Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

“Lebih Banyak Persoalan Berbanding Keyakinan”- Firdaus Wong Persoalkan Tindakan SPRM

Pendakwah ini mengingatkan tugas sebagai seorang Muslim melakukan amar makruf nahi mungkar

by Puteri Alia
January 10, 2022
Foto - Instagram @firdauswong

Foto - Instagram @firdauswong

Share on Facebook

Isu berkaitan Ketua Pesuruhjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semakin hangat diperkatakan, spekulasi demi spekulasi tular di media sosial.

Apatah lagi dengan kenyataan yang dikeluarkan institut itu sendiri mengundang ketidakpuasan hati orang ramai, dengan secara terang dan nyata SPRM menyatakan pendirian mereka menyokong Azam Baki menerusi memorandum yang dikeluarkan.

Pendakwah Tampil Beri Teguran

Kenyataan yang dikeluarkan SPRM menarik perhatian pendakwah terkenal tanah air, Firdaus Wong di mana pendakwah ini mempersoalkan beberapa aspek berkaitan Azam Baki dan sekaligus memberi teguran terhadap institusi tersebut di Instagram nya.

Foto – Instagram @firdauswong

“Saya menghormati SPRM sebagai sebuah agensi pencegah rasuah tetapi dengan kenyataan dari kepimpinan tertinggi SPRM yang menyokong KP SPRM yang terpalit dengan tuduhan rasuah menimbulkan lebih banyak persoalan kepada saya berbanding keyakinan.

Pertama, bagaimanakah mereka boleh mengatakan dan mengetahui motif tuduhan adalah politik dendam sedangkan polis masih dalam penyiasatan?

Kedua, bukankah kenyataan mereka ini seolah-olah mendahului siasatan dan proses keadilan?

Ketiga, adakah kenyataan mereka ini memberikan keyakinan atau mengurangkan keyakinan kepada rakyat akan ketelusan barisan dakwaan rasuah terdapat KP SPRM sendiri?

Sebagai Muslim, adalah tugas kita semua untuk amar makruf nahi mungkar. Tokoh agama lain bersuara atau tidak, itu cara dan prinsip mereka sendiri tetapi Islam ada prinsipnya yang tersendiri. Dalam sebuah hadis menyebut daripada Thauban RA:

“Rasulullah Sallalahu Alaihi Wasalam melaknat pemberi rasuah, penerima rasuah dan perantara yang bersifat penghubung antara kedua-duanya” [Riwayat Ahmad (22399)]” Tulisnya

Netizen Setuju Dengan Perkongsian Firdaus Wong

Perkongsian pendakwah ini menarik perhatian orang ramai di Instagram nya, apatah lagi isu ini dipandang serius oleh rakyat Malaysia sendiri. Rata-rata ramai berkongsi komen dan pandangan mereka di ruangan posting milik pendakwah tersebut.

Foto – Instagram @firdauswong

“Permainan politik dalam SPRM itu sendiri wujud. Dan politik dalam pemerintahan. Semoga Allah melindungi kita semua.”

“Sokongan begini seakan SPRM sebuah parti politk pula… #wellsaid”

“SPRM pun kurapsi…. Tapi nak tangkap orang kurapsi… Macam penjenayah nak tangkap penjenayah lain”

“Malaysia makin jahanam dengan pemimpin-pemimpin munafik.. Yang sangat-sangat lah.. Ibarat harapkan pegar, pegar minum todi..!!” Komen mereka

Apa pandangan anda?

azam bakikorupsipolitikSPRM
https://lomp.at/rd0og
Share1Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Lokal

Syasya Rizal Pernah Rasa Malu Tinggal Di Flat, Titip Pesanan Nenek-“Hidup Ini Bukan Tentang Apa Yang Kita Ada..”

by Naddy Joe
February 25, 2026

Penyanyi, Syasya Rizal mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momennya melawat kawasan tempat tinggal bersama neneknya, di salah sebuah rumah flat...

Read moreDetails
Lokal

“Takkan Ada Lagi Abah Yang Sama…”-Azar Azmi Mohon Doa Orang Ramai

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Azar Azmi tampil menitipkan ucapan terima kasih buat orang ramai yang membantu individu rapat yang digelar sebagai 'Abah' yang...

Read moreDetails
Lokal

Alha Alfa Beri Sumbangan RM20,000 Untuk Kos Rawatan Anak Kedua Amyza Aznan

by Naddy Joe
February 26, 2026

Usahawan kosmetik dan jurusolek terkenal, Datuk Alha Alfa mencuri perhatian netizen selepas dilihat memberikan bantuan sebanyak RM20,000 kepada anak lelaki...

Read moreDetails
Lokal

Dua Legasi, Satu Rantaian Kasih HABIB & Datuk Sri Siti Nurhaliza

by Naddy Joe
March 1, 2026

HABIB, jenama barangan kemas yang telah menjadi sebahagian daripada detik bermakna rakyat Malaysia sejak lebih enam dekad, dengan bangganya menampilkan...

Read moreDetails
Foto - @the_haidars (IG)
Lokal

Peminat ‘Kenenkan’ Dengan Fazura, Ini Respons Que Haidar- “Jodoh Tak Boleh Tolak”

by Nurul A.
February 16, 2026

Pelakon Que Haidar mencuri tumpuan ramai apabila mengulas kenyataan mengenai kemungkinan jodoh bersama pelakon dan usahawan Nur Fazura. Memetik kenyataan...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore