Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

‘Belajar Tinggi, Akhlak Rendah’- Ramai Kecewa, Doktor Ini Maki Anak Najib

by Zaidin Albert
September 15, 2022
Share on Facebook

Seorang pengguna twitter yang mendakwa dirinya seroang kakitangan Kementerian Kesihatan (KKM) dikecam netizen, susulan sikap biadab terhadap anak perempuan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Dalam tweetnya yang kini sudah di padamkan, lelaki ini menuduh Nooryana Najwa menipu berhubung masalah kesihatan yang dihadapi bapanya. Lebih teruk, dia meninggalkan kata-kata kesat dengan  menggelarkannya sebagai ‘anjing’.

“Apa ke bangang nak menipu. Aku sendiri check darah bapa kau semua normal anjing,” kata lelaki berkenaan dalam ciapan Twitternya yang tular sejak semalam.

Menurut tinjauan kami di Twitter, individu ini menyahaktifkan akaun twitternya. Bagaimanapun, netizen sempat mengambil tangkap layar ciapan tersebut dan menularkannya dalam media sosial.

Di laman twitter ramai meluahkan kemarahan terhadap individu tersebut. Malah mereka kecewa dengan anak muda yang berpelajaran tinggi namun mempunyai akhlak yang sangat rendah dan tiada adab.

Sementara itu, para pengguna Twitter hairan kerana berdasarkan pemahaman mereka, seorang pengamal perubatan tidak boleh mendedahkan butiran peribadi pesakit yang dirawatnya.

Selain itu, ramai kesal dengan sikap lelaki terbabit yang didakwa telah merosakkan imej KKM dan berharap mengambil tindakan sewajarnya. Setakat ini, masih belum ada maklum balas daripada kementerian berhubung isu tersebut.

Terdahulu, Yana di Instagramnya merayu kepada kerajaan dan Perdana Menteri supaya membenarkan bapa beliau mendapat rawatan yang sewajarnya. Dia mendakwa, masalah ulser kronik yang dihidapi bapanya kembali menyerang. Yana mengulas laporan media tentang penangguhan prosiding  1Malaysia Development memandangkan Najib mengalami alahan teruk selepas pengambilan ubat tekanan darah tinggi. Difahamkan tekanan darah Najib sangat tinggi hari ini ketika ujian dibuat oleh pembantu perubatan disebabkan perubahan ubat yang diberikan HKL.

najib razakYana Najib
https://lomp.at/xl0b1
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Lokal

Ayda Jebat Ditegur Netizen Isu ‘Bengkak Susu’?-“Kalau Suami Urut Lama Sangat Kang…”

by Naddy Joe
January 29, 2026

Umum mengetahui pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat baru sahaja melahirkan cahaya mata perempuan bernama Anggun Mikayla di salah sebuah pusat...

Read moreDetails
Foto - @rosermaras (IG)
Personaliti

Sangat Menjengkelkan, Ini 5 Zodiak Yang Dilabel Sebagai Pemalas- Jom Check!

by Nurul A.
January 23, 2026

Kemalasan sering dilihat sebagai satu kelemahan yang perlu dielakkan dalam kehidupan. Namun bagi sesetengah individu, sikap ini dilihat sebagai satu...

Read moreDetails
Berita

Umie Aida Tampil Pertahankan Puteri Balqis-“Tolong Jangan Ganggu…”

by Naddy Joe
January 26, 2026

Pelakon, Datin Sri Umie Aida tampil mempertahankan pelakon, Puteri Balqis berhubung kemelutnya bersama pelakon, Mia Sara Nasuha. Kongsi Umie Aida...

Read moreDetails
Lokal

Agy Penat Dikeji Netizen!-“Kita Cuba ‘Improve’, Tapi Ramai Yang Cabar-Cabar..”

by Naddy Joe
January 20, 2026

Personaliti media sosial, Agy yang sentiasa menjadi kecaman setengah netizen disebabkan gayanya yang feminin. Terkini, Agy atau nama sebenarnya Muhammad...

Read moreDetails
Lokal

Uyaina Arshad Pernah Disahkan Tak Boleh Hamil Kerana Ambil Ubat Untuk 2 Masalah Jantung?

by Naddy Joe
January 14, 2026

Pelakon dan pengacara, Uyaina Arshad mengimbas kembali momennya apabila pihak doktor memaklumkan bahawa dia berkemungkinan tidak dapat hamil disebabkan masalah...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore