Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Terus Relevan! Aznil Nawawi Kini Jadi Duta Nakada

Aznil dipilih sebagai duta jenama berkenaan kerana mempunyai pakej yang lengkap

by Khai Azfar
January 21, 2022
Share on Facebook

Populariti dan kewibawaan Datuk Aznil Nawawi sebagai seorang selebriti yang verstail sememangnya tidak boleh disangkal lagi. Manakan tidak, dengan pengalamannya di dalam industri berpuluh tahun ditambah pula dengan memenangi pelbagai anugerah membuatkannya terus relevan meskipun bakal menginjak usia 60 tahun pada November depan.

Pak Nil Jadi Duta Nakada 

Lantaran itu, figura ini terus menjadi pilihan kebanyakan jenama terkenal dalam dan luar negara untuk mempromosikan produk mereka sebagai duta. Terbaru, Aznil atau lebih mesra disapa sebagai Pak Nil telah dilantik menjadi duta kelengkapan dapur dan barang elektrik jenama Nakada.

Dalam sebuah kenyataan, Aznil dipilih sebagai duta jenama berkenaan kerana mempunyai pakej yang lengkap selain berperwatakan ceria dan gemar memasak sesuai dengan Nakada.

“Kami mempunyai sebab konkrit memilihnya sebagai duta. Beliau mempunyai imej yang sihat, ceria, peramah, suka memasak, menjaga kesihatan dan tubuh badan.

“Lalu minat dan dedikasinya itu bertepatan dengan produk yang syarikat kami pasarkan. Dia masih kekal relevan memikat hati ramai orang dalam bidang tugas dilakukan. Hatinya juga sangat murni kerana sentiasa mahu membantu mereka yang memerlukan.

“Lihat saja ketika era pandemik COVID-19 sejak dua tahun lalu dan musibah banjir, beliau antara yang tak betah duduk diam. Sebaliknya mahu membantu dengan menggunakan populariti dan kelebihan yang ada,” kata Datuk Yap Kok Siang selaku Pengarah Urusan.

Sudah Biasa Hidup Solo

Dalam perkembangan lain, bercakap mengenai dirinya Aznil berkata dia selesa dan sudah terbiasa dengan kehidupan sebagai seorang bapa tunggal meskipun sudah lebih 25 tahun ‘memegang gelaran’ tersebut.

Menurut pengacara kesayangan ramai ini, dia tidak lagi menjadikan soal jodoh sebagai keutamaan untuk dipertimbangkan. Lebih utama baginya kini adalah untuk meneruskan kehidupan dan survival yang dimulakan sejak lebih tiga dekad lalu dengan meletakkan kerja seni dan tanggungjawabnya kepada masyarakat.

[VIDEO] Pak Nil Dedah Ditegur Imam Besar Masjid Negara- "Puas Hati, Dah Lama Aku Nak Cakap Pasal Ni"

Tidak terkecuali, semestinya keutamaan memikul tanggungjawab sebagai bapa kepada tiga anaknya, Fildza Haifa 32, Fariq Haizen, 27 dan Firdaus Hariz,13. Seperti yang diketahui ramai antara asbab Aznil jarang berkongsi perihal keluarga adalah kerana prinsipnya yang memilih untuk menjaga privasi anak-anak.

“Anak saya pun tak pernah tanya fasal jodoh. Mereka pun tahu dan selalu nampak papa (diri saya) asyik sibuk tak habis habis.

“Anak sulung saya sendiri pun jenis wanita bekerjaya. Soal kahwin bukan keutamaan.

“Namun hubungan mereka dengan mama (bekas isteri) terus terjalin baik biarpun duduk dengan saya,” kata Aznil

‘Resipi’ nya untuk mendidik anak-anak, menggunakan pendekatan yang sama seperti ibu bapa lain, menghormati orang tua serta harus membuat keputusan dengan bijak.

“Saya didik mereka untuk hormat orang tua. Saya juga ajar mereka untuk sentiasa kena pandai buat keputusan sendiri dengan betul.

“Saya dan mereka pun hidup dalam era yang berbeza. Ada benda yang mereka tempuhi, saya tidak lalui. Begitulah sebaliknya.

“Paling utama dalam setiap langkah mereka, saya selalu ingatkan untuk fikir panjang dulu sebelum membuat keputusan atau bertindak,” katanya lagi

Sekadar info, Aznil turut diiktiraf oleh Malaysia Book of Records  sebagai Pengacara Paling Lama Berkhidmat di Malaysia.

aznil hj nawawi
https://lomp.at/51lgw
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Foto - @syed.ishak.731 (FB)
Lokal

“Yang Perlu Dibersihkan Adalah Orang Bawa Nama Syed”- PU Syed

by Nurul A.
January 27, 2026

Pendakwah bebas, PU Syed atau nama penuhnya, Syed Mohd Bakri, dengan tegasnya tampil menjelaskan bahawa individu yang memiliki gelaran "Syed"...

Read moreDetails
Berita

Shima Anuar & Suami Tuntut Hutang RM1.5 Juta!-“Suami Artis Ada, Pegawai Tinggi Kerajaan…”

by Naddy Joe
February 10, 2026

Pelakon, Shima Anuar tampil membuat tuntutan hutang terhadap pihak terlibat yang mencecah RM1.5 juta. Shima atau nama penuhnya Noor Hashimah...

Read moreDetails
Foto - @farazmedia (FB)
Lokal

Rumah Tangga Didakwa Kembali Bergolak, Ini Respons Yusuf Bahrin

by Nurul A.
March 5, 2026

Nampaknya dakwaan mengenai pergolakan rumah tangga pelakon Yusuf Bahrin dan penyanyi rap Zizi Kirana kembali menjadi bualan ramai. Memandangkan ramai...

Read moreDetails
Foto - @neelofa (IG)
Lokal

Netizen ‘Tegur’ Penampilan Raya Noor Neelofa- “Berpurdah Tapi Tudung Makin Senteng?”

by Nurul A.
March 25, 2026

Nampaknya perkongsian mengenai sambutan hari Raya selebriti-usahawan, Noor Neelofa baru-baru ini telah mencuri perhatian ramai. Berdasarkan hantaran video pendek di...

Read moreDetails
Foto - @traciesinidol_official (IG)
Lokal

Detik Cemas Tracie Sinidol, Mata Kiri Hampir Buta- “Nampak ‘Flash’ Putih Sebelum Gelap”

by Nurul A.
March 9, 2026

Paling mencemaskan! Pelakon kelahiran Sabah, Tracie Sinidol mencuri perhatian ramai selepas berkongsi satu pengalaman agak menakutkan yang hampir meragut penglihatannya....

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    “Saya Cuma Nak Jawapan, Bukan Dilayan Kasar”- Pelajar Mengadu Dengan Etika Khidmat Pelanggan

  2. 2

    “Gerak Awal Konon Nak Elak Jem, Sekali Terkandas” – Kisah Sahur Di Lebuh Raya Jadi Pengajaran Ramai

  3. 3

    Pekerja Bank Buat Muka Jijik Masa Tukar Duit Raya? Netizen Kongsi Luahan

  4. 4

    Lelaki Berpelukan Dalam Video Nazim Othman Cetus Tanda Tanya, Sheila Rusly Komen – “Emm.. Sesuatu”

  5. 5

    [VIDEO] Iman Kamil Tiba-Tiba Bertatu, Kata-Kata Norreen Ini Buat Ramai Tersentuh

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara