Friday, August 15, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Inspirasi

Azwan Ali CIUM MULUT Abang Kandung Sendiri, Azmin Ali ?

by Ayden Mikhael
April 29, 2018
30
KONGSIAN
Share on Facebook

Lanjutan daripada khabar berita dimana selebriti sensasi, Azwan Hj Ali atau lebih dikenali sebagai Diva AA akan masuk bertanding dalam PRU14 kini disahkan!

Tetapi senario PRU-14 kali ini dilihat agak ‘panas’ apabila pengacara terkenal, Azwan Hj Ali  bertanding sebagai calon bebas demi menentang abang kandung sendiri, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Terbaharu, apa yang menarik perhatian kali ini adalah pengacara itu menyatakan hasrat untuk menghadiahkan rendang secara percuma kepada penduduk kawasan Bukit Antarabangsa jika memenangi PRU-14 bulan depan.

Memetik laporan mStar online, Azwan Ali memberitahu sebanyak 50,000 bekas rendang tersebut disediakan khas buat penyokong setianya.

“Jika menang, saya akan buat kenduri doa selamat terbesar dengan rakyat kawasan saya. Jangan risau, semua akan dapat rasa rendang saya secara percuma kerana saya tidak akan menjadi wakil rakyat yang hanya menjenguk kawasan ketika PRU.

“Diva AA akan bangun seawal pukul 3 pagi untuk memasak sendiri rendang penuh kasih sayang. Itulah menariknya jika Azwan Ali bertanding dalam pilihan raya.Tak pernah lagi dalam kempen ada beri rendang percuma.

“Rasa-rasa nak makan rendang Diva AA secara percuma, bolehlah mengundi Azwan Ali,” kata Azwan dipetik mStar Online.

Apabila ditanya mengenai strategi kempen yang digunakan, Azwan menjelaskan beliau mempunyai pendekatan dan kaedah yang tersendiri.

“Saya akan berkempen menggunakan cara saya sendiri iaitu melalui psikologi kemesraan. Diva AA tidak akan menggunakan cara lama, sama ada poster atau banner seperti yang dilakukan calon-calon menteri lain yang propa,” KATA Azwan.

Pada masa sama, Azwan juga mengakui tidak kisah sekiranya hanya mendapat satu undi sahaja.

“Tidak kisah ada penyokong atau tidak, yang paling penting, saya kuat semangat dan akan terus berkempen cara sendiri,”  KATANYA.

Malahan, Azwan juga mengakui bahawa beliau sebenarnya tidak mempunyai masalah dengan abangnya.

[VIDEO] "Kau Tunggu Pendedahan Sebenar"- Azwan Ali Berang Dengan Aliff Syukri

“Di luar kami boleh cium mulut. 

“Mujur Azmin tidak hadir ke penamaan calon hari ini. Jika tidak, saya akan buat adegan cium mulut adik-beradik,” TAMBAH PENGACARA ITU.

murai.my mendoakan Azwan Ali berjaya dalam PRU14 kali ini. Apapun keputusan yang bakal keluar nanti Azwan dapat menerima dengan hati terbuka, jangan melenting pula yaaaa… Zaaaszzzzzz!! PEACE NO WAR!

Sumber : Mstar Online

azmin aliazwan ali
https://lomp.at/7ihtl
Share12Tweet8SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Abby Abadi Kongsi Momen Makan Malam Di Rumah Marissa Dania, Netizen Terharu!

  2. 2

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  3. 3

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  4. 4

    [VIDEO] Anzalna Nasir Bantu Keluarga Abang Rider Tukar Lampin Baby Atas Motorsikal, Netizen Sebak!

  5. 5

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem