Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore
No Result
View All Result
Murai Home
No Result
View All Result
Home Sosial Buzz Insentif

Ramai Tak Tahu! Ini Cara Mohon Bantuan Banjir Selangor Hingga RM4,000

by Phic ARMAN
November 18, 2026
Share on Facebook

Banjir bukan sekadar meninggalkan kesan jalan berlumpur dan rumah dipenuhi air, malah ada keluarga yang terpaksa menanggung kerugian besar apabila perabot, barangan elektrik serta keperluan harian rosak. Sebab itulah wujudnya Bantuan Banjir Selangor!

Bagi membantu meringankan beban penduduk terjejas, Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor menyediakan beberapa bentuk bantuan kewangan yang boleh mencecah RM4,000 bagi setiap Ketua Isi Rumah (KIR) yang memenuhi syarat.

Jadi, kalau anda atau ahli keluarga terlibat dengan bencana ini, berikut empat jenis bantuan yang wajar disemak.

1. Bantuan Banjir Selangor- Wang Ihsan (BWI) | RM1,000

Bantuan daripada Kerajaan Persekutuan melalui NADMA ini menyediakan bayaran one-off sebanyak RM1,000 kepada Ketua Isi Rumah yang layak. Menariknya, mangsa tidak semestinya perlu berpindah ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS), asalkan kediaman mereka terjejas dan memenuhi syarat pengesahan.

2. Bantuan Tunai Tambahan Khas | RM2,500

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tambahan RM2,500 bagi setiap KIR yang layak di Selangor pada 9 November 2026. Pengumuman itu dibuat selepas mengambil kira kerosakan harta benda dan kesukaran yang ditanggung mangsa banjir.

3. Sumbangan Tambahan Kerajaan Negeri | RM500

Kerajaan Negeri Selangor turut menyediakan sumbangan tambahan RM500 kepada keluarga yang terjejas. Bantuan ini juga boleh dipertimbangkan untuk penduduk yang rumahnya dimasuki air tetapi tidak berpindah ke PPS, tertakluk kepada pendaftaran dan pengesahan rasmi.

4. Bantuan Zakat dan Kebajikan LZS

Bagi keluarga Muslim dalam kategori asnaf, Lembaga Zakat Selangor (LZS) turut menyediakan bantuan kecemasan serta sokongan pemulihan, termasuk bantuan membaik pulih rumah mengikut keperluan dan kelayakan.

Banjir Selangor

Bagaimana Cara Memohon?

Mangsa perlu mendaftar sebagai mangsa bencana dan mengemas kini maklumat isi rumah menerusi aplikasi MyIBJKM. Rekod kemudiannya akan disemak dan disahkan oleh Pejabat Daerah atau Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah sebelum bayaran disalurkan.

Jangan tunggu sehingga semuanya selesai baru hendak membuat semakan. Dalam keadaan rumah sudah terjejas, setiap bantuan yang layak diterima pastinya cukup bermakna untuk memulakan semula kehidupan.

What’s your Reaction?
Thumbs
Thumbs
4
Hearts
Hearts
4
Haha
Haha
1
Star
Star
4
Sad
Sad
1
Weary
Weary
0
Banjir Selangor
Share1Tweet1SendShare

KINI TRENDING

Insentif

Cari Kerja Sambil Berhibur? Khai Bahar Bakal Gegarkan Kuantan & Lebih 500 Peluang Kerja Menanti

by Phic ARMAN
September 23, 2026

Kalau anda ingat Karnival Kerjaya cuma tempat berjalan dari satu booth ke satu booth sambil pegang resume, kali ini lain...

Read moreDetails
Insentif

9 Bantuan & Insentif Kerajaan Minggu Ini, Ada Laptop Percuma & Baucar RM1,200!

by Phic ARMAN
November 17, 2026

Bukan semua insentif kerajaan datang dalam bentuk wang tunai. Ada yang menawarkan subsidi pengangkutan, komputer riba percuma, geran perniagaan malah...

Read moreDetails
Load More
No Result
View All Result

HOT MINGGU INI

  1. 1

    [VIDEO] Momen ‘Sweet’ Intan Ladyana & Harris Alif Jawab Pertanyaan Netizen

  2. 2

    3 Masjid Pilihan Gen Z Untuk Berbuka & Moreh Di Lembah Klang, Seni Bina Cantik, Juadah Pun Menarik

  3. 3

    Deanna Yusuff Ada Alasan Kenapa Meraikan Krismas, “Ini Bukan Sebab Agama Atau Tradisi…”

  4. 4

    Diana Danielle Belajar Bahasa Mandarin, Demi Teman Istimewa Ke?

  5. 5

    “Saya Pun Tak Buka Aib Awak”- Pekerja Bekas Suami Syida Melvin Nekad Buat Laporan Polis

Murai MY adalah portal berita yang menyajikan informasi hiburan dan dilengkapi dengan gambar eksklusif serta video terkini. Mulai dari gosip selebriti Malaysia, Indonesia dan seluruh negara, filem-filem Hollywood, muzik generasi sehinggalah Hotlist selebriti popular.

Contact us: newsdesk@murai.my

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara

No Result
View All Result
  • Spotlight
  • Update
  • Sosial Buzz
  • LifeXplore

©2026 Hangat Digital. Hak Cipta Terpelihara