Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home LifeXplore Bisnes

Baki Zainal Dilantik Sebagai Duta CSR, Menerajui Inisiatif Kelestarian Untuk Jenama Isi Rumah Tempatan Eco-Shop

by Aphit J.
January 14, 2024
Share on Facebook

Baki Zainal Entertainment dengan sukacitanya mengumumkan kolaborasi menarik antara Baki Zainal dan Eco-Shop Marketing Sdn Bhd, di mana beliau akan memainkan peranan sebagai Duta Masyarakat Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) untuk Eco-Shop.

Sejajar Dengan Visi Eco-Shop

via MM Prem

Merupakan seorang individu terkemuka yang komited dalam melindungi alam kelestarian terutamanya lautan kita dan memupuk perubahan positif dalam kebajikan masyarakat, komitmen Baki Zainal sejajar dengan visi Eco-Shop ke arah perubahan persekitaran yang lebih mampan dan positif.

Bukan itu sahaja, malah pengaruh dan kesungguhan beliau terhadap amalan mesra alam juga selari dengan visi Eco-Shop dalam mewujudkan masa depan yang lebih hijau dan lestari.

Sebagai Duta CSR, Baki Zainal akan memainkan peranan penting dalam menggerakkan pelbagai inisiatif kelestarian, berinteraksi dengan komuniti, dan mempromosikan kesedaran alam sekitar melalui kempen dan acara pendidikan.

Dalam pada itu, pihak Eco-Shop turut memaklumkan bahawa sumbangan pelbagai aspek Baki Zainal dalam pemerkasaan gaya hidup berwawasan ini telah menjulang beliau sebagai duta utama.

Melancarkan Kempen Revolusioner – “No Plastic, Go Eco.”

via MM Prem

Kedua-dua belah pihak juga amat mengharapkan agar inisiatif yang digerakkan ini mampu memberi impak dan mewujudkan legasi dalam perubahan positif untuk alam sekitar dan juga komuniti.

Dengan kerjasama baharu ini, Baki Zainal akan memimpin langkah pertama Eco-Shop ke arah kemampanan dengan melancarkan kempen revolusioner mereka, “No Plastic, Go Eco.”

Langkah ini tidak hanya akan meningkatkan kesedaran, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelanggan Eco-Shop dan komuniti Malaysia untuk menerapkan amalan mesra alam dengan menghentikan penggunaan beg plastik di kedai mereka.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
0
Hearts
Hearts
0
Haha
Haha
0
Star
Star
0
Sad
Sad
0
Weary
Weary
0
Baki ZainalEco-Shop
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

LifeXplore

Dari Nasi Lemak Ke Sambal Petai, Village Park Buka ‘Chapter’ Baharu Selepas 24 Tahun

by Phic ARMAN
September 24, 2026

Kalau selama ini nama Village Park cukup sinonim dengan nasi lemak dan ayam goreng yang membuatkan orang sanggup beratur, kini...

Read moreDetails
Raja Muda Selangor
Usahawan

Raja Muda Selangor Berkenan Cemar Duli Pusingan Akhir Liga SAY ASPIRE Edisi Ke-7

by Nurul A.
September 9, 2026

Duli Yang Teramat Mulia (DYTM) Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj, berkenan mencemar duli...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Kenali Isteri Ku Li, Madamme Alfi dan Kehidupan Keluarga Bahagia Mereka

  2. 2

    Jep Sepahtu Luah Dua Anak Mungkin Hidap Autisme, Anggap Sebagai Hadiah Ulang Tahun ke-40

  3. 3

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara