluarga Sarat Nilai Kasih Sayang Di Panggung RTM

RTM terus membuktikan komitmennya dalam mempersembahkan karya yang bukan sekadar hiburan kosong, tetapi sarat dengan mesej kemanusiaan dan kasih sayang....

Read more
by Aphit J.
November 2, 2025
Filem

Uqasha Senrose Beri Pesanan Buat Wan Norazlin- “You’re Being Real…”

Drama Jika Cinta Itu Buta kini jadi sebutan ramai di media sosial, bukan saja sebab jalan ceritanya yang penuh emosi,...

Read more
by Phic ARMAN
November 7, 2025
Filem

Sumpahan Nilam Utama Dijangka Jadi Fenomena Baharu Filem Malaysia!

Infinitus Productions, penerbit di sebalik kejayaan Hantu Kak Limah dan Don Dukun, kini hadir dengan sebuah karya baharu berjudul Sumpahan...

Read more
by Aphit J.
November 23, 2025
via Unsplash/Pexels/Wikipedia
Islamik

5 Masjid Paling Menyentuh Hati Dengan Seni Bina Hebat Di Malaysia

Malaysia sememangnya terkenal dengan landskap seni bina Islamik yang memukau, menggabungkan warisan tradisi dan sentuhan moden. Rumah-rumah ibadat ini bukan...

Read more
by Iffah Iffah
December 13, 2025
Filem

Hikayat Batu Belah Batu Bertangkup: Legenda Klasik Kembali Menggamit Nostalgia

Astro sekali lagi membuktikan keunggulannya sebagai peneraju hiburan tanah air dengan mempersembahkan sebuah siri baharu di bawah francais popular ‘Hikayat’...

Read more
by Aphit J.
November 1, 2025
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kereta Mewah Siti Nurhaliza Di Program Rancakkan MADANI Pukau Peminat

  2. 2

    Video Almarhum Tunku Abdul Jalil Buatkan Agong, Permaisuri & Tunku Aminah Menitiskan Airmata

  3. 3

    5 Perkara Yang Kita Semua Boleh Belajar Dari Restoran Baharu Khairul Aming, Rembayung

  4. 4

    KA Perkenal Sistem Tempahan Rembayung, Pemuda Beri Cadangan Supaya Tidak Ditipu Reseller

  5. 5

    “Aku Syak Bapak Dia Letak Nama Ex-Ex Dia Sekali”- Nama Panjang Sampai Penuh Borang Cetus Spekulasi

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore