Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Spotlight Lokal

Banglo Mewah Rebecca Nur Islam Dilelong RM2.91 Juta -Dua Tahun Gagal Bayar, Netizen Terkejut!

by Puteri Alia
November 12, 2025
75
KONGSIAN
Share on Facebook

Banglo mewah milik pelakon terkenal Rebecca Nur Islam dan bekas suaminya, Datuk Nur Azam Sulaiman, akhirnya dilelong selepas dikatakan dua tahun gagal membayar komitmen berkaitan hartanah berkenaan. Kediaman eksklusif yang terletak di Ampang, Selangor itu dijual pada harga RM2.91 juta dalam sesi lelongan awam yang berlangsung di Mahkamah Tinggi Shah Alam, hari ini.

Perkara itu disahkan oleh pelelong berlesen, Ishaq Marazi, menerusi satu hantaran di Facebooknya yang menarik perhatian ramai netizen. Dalam perkongsian ringkas tersebut, Ishaq memaklumkan bahawa rumah berkenaan telah pun berjaya dijual kepada seorang pembida tunggal.

“Terjual RM2.91 juta hari ini. Pembida tunggal,” tulisnya ringkas.

Sebelum ini, pada 8 November lalu, Ishaq turut memuat naik beberapa foto kediaman mewah itu sambil memaklumkan bahawa ia bakal dilelong dengan harga bermula RM2.91 juta, jauh lebih rendah daripada nilai asal yang dianggarkan sekitar RM4.5 juta.

“Rumah artis, lelong RM2.91 juta. Nilai RM4.5 juta, Ampang,” tulisnya dalam hantaran tersebut.

Meskipun Ishaq tidak menyebut sebarang nama dalam kenyataannya, ramai netizen segera mengenal pasti bahawa kediaman moden yang dipaparkan itu adalah milik Rebecca dan bekas suaminya, Datuk Nur Azam.

Difahamkan, banglo berkenaan memiliki keluasan sekitar 8,224 kaki persegi dan dilengkapi pelbagai kemudahan mewah termasuk kolam renang peribadi. Reka bentuknya yang moden serta lokasi strategik di kawasan elit Ampang menjadikan rumah tersebut antara aset bernilai tinggi dalam pasaran hartanah mewah sebelum ini.

Sehingga kini, Rebecca belum mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi berhubung kediaman tersebut yang sudah pun terjual melalui proses lelongan. Namun, ruang komen di media sosial dipenuhi dengan pelbagai reaksi daripada warganet, ada yang terkejut, tidak kurang juga yang bersimpati dengan nasib pelakon itu.

Rebecca sebelum ini dikenali sebagai antara selebriti yang sering tampil dengan gaya hidup mewah bersama keluarga. Namun, selepas melalui fasa perceraian dengan Datuk Nur Azam, namanya jarang muncul di khalayak dan kini dikatakan lebih memberi tumpuan kepada urusan peribadi serta anak-anaknya.

Dengan penjualan banglo bernilai jutaan ringgit itu, ramai yang tertanya-tanya sama ada ia menandakan perubahan besar dalam kehidupan pelakon berkenaan atau sekadar langkah penyelesaian terhadap urusan kewangan yang tertunggak sejak dua tahun lalu. Setakat ini, tiada sebarang penjelasan lanjut daripada pihak Rebecca mahupun wakil undang-undangnya mengenai situasi sebenar di sebalik penjualan mengejut itu.

Rebecca Nur Islam
https://lomp.at/3snbc
Share30Tweet19SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Foto - @noradanish (IG)
Lokal

Nora Danish Sokong Hubungan Baru Bekas Suami- “Itu Doa Saya Setiap Hari

by Nurul A.
February 9, 2026

Pelakon Nora Danish mencuri perhatian ramai apabila tampil meluahkan sokongan dan doa ikhlas buat bekas suaminya, Nedim Nazri selepas dikhabarkan...

Read moreDetails
Foto - @dianaforeverremembered (IG)
Hollywood

Ada Mesej Tersembunyi Di Kasut Kahwin Puteri Diana? Ini Maksudnya

by Nurul A.
January 19, 2026

Kisah mendiang Puteri Diana sering menarik perhatian dunia, dan ianya bukan sahaja kerana personaliti mesranya tetapi juga mengenai perincian kecil...

Read moreDetails
Lokal

Anak Ahmad Nawab Kecewa Dengan Uji Rashid, – “Kami Yang Tahu Cerita Dari Mula…”

by Phic ARMAN
January 21, 2026

Baru-baru ini, sebuah podcast tular di YouTube, Legacy Podcast, menjadi perhatian ramai selepas Uji Rashid berkongsi pengalamannya bekerja dengan beberapa...

Read moreDetails
Lokal

[VIDEO] Ragam Watie Hanifiah ‘Food Hunting’ Ketika Sarat Hamil, Curi Perhatian Netizen!-“Seronok Tengok..”

by Naddy Joe
January 5, 2026

Isteri kepada pelawak dan usahawan, Shuib Sepahtu iaitu Watie Hanifiah mencuri perhatian netizen selepas berkongsi momen 'me time' di Indonesia,...

Read moreDetails
Berita

“Saya Tak Sanggup Lukakan Hati Isteri Dia…”-Sharifah Zarina Syukur Suami Orang Telah Henti Ganggu Athalia

by Naddy Joe
January 28, 2026

Pelakon, Sharifah Zarina terdahulu pernah meluahkan rasa berang apabila anak perempuannya, Athalia diganggu seorang lelaki yang berstatus suami orang.  Kongsi...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    RM200 Sebulan Untuk Rakyat Sabah, Ini Cara Mohon & Semak SYUKUR Sabah 2026

  2. 2

    “Baru Saya Tahu Sebenarnya Kos Untuk Cat Rumah Bukan Mudah…”-Aliff Syukri

  3. 3

    Bantuan Kasih Johor 2026, Dari Anak Yatim Hingga Pemandu E-Hailing Semua Dapat Manfaat

  4. 4

    1.5KM Litar Go-Kart Terpanjang Di Asia Kini Di Cheras- Berani Cuba?

  5. 5

    Bantuan Awal Bulan Ramadan 2026: Ketahui Sama Ada Anda Layak Atau Tidak!

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore