Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Jalan-Jalan

Bahaya! 7 Jenis Penyakit Ini Dapat Menjangkiti Anda Ketika ‘Travel’

by Aphit J.
December 11, 2020
Share on Facebook

Percutian adalah sesuatu yang sepatutnya memberikan kita ketenangan dan meninggalkan semua kerisauan. Namun, ramai di antara kita yang tidak mengambil berat tentang kesihatan ketika bercuti. Berikut adalah 7 jenis penyakit yang mudah dijangkiti ketika travel menurut NBC News.

Malaria

via Medical News Today

Malaria disebarkan oleh nyamuk dan cara terbaik untuk mengelakkan jangkitan penyakit ini adalah dengan mengelakkan diri anda daripada digigit nyamuk.

Sebaiknya gunakan kelambu, penyembur serangga dan pakai seluar panjang serta baju lengan panjang selama waktu berada di kawasan yang berisiko.

Demam Denggi

via Tripsavvy

Demam denggi adalah penyakit kedua yang paling kerap menyebabkan pengembara dimasukkan ke hospital selepas malaria.

Walaupun ia jarang membunuh, demam ini boleh menyebabkan masalah besar kepada mereka yang mengembara kerana ia boleh mengganggu perjalanan dan dimasukkan ke hospital.

Hantavirus

Jika anda tinggal di kabin atau tapak perkhemahan di mana tikus datang dan pergi, anda perlu mengambil langkah berjaga-jaga yang lebih teliti untuk mengelakkan hantavirus.

Menurut NBC News, Hantavirus adalah sejenis penyakit yang sangat berbahaya dan boleh membunuh serta berjangkit daripada air kencing dan najis tikus.

Kanser Kulit

via Today Show

Kanser kulit adalah kanser yang paling biasa berlaku apabila anda terlalu lama terdedah dengan cahaya matahari. Gunakan krim pelindung matahari dan pakaian yang sesuai untuk mengelakkan kulit anda terdedah telalu lama di bawah matahari.

Demam Tifoid

via WebMD

Demam Tifoid terjadi daripada bakteria yang tersebar melalui makanan atau minuman yang tercemar. Demam tifoid boleh membawa kepada demam panas, letih, lemah, sakit perut, sakit kepala, hilang selera makan, cirit-birit dan ruam.

Jika tidak dirawat, jangkitan ini boleh menyebabkan berlakunya pendarahan dalaman dan kemungkinan kematian.

Schistosomiasis

via Public Health

Schistosomiasis adalah sejenis penyakit yang disebabkan oleh cacing parasit. Gejala-gejala awal termasuklah gatal pada kulit, demam, menggigil, batuk dan sakit otot. Semua gejala ini berpunca daripada tindak balas badan terhadap telur cacing ini.

Menurut NBC News, cacing ini biasanya memasuki badan manusia daripada air minuman yang tercemar di bahagian-bahagian di Afrika, Amerika Selatan, Timur Tengah, Asia dan Caribbean.

Cirit-birit

via Diagnosa

Penyediaan makanan adalah penyebab utama penyakit ini di mana sayur-sayuran atau buah-buahan yang tidak dibasuh dengan bersih, daging yang tidak dimasak dengan betul dan air minuman yang tercemar menjadi sumber isu ini.

Selalunya pesakit akan mengalami cirit-birit di antara 4 dan 5 hari, serta kekejangan pada bahagian abdomen dan ini sekaligus menganggu perjalanan anda.

Sebaiknya ambillah suntikan vaksin sebelum anda memulakan perjalanan. Ini sebagai langkah berjaga-jaga supaya percutian anda tidak terganggu akibat sakit.

panduan travelPenyakit BerjangkitPenyakit ketika TravelVirus Travel
https://lomp.at/bs5qt
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Jalan-Jalan

Ramai Tak Sedar, Ini Laluan AirAsia Paling ‘Smart’ Ke Jepun

by Phic ARMAN
February 5, 2026

Kalau dulu sebut nak ke Jepun, kebanyakan orang terus fikir terbang dari Kuala Lumpur ke Tokyo atau Osaka. Tapi kali...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Bagaimana Vietjet Boleh Diiktiraf Sebagai Syarikat Penerbangan Paling Selamat Di Dunia?

by Phic ARMAN
January 16, 2026

Dalam dunia penerbangan yang sentiasa bergerak pantas, tak semua syarikat mampu kekalkan reputasi cemerlang dari tahun ke tahun. Tapi Vietjet?...

Read moreDetails
Hotel

Renaissance Johor Bahru Tawar Peluang Berbuka Bersama Zam Akmal & Sheila Rusly

by Phic ARMAN
February 7, 2026

Setiap kali Ramadan tiba, suasananya memang berbeza. Bukan sekadar tentang juadah di meja, tetapi juga tentang kebersamaan, cerita dan momen...

Read moreDetails
Jalan-Jalan

Vietjet Perkenal Diskaun Istimewa! Masa Terbaik Rakyat Malaysia ‘Lock’ Percutian 2026

by Phic ARMAN
January 27, 2026

Cuti panjang dan musim perayaan 2026 makin dekat,  memang waktu paling ideal untuk rakyat Malaysia mula ‘lock’ percutian. Lagi best,...

Read moreDetails
via Grok
Jalan-Jalan

Beli Dua Kerusi Dalam Flight, Tapi Dipersoal Penumpang Lain,- “Salahkah Mahu Selesa?”

by Naja Nix
January 7, 2026

Satu perkongsian tular di Thread baru-baru ini mencetuskan perdebatan hangat apabila seorang penumpang berkongsi pengalaman disoal penumpang lain hanya kerana...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Maaf Bang, Saya Ada Baby…” – Isu Doorstep Delivery Waktu Berbuka Cetus Perdebatan

  3. 3

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) Fasa 1 Mula 10 Mac! Ini Cara Semak & Guna Bantuan

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore