• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Spotlight Filem

Azlee Beri Bayangan Senario Bakal Muncul Dengan Filem Baharu

by Khai Azfar
October 10, 2019
Share on Facebook

Kali terakhir kumpulan pelawak lagenda, Senario muncul dengan filem terbaru mereka adalah pada tahun 2011 dengan menampilkan Senario The Movie Ops Pocot. Kumpulan ini yang sering bersilih ganti anggotanya mula ditubuhkan pada 1996 terdiri daripada Wahid Mohd, Lan Pet Pet, Azlee Jaafar, Shamsul Ghau Ghau, Farouk Hussein, Ilya Buang, Hamdan Ramli dan Yassin Yahya.

Aziz M. Osman Bakal Arahkan Ada Lagi Senario 

Setelah 8 tahun berlalu, peminat mula teruja apabila pengarah filem Senario sebelum ini, Aziz M.Osman telah memberi petunjuk akan menerbitkan kembali filem mengenai mereka yang berjudul Ada Lagi Senario. Perkongsian yang dibuat pengarah itu menerusi laman Twitter turut tular sehingga mendapat lebih daripada 5 ribu perkongsian. Berita tersebut turut disahkan oleh salah seorang anggota kumpulan Senario, Azlee Jaafar.

Langkah pertama…in syaa Allah. Doa doakan ? @saifulapek @azlee_senario @yassinyahya @hamdansenario_ @illya_senario #senarioreunion @primeworks.studios @tv3malaysia @puterililylokman pic.twitter.com/eAOCEHxwuX

— عزيز م. عثمان (@AzizMOsman) September 25, 2019

Menurut Azlee atau nama sebenarnya Mohd Azlee Bin Jaafar, dia dan anggota kumpulan yang lain sedia maklum bahawa pengarah berkenaan ingin menghasilkan kembali filem mengenai mereka malah menyambut baik hasrat berkenaan.

“Saya ada berjumpa dengan Aziz dalam satu majlis yang mana dia cakap dengan saya inginkan Senario kembali dengan filem baru arahannya berjudul Ada Lagi Senario. Aziz sekarang masih di peringkat perbincangan dengan pihak perfileman. Misal katanya semuanya berjalan dengan baik dan Senario bagi kata putus ingin berlakon kembali, Insyallah Aziz akan mengarahkannya.

Setakat ini, apa yang kami boleh katakan kami tidak akan menolak sekiranya ‘Abang Long’ (Aziz) ingin mengarahkannya.Malah peminat kami juga tertanya-tanya bila kami ingin membuat comeback. Jadi pada saya ini adalah masa yang sesuai Senario kembali dan akan menerima sambutan.”

Senario Masih Relevan 

Ketika ditanya mengenai penerimaan kumpulan itu di era kini, Azlee menegaskan biarpun mereka sudah bertapak di dalam industri lebih dari 20 tahun, namun mereka masih mempunyai peminat setia sehingga ke hari ini. Malah Azlee turut berbangga kerana peminat mereka terdiri daripada pelbagai generasi dan akan terus berkarya.


Jelasnya lagi, dia begitu menyayangi kumpulan Senario kerana mereka begitu akrab diantara satu sama lain. Berkongsi rahsia keakraban mereka, menurut Azlee persefahaman dan saling menghormati antara pegangan mereka sejak dahulu lagi.

“Yang penting kalau ada salah faham, jangan ambil serius, selesaikan disitu. Yang bangganya saya dengan Senario, kami tidak pernah berpecah biarpun ahli kumpulan silih berganti”

Azlee ditemui murai.my ketika di Majis Sidang Media Pengenalan Peserta Maharaja Lawak Mega 2019 di Hard Rock Cafe, Kuala Lumpur.

ada lagi senarioazlee senariokumpulan senario
https://lomp.at/d3yv7
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Filem

Bukan Tipu! 7 Filem Hollywood Ini Lakukan Adegan Seks Yang Nyata

by Phic ARMAN
August 15, 2018

Beberapa filem Hollywood kadang-kadang memerlukan lakonan yang lebih natural untuk mendapatkan adegan yang memuaskan. Malah ada juga beberapa aktor tidak...

Read moreDetails
Filem

Di Sebalik Tabir Pak Su Ammara, Ummi Nazeera Kongsi Rahsia Que Haidar

by Phic ARMAN
January 5, 2026

Spotlight hari ini MURAI nak mulakan dengan kisah di sebalik tabir drama terbaru Pak Su Ammara. Ummi Nazeera berkongsi pengalaman...

Read moreDetails
Foto - Pinterest
Filem

5 Filem Thailand Paling Seram Yang Kamu Tak Boleh Tengok Seorang Diri!

by Soph Azz
November 21, 2024

Bagi peminat genre seram, kalau tak tonton satu atau dua filem Thailand yang menyeramkan, memang rasa tak lengkap. Betul tak?...

Read moreDetails
Filem

4 Pelakon Terbaik Berjaya Bawa Watak OKU Dalam Drama !

by Khai Azfar
June 16, 2019

Tidak dinafikan, kewujudan pelakon-pelakon yang membawa watak Orang Kurang Upaya (OKU) dalam sesebuah drama berjaya mempengaruhi jalan cerita dan juga...

Read moreDetails
Filem

Confirm Tak Boleh Tidur Malam Selepas Tonton 5 Filem Indonesia Paling Seram Ini!

by Soph Azz
June 9, 2025

Jika kamu tanya filem negara manakah yang paling seram, jawapan Murai sudah semestinya filem seram Indonesia. Nak tahu kenapa? Berbeza...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Ella Perkenal Barisan Artis Yang Bakal Beraksi Di ‘Konsert Majlis Tertinggi Rockqueen Ella’

  2. 2

    “Saya Tak Simpati Sebab Saya Akan ‘Basuh’ Dia”- Syafiq Kyle

  3. 3

    [VIDEO] Seremban Jadi ‘Winterland’? Lihat Apa Yang Menarik Di Snowlim Wonderland

  4. 4

    “Asal Gemok Je Kepam”- Cik B

  5. 5

    Sweet Qismina Tidak Mahu Masuk Campur Isu Puteri Balqis & Mia Sara-“Apa Yang Saya DM Dekat Aqish Itu…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore