Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Musik

“This Is Noryn Aziz”: Sebuah Malam Muzik, Jiwa dan Warisan

by Aphit J.
June 29, 2025
Share on Facebook

Dalam sebuah malam yang dijangka menjadi antara detik paling bersejarah dalam kerjaya muziknya, penyanyi jazz dan R&B tersohor negara, Noryn Aziz, akan menyinari pentas Auditorium DBKL dengan persembahan istimewa bertajuk “This Is Noryn Aziz” pada Jumaat, 19 September 2025.

Pengalaman Yang Luar Biasa

Lebih daripada sebuah konsert, persembahan ini menjanjikan pengalaman yang “intimate”, peribadi, dan penuh emosi, dihadkan kepada hanya 500 penonton bagi memastikan setiap detik dirasai sepenuh hati.

Noryn menjelaskan bahawa konsert ini adalah refleksi perjalanan hidup dan seninya.

Kisah saya melalui muzik

Menggabungkan unsur jazz, soul, dan R&B berjiwa Malaysia, konsert ini menampilkan lagu-lagu klasik dan karya baharu ciptaan Noryn, yang melambangkan evolusi dirinya sebagai artis wanita Malaysia yang unik dan elegan.

Persembahan ini dibahagikan kepada dua babak utama:

Babak I – Jazz & Soul

via OPR Network

Menampilkan karya terbaharu seperti “Kaki Kiriku”, lagu Parisian-Melayu yang unik, serta “Syurga Sempurna” dan “Hoore Hoore”, yang diberi nafas jazz klasik moden, penuh dengan kelembutan dan kehangatan jiwa.

Babak II – Celebration

Babak penuh tenaga dan emosi ini akan menampilkan muzik R&B kontemporari, menyatukan penonton dalam suasana perayaan sambil Noryn membawa mereka menyusuri nostalgia melalui lagu-lagu seperti “Fantasi O Realiti” dan “Alam Maya”.

Dengan pengaruh daripada ikon seperti Ella Fitzgerald, Anita Baker, dan Datuk Sheila Majid, persembahan ini mengangkat suara Noryn melalui lensa Malaysia — moden, anggun, dan tetap berakar budaya.

Supaya Jazz Lebih Dekat Dengan Rakyat

via OPR Network

Projek ini juga lahir daripada impian Noryn untuk membawa jazz lebih dekat kepada rakyat Malaysia, menjadikannya sesuatu yang tidak lagi eksklusif, tetapi sebahagian daripada lanskap bunyi tempatan.

Saya mahu jazz berbunyi seperti kita: dengan bahasa kita, ritma kita, dan jiwa kita.

Konsert ini turut menjadi platform menyokong generasi baharu pemuzik — khususnya wanita dan artis jazz tempatan — agar terus mengekspresikan diri tanpa ragu.

Maklumat Tiket:

  • Lokasi: Auditorium DBKL, Kuala Lumpur

  • Tarikh: Jumaat, 19 September 2025

  • Masa: 8:00 malam (pintu dibuka 7:00 malam)

  • Tiket: Boleh didapati melalui tickethotline

“This Is Noryn Aziz” adalah untuk mereka yang menghargai muzik berkualiti, suara yang jujur, dan seni yang menyentuh jiwa.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
noryn aziz
Share1Tweet1SendShare
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Semua Pandang Skrin, Luahan Tentang Sikap Penumpang Dalam Pengangkutan Awam Cetus Perdebatan

  2. 2

    “Tak Suka UiTM, Just Decline’- Pensyarah ‘Sound’ Pelajar Yang Terima Tawaran Tapi Tak Minat

  3. 3

    Insentif: Dari Medan Tugas Ke Kelayakan Akademik, Ini Laluan Pintar Untuk Anggota ATM

  4. 4

    Lama Tersimpan Dalam Laci, Tapi Bila Dibuka… Keadaan Telefon Ini Buat Ramai Terkejut!

  5. 5

    Simpati Lihat Penampilan, Lelaki Terkejut Lepas Tahu Identiti Sultan Brunei- “Vibe Seperti Ayah Di Kampung”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara