Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Update Berita FAKTA

Bagaimana Ketayap Yahudi Boleh Melekat Dikepala? Ini Caranya!

by Jash Lee
December 25, 2023
18
KONGSIAN
Share on Facebook

Jika penganut agama Islam mempunyai songkok ataupun lebai dan lain-lain sebagai penutup kepala bagi lelaki ketika sembahyang, tidak kurang juga agama Judaism yang mempunyai penutup kepala khas yang digunakan mereka.

Dikenali sebagai Yarmulke atau Kippah dalam bahasa Ibrani (Hebrew) saiznya lebih kecil dari kopiah yang sering dipakai umat islam, Kippah ini adalah bertujuan menandakan kesetiaan oleh orang Yahudi di dalam agama mereka iaitu agama Judaism.

Tapi bagaimakah ketayap yang kecil itu melekat dikepala? sedangkan kita yang memakai kopiah pun boleh tercabut. Ini Caranya!

Bagi lelaki yang berambut pendek atau botak, Kippah yang digunakan mereka dilengkapi dengan pelekat ataupun dipanggil ‘velcro’.

Manakala jika lelaki yang berkepala botak licin sehingga tiada rambut, mereka akan memakai 3M doble sided agar Kippah mereka sentiasa melekat.

Selain daripada menggunakan velcro atau double sided, ada juga yang menggunakan pengepit rambut untuk melekatkan Kippah dikepala. Ada juga Kippah yang mempunyai pengepit di bahagian dalamnya agar kelihatan kemas, selesa dan senang untuk dipakai.

Kippah biasanya diperbuat daripada kain. Ia telah menjadi pakaian harian bagi lelaki Yahudi Ortodoks untuk memenuhi syarat dan adat Ortodoks bahawa kepala mereka harus sentiasa ditutup setiap masa.

Kippah pada awalnya hanya diwajibkan kepada pendeta-pendeta besar Yahudi. Idea awalnya, Yahudi memakai Kippah bermula dari tradisi para rabbi Yahudi sekitar abad ke-3 Masihi. Memakai Kippah juga dilihat sebagai satu perbuatan yang menunjukkan seseorang itu takut dengan tuhan.

Apa-apa pun, kita sebagai umat islam ambil tahu ini semua sebagai penambahan kepada ilmu pengetahuan diri sendiri. Apa kata anda?

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Ketayap YahudiKippahYarmulke
Share7Tweet5SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Lepas Syed Saddiq Dibebaskan, Posting Space Dollah Buat Netizen Tersenyum

  2. 2

    Kejadian Wanita Hamil di Lotus’s Selayang Buatkan Ramai Geram, Netizen Ingatkan Kuasa Boikot

  3. 3

    Naik Flight Biasa, Beratur Di Hospital, Ini Kisah Ameer Mydin Yang Buat Ramai Respek

  4. 4

    Peminat Filem Dedah ‘Dark Side’ Mark Wahlberg Di Penang,-“Jangan Terlalu Excited Dulu”

  5. 5

    Rita Sosilawati Kena Tahan Di ‘Airport’ London, Apa Jadi Dengan Pasport?

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara