Monday, August 18, 2025
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
Murai MY
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Selebriti Gossip

“Bagi Noryn Masa Sikit Ya” – Rumahtangga Noryn Aziz Sedang Goyah?

by Khai Azfar
April 6, 2018
19
KONGSIAN
Share on Facebook

Secara tiba-tiba fokus tertumpu pada penyanyi Noryn Aziz apabila terdapat dakwaan mengatakan bahawa rumahtangga nya kini sedang goyah. Noryn telah berkahwin dengan Ahli Parlimen Kuala Terengganu, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad, dalam satu majlis tertutup pada 22 Januari 2010 di Terengganu. Pasangan ini mempunyai seorang anak lelaki Raja Bariq Umar Shah.

Mohon Diberi Masa

Segalanya bermula apabila Noryn atau nama sebenarnya Norazmahwati binti Abdul Aziz ini dilihat hadir di mahkamah syariah bersama suami sehingga mengundang pelbagai spekulasi berhubung status perkahwinan mereka. Ingin mendapatkan maklum balas mengenai spekulasi ini, Noryn bagaimanapun memohon diberikan sedikit masa sebelum bersedia mengulas dengan lebih lanjut mengenai situasi rumah tangganya itu

“Bagi Noryn masa sikit ya,”

Suami Mohon Hormat ‘Privacy’

Dalam perkembangan lain, suami Noryn memohon kepada semua pihak untuk menghormati ‘privacy’ mereka ketika kes mereka sedang berjalan di mereka di mahkamah syariah.

Menurutnya, pada mulanya dia tidak berhajat untuk membuat sebarang kenyataan mengenai isu berkenaan. Namun selepas memikirkan pelbagai kesan akan datang seperti pelbagai spekulasi, dia berfikir adalah lebih wajar untuk memberi kenyataan

“Bagi menjawab pertanyaan tentang kehadiran kami di mahkamah syariah, setelah saya mempertimbangkan sedalam dalamnya dan berikhtiar cuba menyelesaikan situasi rumah tangga kami, saya telah mengambil keputusan mengemukakan kes perkahwinan kami kepada mahkamah syariah”

“Saya telah memilih untuk merakamkan pendirian tertentu saya dalam situasi yang kami hadapi dan membawa isu berkenaan ke mahkamah syariah untuk sesi majlis sulh. Kes ini telah berada di peringkat sulh yang baru selesai diadakan sesi pertamanya. Saya berpendapat, inilah jalan terbaik yang perlu diambil bagi cuba mengatasi isu rumah tangga kami dengan cara yang setertib mungkin. Saya berdoa semoga satu penyelesaian yang baik dapat dicapai dalam isu rumah tangga kami ini,”

Semoga rumahtangga Noryn dan suami dapat diselesaikan dengan baik dan berkekalan sehingga ke akhirat hendaknya.

“This Is Noryn Aziz”: Sebuah Malam Muzik, Jiwa dan Warisan

Sumber : Sinar Harian

Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmadnoryn aziznoryn aziz dan suami
https://lomp.at/911j5
Share8Tweet5SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Kecantikkan Tengku Puteri Nadhirah Di KLFW Curi Tumpuan Ramai!

  2. 2

    Anak Bongsu Rosyam Nor Curi Perhatian Netizen-“Bapak Mentua Ku”

  3. 3

    [VIDEO] Telatah Rina Petah Nyanyi Lagu Melayu, Netizen Terhibur!-“Sumpah Ni Je Yang Tak Cringe..”

  4. 4

    MyLesen B2 JPJ Fasa 2: Rebut Peluang Ambil Lesen Motor Tanpa Bayar Satu Sen

  5. 5

    [VIDEO] Kekasih Ameera Khan Dikecam, Jefri Nichol Akui Makan Bab* Untuk Lawan Tinju

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem
No Result
View All Result
  • Selebriti
  • Jalan-Jalan
  • Teknologi
  • Selera
  • Bisnes
  • Filem