• Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
No Result
View All Result
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz HotList

Misteri 8 Bangunan Pencakar Langit Yang Ditinggalkan Kosong

by Arsiqin Yusof
October 4, 2018
Share on Facebook

Hampir setiap bandar di seluruh dunia memiliki bangunan-bangunan pencakar langit. Ada yang ditinggalkan atau tidak siap disebabkan oleh krisis kewangan yang memaksa projek pembinaan itu tergendala atau sebab-sebab yang menjadikan bangunan itu misteri dan ditinggalkan.

Berikut adalah 8 bangunan pencakar langit yang ditinggalkan di seluruh dunia dan cerita disebalik bangunan itu.

Ghost Tower- Bangkok, Thailand

The Sathorn Unique lebih dikenali sebagai “Ghost Tower”di Thailand. Ia popular dikalangan pelancong yang sukakan risiko dan tidak mengetahui tentang keberadaan makhluk misteri disitu.

Menurut Atlas Obscura, pembinaan bangunan 49 tingkat itu bermula pada tahun 1990-an tetapi berhenti pada tahun 1997 disebabkan oleh Krisis Kewangan Asia.

Bangunan pencakar langit ini menjadi tempat kegemaran penduduk tempatan dan juga pelancong kerana dapat melihat pemandangan seluruh Bangkok walaupun tempat itu dipenuhi dengan lukisan grafiti.

Sterick Building- Memphis, Tennessee

Dikenali sebagai “Queen of Memphis “ bangunan Sterick telah siap pada tahun 1929 dan merupakan bangunan pencakar langit tertinggi di Memphis sehingga tahun 1962 (dengan ketinggian 365 kaki tinggi dan 29 tingkat). Menurut Memphis Heritage, ia telah direka oleh Wyatt C. Hedrick dan dibiayai oleh Ross E. Sterling.

Bangunan itu pernah memuatkan seramai 2,000 pekerja yang terdiri daripada lot-lot kedai, salon kecantikan, bank dan farmasi.

Namun begitu pemilikan bangunan bertukar tangan beberapa kali, kebanyakan syarikat mula berpindah keluar dari bangunan tersebut. Bangunan itu menjadi kosong menjelang tahun 1986.

Centro Financiero Confinanzas — Caracas, Venezuela

Centro Financiero Confinanzas adalah bangunan 45 tingkat kosong yang dikenali sebagai Torre de David, atau Tower of David.

Menurut Atlas Obscura, pembinaan bermula pada tahun 1990 tetapi terhenti akibat krisis kewangan di Venezuela dan kematian pemajunya J. David Brillembourg

Hotel Ryugyong— Pyongyang, North Korea

Hotel Ryugyong yang terbengkalai di Pyongyang juga dikenali sebagai “Hotel Doom” kerana kisah misteri pembinaannya. Difahamkan pembinaannya tidak disenangi penduduk kerana berada di tengah-tengah bandar terbesar Korea Utara.

Bangunan ini mula beroperasi pada tahun 1987 di bawah pemerintahan Kim Il Sung, Datuk kepada Kim Jong Un. Projek ini diberhentikan pada tahun 1993 kerana kemelesetan ekonomi selepas kejatuhan Kesatuan Soviet. Dikatakan projek ini telah dimulakan semula dan berhenti beberapa kali ini tetapi keputusan untuk dibuka semula  masih belum jelas dan dipastikan.

The Drew (dikenali Fontainebleau) Las Vegas — Las Vegas, Nevada

Hotel Fontainebleau Las Vegas telah hampir siap sebanyak 70% lengkap namun apabila Great Recession melanda dan pembinaan berhenti pada tahun 2009. Sejak itu, hotel 63 tingkat itu tidak pernah siap dan ditinggalkan di Las Vegas selama hampir 10 tahun.

Menurut Las Vegas Sun, Witkoff, firma hartanah global, Marriott telah memperolehi hotel itu dan merancang untuk membukanya pada 2020 di bawah nama The Drew Las Vegas.

Plaza Tower — New Orleans, Louisiana

Plaza Tower yang mempunyai 45 tingkat dan dibina pada tahun 1960 ini  digunapakai sebagai bangunan yang pejabat. Menurut The Times-Picayune, bangunan yang berkeluasan 7,000 kaki persegi ini terbukti terlalu kecil untuk banyak penyewa, dan pada masa itu juga banyak penyakit berjangkit yang dilaporkan berjangkit dikalangan pekerja memaksa ia ditutup pada tahun 2002. AKhirnya ia dibeli oleh pemaju pada 2016, tetapi masih kosong.

Book Tower — Detroit, Michigan

Book Tower dibuka pada tahun 1926. Mempunyai 38 tingkat, gedung pencakar langit dijulang di kaki langit Detroit. Selepas masalah kewangan melanda bandar Detroit pada tahun 1970-an, bangunan tersebut telah dimasukkan ke dalam senarai Tempat Bersejarah pada tahun 1982. Bangunan ini ditinggalkan penyewa terakhir yang meninggalkan bangunan itu pada tahun 2009.

Menurut Detroit Free Press,  Billionaire Dan Gilbert membeli Book Tower dan bangunan sekitarnya pada 2015 dan merancang untuk mengubahsuai bangunan itu menjadi ruang pejabat dan kondominium.

Insignia Tower — Mexico City, Mexico

Menara Insignia, atau Torre Insignia, dibina pada tahun 1962 menempatkan Bank Negara Pekerja Umum di Mexico City. Selepas gempa di Mexico City pada tahun 1985, bangunan pencakar langit 25 tingkat ini telah ditinggalkan. Ia dijual kepada sebuah syarikat hartanah Amerika Syarikat 10 tahun yang lalu dan sedang menjalani pengubahsuaian.

https://lomp.at/0dt53
Share2Tweet1SendShare

Follow saluran Instagram, Tik Tok, Facebook dan Telegram Murai.MY untuk berita hiburan terkini. 

KINI TRENDING

Sosial Buzz

Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

by Phic ARMAN
January 13, 2026

Dunia hiburan tempatan dikejutkan dengan pendedahan berani oleh pelakon cilik, Alqar Sahar, yang tampil meluahkan kisah hitam mendalam melalui laman...

Read moreDetails
Insentif

SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

by Ayu Kamaruddin
January 8, 2026

Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) Bulanan terus diperkukuh pada 2026 apabila Kementerian Kewangan (MoF) mengumumkan beberapa penambahbaikan strategik bagi memastikan...

Read moreDetails
via AI Generated
Selera

Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Biasanya, bila sebut Negeri Sembilan, ramai yang terus terbayang keenakan masak lemak cili api yang pedas berlemak. Namun, jarang pula...

Read moreDetails
via AI Generated
VMY2026

Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

by Farah Fatihah
January 10, 2026

Siapa sangka, sebuah tasik yang sebelum ini hanya dikenali oleh penduduk tempatan kini menyimpan keindahan luar biasa? Lubuk Mandi, atau...

Read moreDetails
Foto - The Star
Insentif

MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

by Nurul A.
January 6, 2026

Bermula 9 Januari ini, individu yang layak akan mula menerima bantuan MyKasih 2026 yang akan dikreditkan ke dalam MyKad. Untuk...

Read moreDetails
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    Alqar Sahar, Pelakon Cilik Diari Ramadhan Rafique Mengaku Diliwat Sepupu Sendiri- “Jantan Yang Gila K”*

  2. 2

    SARA 2026 Mula Dikreditkan Esok, Apa Sebenarnya Yang Ditambah Baik Tahun Ini?

  3. 3

    Bukan Masak Lemak Je! Ini Kuih & Minuman “Rare” Negeri Sembilan Yang Ramai Tak Tahu

  4. 4

    Wow! Tasik Warna Biru Kehijauan Ini Rupanya Ada Di Terengganu

  5. 5

    MyKasih 2026: Jom Semak Berapa Jumlah Yang Kamu Layak Terima

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2025 Hangat Digital Sdn Bhd. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore