Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Kesihatan

Bagaimana Makanan Sihat Boleh Buat Murid Sekolah Jadi Lebih Kreatif? Ini Jawapannya…

by Phic ARMAN
December 1, 2025
10
KONGSIAN
Share on Facebook

Kanak-kanak bukan saja perlukan makanan sihat untuk kuat badan, tapi juga untuk otak dan imaginasi mereka. Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025 gabungkan pemakanan seimbang dengan seni, supaya pelajar boleh belajar gaya hidup sihat sambil tunjuk kreativiti mereka.

Program ini melibatkan lebih 6,300 murid dari 30 sekolah rendah di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya, dengan tiga aktiviti utama:

Sesi Ceramah Pemakanan: Murid belajar tentang pemakanan seimbang, konsep #SukuSukuSeparuh, bekal sihat dan gaya hidup aktif. Ayam Brand™ turut beri pek hadiah seperti Santan Kelapa dan Ayam Carik Mayones untuk memudahkan keluarga sediakan hidangan sihat di rumah.

Pertandingan Seni Individu: Murid lukis karya mereka berdasarkan tema “Gaya Hidup Sihat dan Ceria bersama Ayam Brand™”. 150 karya diterima dan pemenang utama, Nur Zara Afina dari SK Desa Tun Hussein Onn, menang RM2,000!

Pertandingan Mural Antara Sekolah: 30 pasukan ubah dinding sekolah jadi mural ceria penuh mesej gaya hidup sihat dan kerjasama. Mural dinilai dari kreativiti, mesej, dan penggunaan media sosial (#Sihat&CeriaBersamaAyamBrand).

“Makanan sihat bagi tenaga untuk melukis dan bermain. Mural kami tunjukkan betapa makanan baik buat kami gembira dan kuat,” kata Alya Hani, 11 tahun.

Majlis penyampaian hadiah diadakan dari 24 hingga 26 November 2025, diraikan bersama guru, murid dan wakil Jabatan Pendidikan. Program ni bukan sekadar pertandingan, tapi cara kanak-kanak belajar melalui pengalaman, gabungan makanan sihat, seni, dan semangat komuniti.

Menurut Teoh Wei Ling, Ketua Pemasaran Ayam Brand™, “Apabila pemakanan baik digabung dengan seni, kanak-kanak belajar gaya hidup sihat sambil ekspres diri dengan yakin dan kreatif.”

Sejak 1892, Ayam Brand™ terus komited untuk produk berkualiti, semula jadi dan bebas pengawet, sambil sokong pendidikan dan komuniti. Program Makan Bijak Bersama Ayam Brand™ 2025 tunjukkan bahawa makanan sihat bukan saja buat kenyang, tapi juga bagi tenaga, kreativiti dan keseronokan.

Jadi, kalau nak inspirasi makan sihat sambil seronok berkarya, program ni memang spot yang kena join!

ayam brand
https://lomp.at/xvb9b
Share4Tweet3SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

No Content Available
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    Iftar Ala Picnic Jadi Trend! Ini 5 Lokasi Popular Untuk Berbuka Santai Di Malaysia

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

  5. 5

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore